Antara Minat Dan…?

Hi Assalamualaikum,

Aku sepatutnya sekarang ini tengah meluangkan masa dan belajar skill wordpress. Belajar sebab nak dijadikan sebagai pendapatan sampingan kononnya. At least itu yang aku rasa dan sebenarnya dah pikir masak2 macam mana aku nak proceed untuk next years ahead.

Jujur cakap gaji basic sahaja tidak mencukupi untuk tampung dan bersedia dengan masa hadapan aku yang mungkin akan bertambah komitmen nya. So antara inisiatif aku adalah dengan mencari pendapatan sampingan.

Sambil aku belajar skill wordpress nie, sambil tu otak aku mengalihkan perhatian kat perkara lain. Pandangan lain. What if aku sucks at wordpress? What if wordpress nie dah lapuk, takde demand? And so on.

Of course orang akan kata try jer dulu, belum cuba belum tahu. But an aimless decision di dalam dunia serba informatif nie?? R u serious bro? Feels like aku tak capitalize keadaan dan tools dengan sebetulnya untuk aku take decision.

And yeah it sucks if that is the case. Wicis why aku mengelamun dan contemplating if this is really the path i should navigate on for the next decades or so. Ditambah lagi dengan web3 etc. See now things getting bigger.

When actually aku can convince myself and sell to myself yang this is what i want to thrown myself into for the next decade?? Haaahhhhh T.T

So, unless aku boleh address this concerns and can sell this to myself then aku seriously rasa this will be one of those hangat-hangat tahi ayam. especially when things go south (which IT WILL).

Another thing yang affect me right now adalah bila aku terpikir yang macam mana aku boleh minat Chelsea FC. Kelab bolasepak. Kenapa benda nie aku terpikir dan boleh kaitkan dengan krisis aku? 3 words. Longevity, consistency dan sustainability.

Bila dengan minat, aku dapat bersama dengan chelsea selama mana aku hidup. Aku konsisten untuk katakan aku suka dan sokong chelsea walaupun kalah bertalu-talu.

Walaupun kelab tu rosak sekalipun aku masih akan sokong chelsea. Melainkan kelab tu bubar. Benda nie menarik minat aku bertanya kat diri ini, apa sebenarnya yang buat aku stay untuk minat chelsea?

– Dapat duit? NO

– Dapat awek? NO

– Dapat famous? NO

– Dapat selamat? NO

So semua tu tak, jadi apa sebenarnya yang buat aku stay untuk minat dengan chelsea? Jawapannya tiada. Tiada apa yang buat aku stay disini. Aku stay sebab aku memang minat dengan chelsea.

Chelsea taik sekalipun, aku stay. Chelsea wangi sekalipun, aku stay. Selagi kelab itu belum bubar dan pupus, aku stay. Hatta kalau minat chelsea membuatkan aku kena virus bahaya sekalipun aku stay.

Aku nak tau bad news, good news, results, rumours, semua benda related dengan chelsea aku aku nak tau.

Nampak tak kat sini? Kesetiaan. Sense of attachment & devotion aku terhadap chelsea fc kuat gila. Berkobar kobar sampai ke hari ini. AKU STAY SEBAB AKU NAK STAY. I LOVE CHELSEA FOR WHAT CHELSEA IS. NOKTAH.

Jadinya, kat sini yang buat aku masih ragu dengan krisis wordpress kat atas tu. Adakah wordpress can be a CHELSEA? Short answer? Tak langsung weh.

Apa yang buat aku stay (selepas managed to convince myself lol) dengan wordpress sebab aku percaya stay dengan dia boleh dapat duit, dapat return of something. Aku tak stay dengan dia sebab dia is wordpress.

Kalau dia jadi taik, aku belah. Hatta kalau jadi wangi sekalipun, melainkan aku dapat duit then aku still berambus.

Aku sejujurnya perlukan sesuatu sebagai side income. Yang seperti chelsea dimana aku stay sebab aku nak stay. Taik, busuk, wangi, manis, pahit, merbahaya sekalipun sesuatu itu. Aku tetap stay sebab aku nak stay. Melainkan pupus.

– Kirin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *