Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan. Aku terfikir nak share cerita aku ni lepas aku baca confession Jas dalam ‘Aku yang serba salah’, (https://iiumc.com/aku-yang-serba-salah/).
Aku tulis confession ni, sekadar nak meluahkan rasa sesak dalam dada aku ni, aku tak sangka sebenarnya ada yang senasib dengan aku, nampak benda ni remeh, tapi sebab benda ni la aku stress most of the time, rasa serba salah setiap masa, dilema antara nak menjaga hubungan dengan mak dan rasa taat kepada suami.
Nama aku rin, aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Aku awalnya dulu ada tiga beradik, tapi adik aku meninggal waktu umur dia setahun, sekarang tinggal lah aku dua beradik je, aku dan abang aku, along. Arwah abah dah lama meninggal, dari aku kecik lagi umur aku 3 tahun.
Aku baru berkahwin awal tahun ni, belum lagi dikurniakan rezeki anak. Aku tak pernah duduk jauh dengan mak, selain 5 tahun masa belajar kat u dulu (tu pun awalnya berat mak nak lepaskan), dah grad terus balik duduk dengan mak, even tempat kerja jauh pun tetap ulang alik balik kerumah mak everyday.
Lepas kahwin, aku dan suami duduk dengan mak aku sebab rasa kesian mak aku duduk sorang. Along aku bujang lagi, dah lama menetap dan kerja di bandar (ada dalam plan dia nak transfer tempat kerja, tapi sampai sekarang tak approve lagi).
Mak aku ni pun aktif dengan group mengaji dia, program sana sini, ada group usrah, selalu pergi ceramah agama, teraweh full sejak 1st ramadan. Tapi sampai sekarang masih belum boleh terima kenyataan yang anak perempuan dia ni dah jadi isteri orang, dah ada tanggungjawab lain. Sedih aku bila memikirkan mak aku yang patutnya lebih faham bab agama, tapi selalu sangat cuba nak control hal rumahtangga aku.
Along aku, alhamdulillah dia memahami kitorang. Walaupun kerja di bandar (jarak perjalanan 4 jam), lately ni sejak aku kahwin, dia kerap balik ke rumah mak. 3 4 hari sekali, bila along balik kampung, memang suami aku akan ajak aku balik ke rumah mak ayah dia tidur semalam dua (rumah mak aku dengan rumah mertua tak jauh, dalam 30 minit je perjalanan).
Aku selalu ikut je, sebab aku fikir semua okey la, asalkan aku tak tinggal mak sorang kat rumah, along ada kat rumah boleh temankan mak, lagipun ni lah masanya suami aku nak jenguk nak spend time dgn mak ayah dia. Tapi lain pulak yang mak aku fikir, mak aku selalu rasa yang suami aku tak suka pada along, sebab tu selalu nak mengelak bila along ada di rumah.
Allahuu.. Bukan tu je, setiap kali aku nak balik rumah mertua, ada saja ayat psiko dari mak aku, macam-macam yang keluar dari mulut mak, mak kata kalau aku balik rumah mertua tak payah nak balik rumah dia lagi, sampai ada tu paling teruk mak aku kata aku bukan anak dia lagi dan dia bukan mak aku lagi, hanya sebab aku nak balik rumah mertua, tu jeee.. Sedih aku weh.. Mak ada bagitau aku yang dia cemburu bila aku balik rumah mertua, mak tak bagi aku ikut, sebab mak rasa kat rumah family mertua dah ramai, adik beradik suami aku ramai katanya rumah dah meriah.
Ya Allah, susahnya mak nak faham keadaan suami aku sebagai anak sulung, dia pun nak berbakti pada mak ayah dia, adik adik dia. Banyak kali jugak suami aku mengalah sebenarnya, kadang dia balik kerumah orang tuanya seorang je, demi nak menjaga hati mak aku. Tu pun mak selalu anggap aku macam anak derhaka, sebab selalu ikut cakap suami, selalu lebihkan suami, bagi mak serba serbi aku buat tak kena. Derhaka sangat aku ni dimata mak, hanya kerana aku nak taat pada suami.
Suami aku ni penyabar orangnya, banyak dah dia mengalah dengan mak aku. Sejak kahwin, jarang keluar berdua, nak kemana-mana mesti bawak mak aku. Dari awal kahwin sampai lah hari ni, honeymoon pun kitorang tak plan, bercuti berdua jauh sekali sebab memikirkan nak tinggal mak sorang kat rumah, selalu memikir perasaan mak je..
Walaupun aku dan suami tak kaya mana, rumah sendiri pun tak ada lagi, tapi belanja bulan mak aku, aku tak pernah potong sejak dari zaman belum kahwin lagi, 10% dari gaji aku, kalau ada duit lebih aku tambah jugak kadang2, bila mak aku nak apa-apa kalau aku ada duit cepat-cepat aku belikan, belanja rumah bil-bil semua memang suami aku yang bayar.
Tapi tu lah, mak aku selalu rasa suami aku tak pernah beli apa-apa dan selalu perli-perli aku yang suami aku asik belikan barang untuk family dia je. Kerap sangat mak aku tak puas hati dengan suami aku, mak asik mengadu apa yang suami aku buat, bagi dia semua tak betul. Yang mak aku tahu, mak aku nak aku dgn suami selalu ikut cakap dia, ikut peraturan dia.
Sebelum kahwin, mak aku dah janji siap-siap dengan bakal mak mertua aku masa tu, nak mintak suami aku duduk sini bila dah kahwin nanti. Mak mertua aku okay je lah masa tu, tapi aku tak tahu lah apa dalam hati dia kan. Ni dah lepas kahwin, suami aku dapat tau dari ayah dia yang mak dia kadang ada berkecil hati dengan dia sejak dia kahwin, aku dah risau masa tu, aku dgn suami aku cepat2 betulkan balik keadaan, ambil hati mak mertua aku balik dan sekarang mak mertua aku pun macam dah okey.
Sebenarnya sebelum kahwin, aku dan suami ada berbincang nak duduk mana lepas kahwin nanti. Suami awalnya berat nak duduk dengan mak aku, tapi lepas kahwin, entah macam mana mak aku pujuk dia, dia pun mengalah terima je.
Raya ni pulak, suami aku dah janji dengan mak dia, lepas sembahyang raya kat sini, kitorang akan terus balik rumah mak ayah suami, beraya rumah atok nenek dia pulak. Untuk malam raya pulak, demi nak menjaga hati mak aku, aku dah mintak izin dengan suami, aku nak tolong mak aku, suami pulak mungkin akan ulang alik ke rumah mak ayah dia tolong apa yang patut.
Benda ni mak aku dah start tanya dari awal puasa lagi, haritu okay bila dengar plan aku macam tu, yela sebab pagi raya & malam raya aku ada kat rumah kan boleh tolong-tolong dia. Tapi semalam, tetiba mak aku bangkitkan pulak isu beraya ni, mak aku kata aku patutnya beraya kat sini je, family aku first day raya banyak nak pergi rumah saudara mara katanya, aku dan suami patut kenal2 dengan family besar aku, rumah atok nenek suami tu dah selalu sangat pergi, katanya. Allah sedihnya hati aku ni.
Tapi ape pun jadi, bab beraya ni, aku memang dah nekad nak bertegas, lepas salam salam dengan mak & along, aku terus balik rumah family mertua. Kesian kot suami aku, dah hari2 duduk dengan mak aku, takkan raya pun tak boleh balik rumah mak ayah dia, aku faham lah dia pun nak cium tangan mak ayah dia pagi raya kan :(
Suami aku memang banyak bersabar setakat ni, tak pernah sekali pun mengeluh, cuma baru-baru ni dia ada terluahkan perasaan yang dia rasa lepas kahwin ni tak dapat pun rasa nak memiliki aku sepenuhnya. Aku sedih, rasa kesian dan serba salah dengan suami.
Sekarang ni, aku tengah berfikir-fikir nak duduk rumah sewa, aku dah start survey rumah sewa. Pada pendapat korang, kejam ke aku kalau aku dgn suami keluar dari rumah mak aku ni? Patut ke? Mak aku sorang kat rumah tu. Tapi along aku kerap balik.. tapi.. aku taknak la sampai mak aku tak terima aku sebagai anak dia lagi. Kalau aku keluar rumah ni entah apa lagi lah mak aku akan cakap. Risau jugak aku bila fikir benda ni..
Okay lah, setakat ni je lah yang aku nak share, sekadar nak meluahkan perasaan yang dah pendam lama dah ni. Korang semua tolong doakan aku tau, doakan aku kuat untuk berterus terang dengan mak aku andai aku jadi pindah rumah sewa nanti, doakan jugak aku dengan suami direzekikan zuriat tahun ni. InsyaaAllah Amin..
Thank you semua yang sudi baca confession aku ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
– Rin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit