Antara Mental Dan Anak

Assalamualaikum kawan2. Sudah lama saya ingin bantuan dari rakan2 disini.

Suami berkerja shift, saya bekerja office hour. Umur kami 30. Saya ada seorang ibu yang garang dan kematian ayah.

Perkahwinan kami dah menjangkau 5 tahun, dikurniakan 2 anak yang sangat comel cerdik pandai.

Suami saya rapat dengan keluarga kawan dia, sangat rapat dan sebelum berkahwin, suami tinggal dan kerja bersama dia orang.

Masa saya nak bertunang, keluarga kandung dan keluarga kawan suami membantah tak bagi kahwin dengan saya sebab saya sakit, takut mandul nanti. Jadi saya tak suka kawan baik dia keluarga kawan dia tu.

Masa tu saya serah pada Allah, suami saya memang bersungguh2 nak kami berkahwin. Saya hanya mampu usaha dan doa, masa berlalu dan Allah mudahkan urusan perkahwinan.

Saya banyak bantu suami masa tu dari segi kewangan untuk jadi kahwin.

Saya tulus ikhlas bantu orang, walaupun pada mulanya saya tak sayang dan tak cintakan suami,

Tapi saya terima atas dasar kesungguhan suami sebab saya yakin saya boleh usaha sayangkan suami, layan suami sebaik mungkin dan saya dah lakukan selama 5 tahun perkahwinan ini.

Dari segi nafkah zahir, suami akan tunaikan semampu dia, kadang2 cukup kadang2 tak cukup dan saya akan korek simpanan demi kelangsungan hidup.

Suami boleh dikategori romantik juga selalu peluk dan ucap terima kasih tapi itu dulu, sekarang saya tahu dia sudah tak ada hati dengan saya.

Suami tak pernah berkira bab duit tapi sejak menjak suami berkira bab tenaga masa dan jasa dia. Nafkah batin sekarang ni pun dah lama dibiar sepi.

Sepanjang perkahwinan, kami kerap sangat bergaduh dan orang lain akan nampak saya queen control dan garang dengan suami, sedangkan orang tak tahu suami ada kantoi 3-5 kali wasap mesra dengan perempuan lain di tempat kerja.

Pada awalnya kantoi pertama kali masa saya mengandung dan kali ke 2 masa dalam pantang. Yang dalam pantang tu bila saya masuk campur, dia bergaduh sampai jadi kes polis.

Saya maafkan saya diamkan sebab baru wasap bukan sampai check in semua. Paling terbaru kantoi lagi dengan perempuan lain pulak, dan kali ni dia macam bersungguh2 nak dekati perempuan tu.

Saya dah tak boleh sabar saya rasa macam terhina sangat jadi saya bocorkan semua dekat keluarga suami dan keluarga sendiri kecuali ibu saya.

Kes berlalu macam tu je sebab tak ada apa2 tindakan pun dari keluarga suami mahupun keluarga saya dan saya cuba memaafkan dan melupakan.

Dalam masa yang sama suami kantoi berjumpa dengan keluarga kawan baik dia tu, rupanya selama 5 tahun dia sanggup mintak cuti EL MC demi mereka,

Dan mereka tidur di hotel bergembira sedangkan saya mati2 ingat dia kerja waktu tu, saya uruskan ank2 sorang diri. Bila keesokan hari dia akan balik seolah2 penat bekerja.

Rasa diperbodohkan lagi, ada bergaduh besar tapi tak lama dan kes di biarkan berlalu.

Disebabkan kes2 macam ni, saya terpaksa paksa diri belajar semua soc med semata2 nak kumpul bukti.

Suami saya jugak ketagih p*rno, segala twitter facebook tiktok telegram pasti ada benda2 tu.

Bila kantoi, dia akan delete dan dia akan create akaun baru, yang lain2 dia lebih open kadang2 saya dapat access akaun dia tapi yang paling dia sembunyikan adalah twitter, dekat sini nak dapat video p*rno sangat mudah,

Saya yang tak pandai terpaksa buka akaun demi nak buktikan ape saya jumpa tu berasas dan bukan bersangka buruk semata2.

Ini pun dah berkali2 dia berjanji nak berubah, bantu dan doakan dia. Setiap kali bergaduh, saya ambik masa tenangkan diri dan memaafkan.

Paling kemuncak bila saya dah berani buka mulut bercerita serba sedikit pada abang saya untuk nasihatkan suami, tapi saya juga disalahkan kata tak pandai layan suami,

Kesalahan dihamburkan pada saya dan kes berlalu pergi demi kesihatan mental saya sebab saya dah tak boleh kawal kemurungan, dah mula main pisau dan pernah sekali cucuk perut sendiri.

Semalam sepatutnya suami jemput anak saya dari sek tapi bila saya tanya cikgu, suami tak jemput pun.

Dah waktu petang lepas jemput ank2, saya tengok suami terbongkang tidur hanya pakai tuala dan saya yakin, suami layan p*rno sehingga tertidur.

Biasalah p*rno ni buatkan kita over penat dan otak mengecut, memang kantoi dia on twitter macam2 yang ada dalam tu.

Dalam masa hampir 2 bulan ni saya memang boleh agak suami saya makin teruk dengan p*rno, bila saya minta bersama tapi dia dengan pelbagai alasan dan lebih suka tidur asing dari saya. Bila saya suarakan nak bersama je, dia akan cepat2 tido.

Akhirnya saya halau dia sebab saya dah tak mampu tanggung dan tak nak dah anak saya asyik tengok kami bergaduh. Sekarang ni dia dah bawa haluan dia, saya bersama anak2.

Saya juga pernah mengadu call p****** a****, tapi lain pulak jadinya bila pegawai p****** a**** tu cuba nak ‘try’ saya dengan telefon saya secara peribadi nyatakan hasrat ‘nak berkenalan’ saya dah tak tahu siapa yang saya boleh percayai.

Saya pernah ajak suami pergi p****** a**** untuk kaunseling tapi dia memilih bergaduh dari ke sana.

Sekarang ni saya hanya fikirkan anak2 saya, saya kesiankan mereka sebab bab anak2 suami saya memang perfect. Layan anak, mandikan anak, suap anak makan, tidurkan anak, layan anak2 main bila dia ada dekat rumah

Ape saya perlu buat ya kawan2 selain berdoa untuk suami?

Saya risau anak2 saya selalu tak sihat dan si adik memang ada appointment hospital dan selalu masuk wad, si adik pun tak boleh bercakap lagi walaupun umur dah 2 tahun, cuti saya pun dah nak habis.

Mental saya pun dah tak kuat, saya pernah cuba nak dapatkan rawatan mental tapi kekangan kerja, saya tak ada cuti.

Saya pernah bincang dengan suami supaya ceraikan saya dan berkahwin lain sebab saya sedar kadang2 kesihatan saya tak berapa baik dan mungkin dia tak suka.

Saya ada masalah jantung, slip disc, masalah hormon dan asthma. Bila saya dalam masalah macam sekarang, saya sentiasa pening nak pitam, saya tak boleh fokus kerja.

Salah ke saya halau suami atas niat nak jaga mental saya dari terus disakiti?

Macam mana dengan nasib anak2 saya lepas ni, saya tak nak dia orang jadi mangsa macam saya tak ada kasih sayang seorang bapa secukupnya.

Saya minta maaf penulisan saya serabut dan tak teratur.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *