Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya.
Aku Minah, menghampiri 30-an dan berasal dari Perak. Aku suka baca confession dan komen kat sini, semuanya banyak bantu aku untuk teruskan semangat hidup.
Bila baca kisah orang lain, aku rasa hidup aku taklah teruk sangat. Bila baca komen orang lain… aku rasa kali ni aku perlukan nasihat semua kawan-kawan di IIUM Confession.
Ceritanya begini. Bermula awal tahun ni, aku diterima kerja di sebuah tadika. Aku memang sukakan kanak-kanak, jadi aku terima kerja ni walaupun perjalanan ke tadika 1 jam pergi dan 1 jam setengah waktu balik (jalan sesak).
Aku punya seronok, sepanjang aku kerja ni, aku tak pernah cuti melainkan cuti Sabtu Ahad.
Aku kerja 5 hari, cuti 2 hari. Gaji RM2.5k sebagai guru merangkap bibik. Semua benda aku kena buat.
Kerja ni bukan bidang yang aku belajar, cuma aku ada 6 tahun sebelum ni bekerja sebagai guru tadika dengan gaji RM1.5k.
Bila dapat kerja di tadika lain dan gaji lebih, aku dah prepare mental dan fizikal untuk beban kerja, stres dan jarak yang jauh.
Nak pendekkan cerita, selepas sehari bekerja, bos marah aku sebab katanya aku slow dari guru seorang lagi padahal aku ketua. Dia tak boleh terima aku slow dan tak dapat jawab soalan yang dia tanya tentang budak.
Aku sedih juga masa tu, tapi aku teruskan kerja macam biasa. Aku jadikan kata-kata bos sebagai semangat. Tapi rupanya, setiap minggu kami akan ada meeting untuk nilai prestasi murid dan guru.
Semasa sesi, bos tak datang tadika, semuanya dipantau dari CCTV. Aku tak pasti CCTV dia boleh rekod suara ke tak.
Jadi mulalah episod aku dimarahi bos. Bos pernah cakap aku ada masalah memori. Apa yang bos cakap semua lupa.
Untuk pengetahuan semua, bos akan jumpa aku seminggu sekali. Seharian dia jumpa tu, dia akan luahkan semua ketidakpuasan hati dia. Dan aku ni, memang akan auto migrain nak ingat dan buat semua tugas yang dia bagi.
Aku tetap bertahan sampai hujung bulan. Sebelum nak bagi gaji, dia tanya aku… ada nak berhenti tak? Aku cakap tak ada. Ok saja kerja.
Aku akan tulis dalam telefon, notebook untuk ingat pesanan dia. Aku siapkan timer, reminder sebagai usaha tak lupa pesanan dia.
Masuk Februari dan Mac, aku dah mula sedih. Semua kerja yang aku buat, semua tak kena. Aku tak naklah buat keputusan ikut emosi dan dikatakan generasi manja. Aku tahu susahnya cari kerja zaman sekarang. Aku cuba kuat dan bertahan lagi.
Aku mula pelik bila dia marah aku, lepas tu esoknya dia tanya, “Menangis tak semalam?” Aku pun cakap, “Eh, kenapa?” Dia kata, “Yalah, mesti stres kerja dengan dia.” Aku memang tak menangis langsung. Aku memang susah menangis. Aku jawab “tak” je lah. Dia cakap aku tipu.
Ada juga dia kata, “You boleh tak tolong dengar dan buat elok-elok. Semua yang I cakap, macam langsung tak masuk dalam kepala. Bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tapi tak masuk langsung.
Tak berbaloi I bayar gaji kalau macam ni prestasi kerja you. Dijanji bulan bintang tapi apa yang I dapat? I ambil you kerja sebab nak you bantu I…
Ini semua benda I nak kena buat. Semua benda buat tak perfect. Buat kerja tak bertanggungjawab, tak double check kerja ke? You ni ada degree tapi tak macam orang ada degree. Semuanya teruk.”
Banyak lagi lah dia cakap. Aku sedih sangat. Aku adore dengan kerja dia, aku setiap hari berusaha. Tapi masih kena marah.
At last, aku tak tahan dah. Aku tanya pendapat kawan dan keluarga aku. Sebab selalu yang dia kata kat aku, aku akan minta maaf dan ucap terima kasih atas nasihat.
Dia juga cakap, dia memang jenis cakap terus apa yang dia tak puas hati supaya boleh berubah. Dan aku hanya mengangguk. Aku takut nak cerita dekat orang lain. Aku tak nak dia orang risau.
Bila aku tanya, “Kalau bos cakap macam ni dekat Min, Min nak kena reply apa ya?” Masa ni bos kata aku teruk dan ada degree tu. Terus semua kawan dan family terkejut. Dia orang cakap tu semua toksik.
Betul ke? Aku pun tak tahu. Aku cuba jelaskan tapi semua cakap aku bodoh sebab bertahan. Bodoh ke aku?
At last, kan aku cakap aku tak pernah cuti, tapi lepas kena marah, aku terus demam dan migrain teruk sampai tak boleh bangun.
Lepas cuti dua hari, aku datang dengan surat berhenti. Dia macam biasa, aku cerita. Lepas dia marah aku lebih sikit, dia jumpa je aku dia akan tanya, “Nak berhenti?” Jadi kali ni aku realisasikan impian dia. Aku jawab, “Ya.”
Dia terus tanya kenapa, dan aku jelaskan. Aku punya lah sayangkan tempat kerja, budak-budak dan kawan aku, aku sanggup teruskan kerja walaupun keluarga aku diuji. Aku pilih untuk berkorban masa untuk diri aku. Aku pergi kerja, balik uruskan keluarga.
Kakak aku disahkan ada kanser. Mak aku diabetes kronik, kakinya mula menghitam dan tak boleh jalan. Selama ni keluarga ingatkan aku happy dekat tempat kerja, semua bagi semangat untuk aku kerja.
Tapi bila situasi macam ni, aku nekad hantar notis 24 jam. Padahal masa Februari lepas, aku dah hantar notis juga tapi tak diterima.
Kali ni pun dia tak terima. Dia cakap kontrak 2 bulan atau aku kena bayar pampasan. Aku cakap aku tak ada duit dan situasi keluarga aku macam ni. Dia minta aku cari pengganti untuk tidak kena bayar pampasan tapi aku tak jumpa.
Jadi dia nego untuk aku teruskan kerja tapi boleh cuti jika situasi memaksa macam kakak aku kena pergi radioterapi atau anak saudara aku sakit.
Aku terima untuk terus kerja. Tapi tiba-tiba dia minta aku pulangkan kunci dan bayar gaji 2 bulan secara beransur.
Apa salah aku? Dia kata aku yang nak berhenti. Tiba-tiba dia tak boleh bagi kelonggaran seperti dijanjikan. Dia terus kutuk aku punya kerja bulan April sangat teruk. Semuanya menguji kesabarannya.
Aku takut dapat surat saman berhenti kerja. Kes aku ni boleh masuk dalam constructive dismissal tak? Aku kena teruskan kerja dalam situasi sekarang? Tapi dia macam tak boleh terima aku dah. Aku masih berdiam. Aku tak tahu nak respon apa.
Aku harap semua dapat bagi pendapat dan semangat untuk aku. Terima kasih semua.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kesiannya awak..
semoga dimudahkan urusan, diberikan kerja yang lebih baik selepas ni.. amin
Setahu saya tiada istilah notis resignation tidak diterima. Asalkan hantar notis ikut SOP (biasanya notis sebulan), OK je dah mula dah waktu notis tu. Lepas sebulan blah je. Sis kata dah hantar Feb hari tu, patutnya dah boleh blah bulan Mac/April (sebulan notis).
Nak kepastian sis call jabatan buruh tanya mengenai situasi sis..
assalamualaikum, aku bukanlah nak menyebelahkan kau, kak. tapi boss kau ni nampak macam mencari pasal dengan kau. ada boss yang begini. buat macam pekerja tu nampak bodoh dan tak berkualiti tapi sebenarnya takdelah pekerja tu teruk ke apa ke… mana mungkin kau yang dah ada pengalaman 6 tahun bekerja di bidang pendidikan awal kanak-kanak dgn gaji rm 1.5 k tu masih banyak buat silap??? pada aku tak logik. takkanlah semua aspek kau buat silap! dan dia boleh tanya kau, semalam menangis ke tak? apa dia ada cctv kat rumah kau ke, kak, untuk tengok kau nangis ke tidak? ni jenis bodo punya bos. mencari pasal dengan orang terang-terangan. dia nak pastikan kau berhenti, kak…
orang macam ni, kalau dapat ke aku, ubat dia, cabar dia depan semua pekerja lain suruh dia demo sikit setiap tindakan yang betul bagi segala yang kau salah tu. dan kau suruh dia sebut seketul-ketul teori pendidikan awal kanak-kanak tu yang mana yg jadi hujah atau alasan kenapa tindakan kau tu salah. sebab dia pandai sangat kata kau ni ada degree tapi macam orang takde degree. so macam mana seorang pemegang degree tu mahir rujuk jurnal, hasilkan citation, buat tesis, mesti dia tu tahu segala teori berkaitan pendidikan awal kanak-kanak tu dan dah buat kajian segala bagai… setiap tadika mesti mematuhi teori-teori ni kan?
kadang spesies macam ni , kak, pelajaran ke kelulusan berkenaan pendidikan awal kanak-kanak tu takde, uruskan tadika tu untuk duit jer, tapi mengada-ngada lebih. sebab aku pernah alami situasi bos yg suka mencari pasal dengan pekerja ni dan memang puas hati bila dia kena jerit sedas dalam meeting sebab tak faham-faham idea yang pekerja sampaikan. aku saksi dalam meeting tu, memang padan dgn muka dia.
maaf, kak, aku pula lebih sudu dari kuah. semoga Allah permudahkan urusan kak, sembuhkan mak dan kakak kak dari penyakit, amin.
Awak boleh ‘mngadu’ dgn kementerian sumber manusia atau pon JKM yg memantau tadika.. klaw tadika x ikut peraturan juga awk bole report.. cuba tengok klaw ada ‘perjanjian’ masa awk mula2 masuk kerja dulu, macamana cara klaw nk brenti.. setahu saya kebnyakan syarikat mensyaratkan notis sebulan atau 14 hari sebelom nk brhenti kerja, xde la pulak kna bayar ‘pampasan’ bagai.. dlm pada itu, cari kerja yg lbh sesuai, atau mngikut bidang yg awk blajar di U dlu.. minta maaf ckp ye, awak ada ‘degree’, slalunya kerja di tadika ni lepasan spm je yg slalu mohon.. bkn sya nk mempekecilkan bakat n minat awk, but u deserve more ‘respect’.. sya pernah ‘memantau’ sebuah tadika d tempat kerja dlu, (semasa saya dduk d HR organisasi tersebut).. mmg pemilik taska n tadika itu ‘baik’ dgn saya, tp bila ibubapa slalu komplen psal ank2 mereka x terjaga, ank2 bergaduh d tadika, ank2 balik rumah ada kesan lebam, gigitan dsb.., kami terpaksa buat siasatan, buat spot-check n panggil pemilik dan pkerja2 nya, utk d interview.. bila dah siasat, rupa2nya pemilik tu ada 5 taska semuanya, dan dia ‘go around’ ke taska2 lain setiap hari (secara bergilir), dan xdpt nk handle situasi tu dgn baik.. kebajikan pkrja x dijaga dan mereka juga x menjalankn kerja dgn baik, kerana kurang dipantau.. slepas itu kes diserahkan kpd JKM utk tindakan selanjutnya.. sya x pasti sama ada dia didenda atau apa (sbb sya dah bertukar tempat kerja ketika itu), tapi sya dengar x lama slepas itu, pemilik dan pengurusan taska/tadika pejabat telah ditukar.. moral of the story.., awak sbg pkerja harus tau hak awak.. bkn hanya mngikut shj.. emosi juga perlu dijaga, dan yg penting, jika ada pelanggaran or ketidakpatuhan pihak majikan, laporkan shj kod pihak yg berwajib.. kdg2 org mcm ni perlu di’skolah’kan sekali sekala, jgn sampai ‘mngambil kesempatan’ atau menindas pihak lain.. wallahu a’lam
Apa yang saya tahu majikan tak boleh reject resignation notice tanpa alasan yang kukuh. Refer balik offer letter resignation notice berapa lama or contract berapa lama and ikut dalam tu. If majikan berkeras nak pampasan walhal kita follow apa yang ada dalam offer letter, boleh pergi pejabat buruh and minta nasihat
Dik, majikan awak tu toksik, dia nak bagi awak ni sakit mental ke ape? dari elok2 awak ni semanggat dan positif orangnya terus jadik down. Nasihat akak elok awak berhenti dan ikut T&C dalam surat tawaran awak.
Awak juga boleh refer pejabat buruh. Percaya lah baik awak angkat kaki segera sebab ternyata majikan awak hanya nak sakitkan hati awak sahaja.
Berhenti kerja dik, majikan awak tu toksik, cari lar apa sahaja jalan , rujuk pejabat buruh ke, tapi awak kene berhenti kerje dengan segera. Dengan pengalaman dan minat awak yang ada ni, akak pasti banyak lagi pusat jagaan kanak kanak yang perlukan pekerja macam awak.
Kalau belum permanent, boleh je resign 24 hour, takde maknanya nak kena bayar pampasan atau cari pengganti. Takde dalam labor law. Dia memang nak buli dan pandang rendah. Sebab tu dia asik tanya nangis tak, nak berenti tak. Sebab dia dapt kepuasan hasil dia buli orang. Ada tanda2 orang ada masalah mental. Mungkin narsisistik. Nak berenti pon dia mainkan awak lagi, janji benda tipu-tipu, awak pulak percaya. Lagi la dia rasa awak ni bodoh dan lemah. Kalau lama awak kat situ lama2, awak pon hilang harga diri dan jadi orang bodoh dan lemah macam yang dia selalu cakap. Berambus dan move on. Klau jadi kat saya, memang saya, memang habis saya repot sana sini. Orang macam ni jaga taska, silap2 ada nak jagaan pulak mati dalam tu.