Salam dan selemat sejahtera semua. Nama saya Layla. Saya nak berkongsi sedikit kisah rumah tangga saya dengan tujuan nak dapatkan feedback dari para pembaca.
Positive dan negative feedback, semua saya terima insyaaAllah.
Biasa kita dengar cerita suami biawak, suka pukul, mental torture dengan kata-kata yang menyakitkan, agama tak jaga dan seangkatan.
Atau kita dengar cerita suami yang sangat baik, suka membantu, soleh dan seumpamanya. Cerita macam ni, memang clear cut. Kaca dan mutiara.
Untuk kes saya pula, saya dapat suami yang baik. Baik dari segi jaga solat, tak pukul, tak tinggi suara, dan tak ada kata-kata tak elok.
Dari segi perbelaanjaan, biasanya kami bahagi dua; bil, barang rumah dan anak-anak. Kami berdua bekerja, anak ada 5 (antara 9 – 1 tahun).
Suami saya ni terlalu baik sampai saya rasa macam tak wujud dalam hidup dia.
Bila tiba waktu solat, dia ke masjid. Cuma nya, ada dua. Satu, dia jarang sangat bantu di rumah dan dua, saya tak rasa dia sayangkan saya.
Setiap hari, suami akan bangun pagi dan siap-siap untuk pergi kerja. Saya pun sama, cumanya saya ada sedikit kerja tambahan.
Setiap hari juga, saya akan siapkan anak-anak untuk ke sekolah; mandi/makan pagi, hantar ke sekolah/taska, lepas tu pergi kerja.
Balik kerja, saya akan pick up anak-anak, sediakan makanan (kena fikir nak makan apa, setiap hari.. hanya yang tahu sahaja tahu betapa penatnya nak fikir nak makan/masak apa..),
Mandikan anak-anak, suap anak-anak yang kecik-kecik makan, kalau kena hari yang diorang pakat nak buang air sama-sama lepas mandi, jadi 3-4 kali lah kena basuh anak pula..
Tak habis lagi. Lepas tu gosok baju anak-anak sekolah rendah dan siapkan beg-beg si kecils untuk ke taska. Kalau yang ada homework, bantu buat homework pula.
Belum masuk basuh baju yang biasa nya tak kurang 4 bakul besar seminggu. Lepas tu lipat pula. Semua saya buat SETIAP hari.
Kalau untuk seminggu, dua minggu mungkin boleh tahan, tapi bayangkan, setiap hari. Tanpa satu hari pun missed. Exhausted teramat bila tambah dengan kerja office yang banyak..
Masalah saya simple je untuk saya terangkan. Saya dah kenal pasti root cause masalah ini. Tapi bila saya tegur dan bincang, dia akan bantu, paling-paling pun 1 minggu, lepas tu, kembali ke asal.
Efek dia lebih teruk bila saya tengah sibuk masak kat dapur atau tengah lipat baju, anak pula buang air, suami boleh suruh anak pergi ke saya untuk basuh.
Anak nak susu pun, dia suruh anak minta kat saya walaupun dia nampak saya tengah buat kerja lain. Dia boleh duduk/baring sahaja.. penat balik kerja agaknya..
Yang lebih efek emosi saya, suami tak romantik langsung. Tak ada kata-kata sayang ke, nak senyum/pandang kat saya pun susah, nak pegang tangan/peluk lagi lah tak kecuali waktu2 tertentu (faham-faham lah).
Kata-kata yang menyakitkan hati tak ada, kata-kata menyedapkan hati pun tak ada. Memang neutral habis.
Saya rasa dia tak sayangkan saya pun, hanya untuk lahirkan zuriat dia. Hanya untuk jaga keluarga dan dia sahaja, mungkin..
Macam tu lah cerita nya.. kalau saya bayangkan dia tak ada dalam hidup saya, tak ada apa yang berubah dalam rutin harian saya sebab memang banyak saya buat sendiri.
Hilang kasih sayang pun tak juga sebab macam tak wujud pun sebelum ni.
Apa solusi yang saya boleh ambil?
Maid memang tak lah sebab ruang rumah tak sesuai tambahan nanti lagi stress saya bila ada manusia lain dengan perangainya.
Nak tegur/bincang? banyak kali dah..
Kalau ikutkan saya sekarang, saya rasa nak seperated je. Adakah saya insan yang tak bersyukur?
Tapi itulah, nak berpisah pun bukan senang kerana dia bukan kaca..
– Layla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit