Korang, maaf kalau cerita aku panjang sikit. Aku tak nak tulis dalam part. Tapi sumpah, ini bukan sekadar kisah cinta typical. Ini tentang satu bab hidup aku, yang sampai sekarang aku ingat setiap detail, setiap rasa.
Aku cuba tulis seringkas mungkin. Jadi kau bacalah aku cerita ni betul-betul, sebab aku sendiri tak percaya semua ni berlaku.
Orang selalu cakap, jodoh itu rahsia Tuhan. Kadang datang dalam bentuk yang tak dijangka, kadang datang dalam bentuk yang kita kenal tapi waktu yang tak sesuai langsung. Ayah selalu pesan,
“Nuha, jodoh tu urusan Allah. Kita hanya mampu merancang.”
Aku selalu senyum bila dengar. Bagi aku, cinta tu bukan benda penting. Kasih sayang keluarga dah cukup. Hidup aku teratur, belajar kuat, kerja, simpan duit. Aku tak pernah ada boyfriend, bukan sebab tak ada yang nak, tapi sebab aku tak pernah buka pintu hati.
Masa aku lepas grad, aku ditempatkan mengajar ke sebuah sekolah menengah di utara tanah air. Aku ajar fizik. Aku fikir hidup aku akan sunyi, dari bandar yang sibuk ke pekan kecil yang lengang. Tapi aku dah biasa berdikari, tak kisah pun.
Pakwe? aku tak pernah ada. Aku fokus kepada pelajaran dari kecil sampai grad. Aku fikir aku datang sini nak fokus kerja. Tapi rupanya aku datang untuk diuji dengan sesuatu yang jauh lebih rumit daripada mana-mana teori fizik.
Dalam banyak-kelas yang aku ajar, kelas 5K2 lain sikit, ada seorang pelajar namanya Amar Zikri. Tinggi, kulit sawo matang, ada sinar pada wajah dia. Dia jenis suka bergurau tapi bila aku mula mengajar, bila tulis persamaan kat papan putih, mata dia fokus macam laser.
“Cikgu, jatuh cinta tu kira Newton’s Law tak? Macam tindak balas jugak ke?” katanya nakal, satu hari.
Aku gelak kecil. Dalam hati, “budak ni bijak, tapi pandai mengusik.”
Setiap kali aku masuk kelas tu, aku perasan jantung aku laju sikit. Aku cuba kawal. Aku cikgu, dia pelajar. Tapi aku mula menanti kelas tu. Menanti pandangan mata dia. Menanti dalam diam.
Satu hari, aku suruh dia explain formula depan kelas. Amar bangun, sengih, buat-buat tak takut. Tapi masa lalu dekat meja aku, jarinya sengaja gerak seolah nak sentuh hujung jari aku yang pegang pen. Tak kena pun sebenarnya, tapi cukup untuk buat dada aku bergetar.
Sejak tu aku perasan, Amar suka bermain dengan sempadan cikgu dan pelajar. Dia hormat aku, tapi pandangan mata dia selalu macam nak tanya sesuatu yang dia tak boleh cakap. Dan jujurnya, aku mula menunggu perhatian tu.
Sekolah buat lawatan outing ke bandar, kedai buku dan perpustakaan negeri. Aku guru pengiring, Amar salah seorang peserta.
Di rak buku sempit, dia berdiri dekat.
“Cikgu, buku ni sesuai tak untuk ulangkaji SPM?” soalnya.
Aku cuba berundur, tapi tak ada ruang. Hujung jarinya sentuh tangan aku masa hulur buku. Sekejap je, tapi cukup buat aku susah nak tarik nafas.
“Sorry cikgu,” dia senyum, tapi tak terus tarik tangan.
Aku balas, “Tak apa…”
Sentuhnnya sesaat lebih lama dari sepatutnya. Momen itu kecil, tapi penuh makna. Begitulah kami. Dan setiap kali itu berlaku, aku menjadi seperti…
“Amar… jangan dekat sangat,” bisik aku, konon tegas. Dia senyum nakal, “Saya cuma tanya pasal buku nie je, cikgu.”
Di perpustakaan, dia pilih duduk betul-betul depan aku. Kaki kami tersentuh bawah meja. Aku yang hulur kaki, tapi Amar pura-pura tak sedar. Sekali dia cuba tarik, tapi kali kedua dia biar je. Dia angkat kening, senyum kecil, macam nak kata, “cikgu pun rasa kan?”
Selepas lawatan itu, aku mula sedar sesuatu. Amar mungkin berani dengan pandangan, tapi dia masih ada segan. Dia tunggu aku yang melangkah dulu.
Waktu tu aku sedar, sempadan yang aku cuba jaga makin tipis. Dan bahaya.
Petang lain, aku bantu Amar dengan latihan semasa prep. Jari kami bersentuh lagi, kali ni lama sikit. Aku pura-pura cool, tapi dalam hati gemuruh habis.
Tak lama kemudian, aku mula sedar pelajar lain perasan. Ada yang sengih-sengih bila aku berdiri dekat Amar. Guru lelaki pun sempat usik, “Cikgu Nuha rajin betul dengan kelas tu ya.”
Sampai satu pagi, aku dipanggil Puan pengetua.
Hati aku berdebar. “Cikgu Nuha,” kata Puan Pengetua, nada suaranya berlapik tapi jelas. “Saya tahu cikgu rapat dengan pelajar kita. Tapi Saya percaya cikgu matang. Saya tak mahu cikgu jadi buah mulut orang.”
Aku tunduk, menggenggam jemari sendiri. Wajahku terasa panas. “Saya faham, puan.” Aku mengangguk lagi, walaupun dalam hati aku bergetar. Amar bukan sekadar pelajar. Dia cahaya yang entah bagaimana, telah masuk ke dalam ruang paling dalam hidupku.
Keluar dari bilik itu, aku menekup dada. Rasa bersalah, tapi juga rasa ingin ketawa. Risau, tapi dalam masa yang sama. Dan aku tahu, aku sendiri belum mampu berhenti.
Sejak hari itu, aku cuba kawal diri, berpakaian lebih formal, suara lebih datar dalam kelas, senyuman disimpan rapi.
Namun begitu, malam-malam aku jadi aku sendiri. Tiada yang halang aku bermimpi. Dalam tidur, Amar datang, bukan sebagai pelajar, tapi sebagai lelaki. Matang, berani menyentuh jiwaku. itu saja sentuhan yang aku berani terima.
Beberapa minggu kemudian, Pertandingan fizik peringkat negeri. Aku ditugaskan jadi guru pengiring. Amar dipilih mengetuai pasukan. Hati aku melonjak, sebab aku tahu aku dapat masa bersama dia tanpa gangguan gosip sekolah.
Dalam van, aku curi pandang dia. Amar tak perasan, dia fokus. Di dewan pertandingan, Amar berdiri dengan keyakinan seorang pemimpin muda. Aku kagum tengok dia present.
Bila sesi tamat, pelajar lain sibuk berbual, Amar mendekat perlahan. Dia bincang soal pembentangannya, Jari kami bersentuhan. Kali ini dia tidak tergesa menarik tangan, dan aku pun tak melawan. Hanya sesaat, tapi cukup untuk membakar darahku.
Malam tu kami semua pergi pasaraya beli cenderamata. Sempat Amat bertanya,
“Cikgu suka coklat gelap ke, coklat susu?” soalnya sambil menatap.
Aku jawab, “Saya suka coklat yang pahit sikit. Yang tak semua orang boleh suka.” Selepas itu kami sama-sama diam, tahu jawapan itu lebih daripada sekadar tentang coklat.
Di food court, makan ramai-ramai, tapi kami duduk bersebelahan, “Cikgu cantik macam ni ke bila tak pakai baju kurung?” soalnya, mata nak membaca lebih daripada yang terucap. Aku ketawa kecil. Dia balas, “Cikgu nampak bebas, nampak lain.”
Kata-katanya menembusi aku, kerana bersama Amar, aku bukan lagi “Cikgu Nuha.” Aku cuma Nuha.
Selepas kejadian itu, aku termenung di bilik hotel. Bayangan detik jari kami bersentuhan masih menghantui. Satu sentuhan sekejap, tapi cukup untuk menggoncang seluruh dunia dalam diri aku.
SPM hanya beberapa bulan lagi. Amar makin fokus, aku makin gelisah, semakin terikat antara tanggungjawab dan hati. Semakin cuba menjarakkan diri, semakin perasaan itu mengikat.
Setiap kali aku lihat dia di makmal, wajahnya serius menyalin nota, jantungku berdegup tanpa arah. Tapi aku juga manusia. “Kalau aku tak luahkan, aku akan terus menyesal,” aku berbisik sendiri.
Seminggu sebelum peperiksaan SPM tamat, aku nekad luahkan. aku nekad.
Hari itu, selepas ulangkaji di makmal fizik, hanya tinggal beberapa orang. Amar duduk di meja hujung, menulis nota. Aku menggenggam hujung buku teks, menahan getar di dada. Dengan langkah berat, aku dekati dia.
Aku tarik nafas panjang. “Seminggu lagi, SPM habis. Saya tak tahu kalau lepas tu kita akan jumpa lagi atau tidak. Jadi, saya nak awak tahu satu perkara.” Aku berhenti seketika, merasakan degup jantung sendiri di telinga.
“Ikhlas, saya suka awak, Amar. Saya tak minta awak balas. Saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak awak tahu. Sebelum semuanya tamat.”
Dia terdiam. Hanya berkata,
“Saya takkan lupa cikgu. Sampai bila-bila.” katanya. Ringkas, tapi dalam.
Dia melangkah keluar, perlahan. Tanpa drama. Tinggalkan aku seorang di makmal, senyum pahit mengiringi.
Petang itu, selepas tugasan selesai, aku berjalan di tepi bangunan makmal. Jari aku menyentuh dinding batu yang dingin, dinding yang jadi saksi segala rasa yang aku cuba sembunyikan. Tiba-tiba, aku lihat Amar di bawah tangga blok A.
“Cikgu…” panggilnya.
Aku berhenti. Degup jantung seakan mahu meledak. Tapi aku tetap melangkah ke arahnya.
“Kita ada masa beberapa minit sebelum saya betul-betul jadi bekas pelajar cikgu, kan?” katanya, separuh bergurau. Tapi matanya serius, penuh perasaan.
Dia menelan liur, lalu menyambung, “Saya takkan minta apa-apa dari cikgu. Tapi kalau saya jujur hari ni, cikgu janji tak salahkan saya?”
Aku hanya mampu mengangguk.
Amar melangkah setapak lebih dekat. Tidak terlalu hampir, tapi cukup untuk aku rasakan kehadirannya.
“Saya suka cikgu juga. Dari awal. Tapi saya tahu saya tak boleh buat apa-apa, sebab saya pelajar.”
Aku menggigit bibir, menahan perasaan yang berputar hebat dalam dada. Air mataku hampir jatuh, tapi aku tahan.
“Saya nak minta satu perkara. Sebelum saya pergi.” Dia mengangkat tangan, perlahan. Tidak menyentuh, hanya menunggu.
Aku diam, lalu mengangkat tanganku juga.
Dan di situ, kami bersalaman. Bukan sekadar jari, tapi seluruh telapak tangan bertemu.
Sentuhan itu, lebih daripada apa yang mampu aku ajarkan dalam mana-mana kelas fizik. cUkup kuat untuk menggoncang dinding yang selama ini aku bina.
Amar menarik nafas panjang. Suaranya bergetar sedikit. “Terima kasih sebab pernah ada. Sebab pernah buat saya rasa, saya bukan budak-budak.
Aku balas perlahan, hampir berbisik. “Dan awak buat saya rasa saya Perempuan istimewa. Bukan cuma guru. Bukan cuma tanggungjawab.”
Kami sama-sama tersenyum. Senyuman yang pedih tapi tulus. Perlahan, dia melepaskan genggaman tanganku. Seperti merelakan sesuatu yang kami tahu takkan pernah boleh diteruskan.
Tiada air mata. Tiada pelukan. Tiada kata “aku cinta padamu”. Hanya satu sentuhan terakhir. cukup berani, cukup bermakna. Kami tahu itu penutupnya. Kami yakin, perasaan kami sama, tapi jalan kami berbeza.
Aku melangkah pergi. Malam itu aku kemas barang, ambil cuti kecemasan. Hakikatnya, aku lari. Dalam bas menuju selatan, aku menangis tanpa henti.
“Ya Allah… jodoh itu urusan-Mu,” aku berbisik. “Aku merancang, aku berangan, tapi mungkin ini bukan jalan untuk aku.”
Hari-hari seterusnya berlalu hampa. Amar terus hilang dari hidupku. Setahun kemudian aku mohon pindah sekolah, kononnya mencari angin baru, Ada guru lelaki cuba mendekat, ada pensyarah bergaya cuba memikat, bahkan ada pinangan. Aku tolak semua. Hati aku sudah terkunci.
Kadang-kadang aku tertanya, Amar di mana sekarang? Universiti mana? Adakah dia sudah lupa? Mungkin sedang mencintai perempuan sebaya dia.
Yang aku tahu, tiada lelaki lain yang pernah membuat aku rasa seperti hari terakhir itu. Satu hari yang memisahkan antara aku, seorang guru… dan Amar, seorang pelajar yang pernah membuat aku percaya pada cinta.
Hari raya di rumah kami selalu riuh dengan gelak, Aku sibuk di dapur, adik-beradik kemas ruang tamu dan luar. Tiba-tiba bila ayah masuk. “Nanti ada tetamu nak datang. Kawan lama ayah di PPD,” katanya. kami hanya menurut.
Lepas asar, 2 kereta hitam tiba. Dari tingkap aku nampak sepasang suami isteri sebaya ayah dan ibu. Sambutan mesra, pelukan lama, cerita nostalgia. Aku muncul dengan dulang kuih raya, duduk di sudut ruang makan.
Namun, aku sedar, pandangan mereka singgah lama ke arahku. Sampailah ibu memanggilku ke depan.
Ayah perkenalkan mereka dengan senyuman. Katanya, mereka bukan sekadar beraya. Mereka datang dengan niat. Berhajat nak merisik. Untuk anak lelaki mereka, Ilham. Seorang jurutera, baru saja bertugas, bujang, tapi tak dapat hadir. Kata ayah, mereka dah bincang, dan mahu melamar aku, kalau aku setuju.
Aku terdiam. Nafasku berat, dada kosong. “Tapi saya tak kenal dia,” itu saja yang mampu keluar. Ayah mengangguk, suaranya lembut. Katanya aku kenal dulu, tak perlu paksa. Kalau aku tak suka, ayah bincang untuk putuskan.
Ibu genggam tangan aku, matanya berkaca. “Kami cuma nak tengok Nuha bahagia,” suaranya bergetar, mencengkam hatiku.
Aku kalah. Bukan sebab hati aku mahu, tapi sebab aku penat menolak. Aku dah 30an. Demi melihat wajah ayah dan ibu lega, aku hanya tunduk dan biar mereka menyarungkan cincin.
Malamnya, aku menangis diam-diam di bilik. Jari yang bersarung cincin itu terasa berat, seolah bukan milikku. Senyum kelat yang aku pamerkan tadi mula retak, tinggal rasa takut yang aku tak mampu buang.
Seminggu kemudian, rumahku sekali lagi menerima kunjungan. Kali ini mereka membawa bersama bakal tunangku, Ilham. Aku pakai baju kurung pastel, sederhana, sopan. Rambut disisir kemas di bawah tudung bawal. Senyum aku manis, tapi jiwa aku seperti perabot rumah, cantik, tapi statik.
Aku duduk di ruang tamu bersama mak, sementara ayah menyambut tetamu istimewa di luar.
Pintu terbuka. Langkah-langkah masuk ke ruang tamu. Aku angkat wajah, dan sekelip mata, nafasku terhenti.
“Assalamualaikum Cikgu…” suara itu kedengaran.
Mataku membulat. Nada suara yang aku cukup kenal. wajah yang aku rindu. Itu senyuman yang pernah membuatkan hatiku bergetar bertahun-tahun dahulu.
Amar!
Lebih matang, lebih segak, wajahnya terisi dengan garisan lelaki dewasa. Rambutnya kemas, tubuhnya sasa dalam kemeja. Tetapi mata itu, mata yang sama, yang dulu selalu membuatkan aku salah tingkah.
Aku rasa ingin menjerit, ingin memeluknya. Tapi aku hanya duduk kaku, tangan menggenggam erat bantal kecil di sisi.
“Ini Ilham,” ayah memperkenalkan. “Amar Ilham bin Zikri.”
Aku terdiam. Barulah aku sedar, aku sendiri terlupa. Nama penuhnya Amar Ilham. Selama ini dia selalu guna nama Amar Zikri. Itu yang buat aku keliru.
“Nuha…” Amar menatap aku, senyum nakal mula terukir di bibirnya. “Lama kita tak jumpa.” “Terima kasih, sebab terima pinangan saya.” Sambungnya dengan senyuman.
Aku menunduk, cuba menutup getar hati. Tapi aku gagal menahan diri lalu bersuara, “Betul ke nak kahwin dengan saya? Saya kan tua 9 tahun dari awak?”
Gelak tawa pecah dalam ruang tamu. Semua yang ada di situ tergelak, termasuk ayah dan mak. Amar pula hanya tersenyum lebih lebar, matanya tajam menikam ke dalam jiwa aku.
“Kalau saya tak serius, aku takkan berani datang sini. Saya takut awak lari, tu yang saya cepat-cepat pinang.”
Aku menutup wajah dengan tudung, malu bercampur bahagia. Selama ini aku menunggu. Dan kini, Amar kembali, bukan lagi sebagai pelajar yang aku kagumi, tetapi lelaki yang datang untuk menjadikan aku miliknya.
Petang itu, Amar dengan penuh beradab meminta izin daripada ayahku.
“Pak cik, boleh tak saya bawa Nuha keluar sekejap? Saya nak berbual. Tak jauh, saya janji.”
Ayah hanya senyum, memandangku sejenak. Aku tahu, pandangan itu sarat dengan pesan. Mak pula mengusap bahuku, seakan memberi restu. Aku akhirnya mengangguk perlahan.
Kereta Amar berhenti di hadapan pantai. Aku melangkah keluar. Amar berjalan di sebelah, jarak antara kami terasa rapat, cukup untuk menyalakan debaran. Kami duduk bersebelahan, bahu kami bertemu. Kali ini, bukan lagi tak sengaja.
“Nuha…” suara Amar perlahan, hampir tenggelam dalam deruan ombak. “Dulu saya takut. Takut kalau saya terlalu kecil untuk awak.”
Aku menoleh, mata kami bertemu. Degupan jantungku kencang, tubuh terasa hangat walaupun angin laut dingin.
“Amar, saya rindu awak.” aku akhirnya bersuara, suaraku bergetar. “Saya tak pernah lari. Dari dulu, awak satu-satunya.”
Amar ketawa kecil, lalu tunduk memandang pasir. “Saya lega dengar tu. Tapi sekarang. Saya nak awak tahu. Saya bukan budak sekolah lagi. Saya lelaki yang nak awak, sebagai isteri.”
Aku cuba tersenyum, tapi mataku basah. Tangan kami hampir bersentuhan. Jari-jariku tergerak perlahan, dan tanpa sedar, hujung jarinya menyentuh hujung jariku. Sentuhan kecil, seperti dulu.
Aku tersentak, namun tak menarik. Sebaliknya aku membiarkan jariku selari dengan jarinya. Kami bahagia.
Dia ketawa kecil, tapi matanya tetap serius. Perangai nakalnya kembali lagi, Tak pernah berubah. Kami ketawa berdua. Di antara kami, ada ombak lain yang lebih deras. Ombak perasaan, yang semakin sukar dikawal.
Seminggu selepas itu, majlis pertunangan bertukar jadi majlis akad nikah. Amar tidak mahu menunggu lama. Semua berlangsung sederhana tetapi penuh makna.
Saat lafaz akad nikah sempurna, aku terasa seluruh dunia berubah. Dari seorang guru yang dahulu hanya memendam rasa terhadap pelajarnya, kini aku sah menjadi isterinya.
Selepas majlis, ketika tetamu mula beransur pulang, Amar berbisik, “Dulu saya panggil cikgu, sekarang panggil apa?”
Aku menoleh, wajahku panas. “Panggil apa pun, asal jangan ‘makcik’.”
Amar ketawa, menyeringai penuh nakal. “Makcik manis,” bisiknya. Aku menampar lengannya perlahan.
Hari-hari sebagai isteri agak janggal, tapi indah. Setiap pagi, aku bangun dengan tubuh yang masih letih oleh rasa semalam yang belum hilang.
Amar selalunya sudah di ruang tamu, bersandar santai di sofa, belek telefon dengan senyum yang aku kenal sangat. Bila aku muncul dengan rambut masih kusut, berbaju tidur longgar, dia angkat kening sambil senyum nakal. “Selamat pagi, makcik…” katanya menggoda.
Aku ketap bibir, malas layan. “Hoi, jangan main. Saya isteri awak tau. Jangan ejek umur.”
Malam-malam pula, bila kami baring rapat di katil, dia suka mengusik kenangan lama. “Awak dulu cikgu garang, semua takut,” katanya sambil menyelak rambut aku dari dahi. “Tapi hakikatnya… manja, cuma pandai sorok.”
Aku hanya senyum. Dengan Amar, aku tak perlu sorok apa-apa lagi.
Kini aku bukan lagi Cikgu Nuha. Aku isteri kepada Amar Ilham Zikri, dan ibu kepada anak-anak yang mewarisi senyuman dan kenakalan ayah mereka. Amar masih sama, tinggi, tenang, kadang menjengkelkan.
“Makcik, jangan garang sangat, nanti cepat tua,” dia usik satu malam sambil baring di riba aku.
Aku cubit dia, tapi hati aku hangat, syukur pada Tuhan, kerana akhirnya dia tak pergi, tapi memilih untuk tinggal.
Tamat…
– Nasuha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit