Aku tinggal sekali dengan parents dan adik-beradik.
Sejak parents dah tak bekerja, kami adik-beradik sama-sama tanggung belanja rumah seperti bayar bil, beli barang dapur semua.
Tapi abang aku langsung tak nak ambil tanggungjawab tu, walaupun dia duduk sekali dengan kami.
Yang buat aku lebih terkilan, setiap bulan duit dia cukup je. Boleh berjalan sana sini, hampir tiap minggu keluar.
Setiap bulan bagi duit belanja pada GF, anak-anak GF pun dapat belanja, sampai bil rumah GF dia sanggup bayarkan (ni ada bukti aku pernah nampak Bank Statement).
Dah 4 tahun berlalu but tak kahwin pun. Semua tu aku tak kisah pun sebab itu duit dia.
Tapi bila duduk sebumbung, tanggungjawab rumah sendiri dia abaikan, itu yang buat aku betul-betul sakit hati.
Parents aku sendiri pernah menangis sebab kecil hati dengan sikap dia dan akhirnya kami adik-beradik lain terpaksa pikul semua.
Aku sampai tahap balik rumah pun dah tak ada mood. Nak tengok muka dia pun aku benci, dengar suara dia pun menyakitkan hati.
Pernah terfikir nak pindah sewa bilik atau rumah lain demi jaga mental aku.
Tapi bila fikir balik, kalau aku keluar, siapa pula nak tanggung bil dan barang dapur untuk parents aku?
Aku kesian dekat mereka kalau aku tinggalkan.
Netizen, kalau korang jadi aku… patut aku terus bertahan demi jaga hati parents atau keluar juga demi jaga hati sendiri?
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sarah,
tiada masalah jika kamu mahu hidup sendiri dengan menyewa di tempat lain. Kamu masih boleh membayar bil rumah ibubapamu, beli barang keperluan dapur mereka. teruskanlah amal baikmu itu. Setelah kamu melunaskan keperluan mereka, kamu balik lah ke tempat tinggal sewamu. tidak perlu bermalam di sana. Jangan dikusutkan fikiranmu dengan tingkahlaku abang yang tidak menyumbang itu.