Aku Rangga.
Terlebih dahulu ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana siarkan perkongsian aku ini. Dan juga terima kasih kepada Kak Mun (bukan nama sebenar) seorang pembantu warden kerana sudi taip dan emelkan kepada pihak admin.
Terlebih dahulu, suka saya sebut awal-awal bahawa kisah saya ini saya tokok tambah nak bagi samaran bagi watak sebemar dan seronok di baca dan di TELADANI hendaknya.
HUKUMAN.
Untuk pengetahuan, aku sekarang sedang menjalani hukuman bagi kesalah-kesalahan RASUAH & PECAH AMANAHyang telah aku lakukan semasa aku seorang PENJAWAT AWAM dahulu.
Sekarang sudah tahun ke 7 aku didalam, memang benar mereka cakap, kalua sabun jatuh jangan ambil. Hukuman aku masih berbaki 21 tahun lagi termasuk 19 kali sebatan. Punggungku sudah lunyai. Dalam kesakitan sebatan yang baru reda, seksaku ditambah dengan penangan nafsu serakah gian warga penjara meratah analku. SAKIT, SAKIT, aku saja yang tahu sakitnya.
SEJARAH.
Aku dilahirkan dalam seluarga sederhana bagi pasangan penjawat awam di Lembah Klang ni. Kehidupanku tak pernah susah, kalau susah pun, susah hendak tidur, susah hendak telan, susah bagun subuh. Begitu juga dalam pembelajaran, dari kecik sampai besar aku agak seorang yang top student jugak la, sehingga aku berjaya mendapat segulung ijazah.
KELUARGAKU.
Aku mempunyai seorang isteri yang baik dan sepasang cahaya mata yang soleh dan solehah. Dikesempatan ini jika isteriku ada membaca artikel ini, abang minta maaf sebab langar perintah Allah, abang alpha dalam mengejar duit dan dunia. Isteri seorang yang bekerjaya dan agak berupa juga. Setelah 2 tahun kahwin, abarulah aku dapat menimang cahaya mata pertama aku.
KISAH.
Tahun ke-2 aku berada dalam perhikmatan, aku ditukarkan ke bahagian projek dan perolehan. Unit ini memang idaman kaki-kaki paw wang rakyat kerana access untuk dirasuah dan merasuah sangatlah besar. Ketua unit dan rakan sekerja aku merupakan mentor aku. Mereka ajar aku A-Z cara untuk membuka pintu neraka dengan cara DUIT KOPI ini.
Aku seronok dalam menguruskan peerolehan barang dan pembahagian projek-projek antara kontraktor utama dan sub mereka, aku guna betul-betul semua kuasa yang aku ada. Barang harga RM1 aku makan 30sen sahaja. Begitu juga projek, sampai melekat namaku sebagai Rangga 30%.
Duit 1st yang aku perolehan dengan cara ini adalah RM100, hanya 1 tandatangan sahaja modal tu. Kegiatanku semakin rancak, aku disogok bukan saja DUIT, tapi PEREMPUAN, KERETA, ENTERTAINMENT , SUKAN GOLF DAN POLO, CREDIT CARD UNLIMITED, PAKAIAN DAN ACCESORY dan sebagainya. Aku leka, aku hanyut.
Dari sebulan sekali, aku buat seminggu sekali, dari seminggu sekali aku buat lagi kerap. Aku menyogok dan disogok, menggunakan segala kuasa yang ada pada jawatan aku.
Dipendekkan cerita, aku tertangkap dek kerana terlalu obvious sehingga dihidu rakan lain dan bos unit lain atas kemewahanku dan kehilangan ku sewaktu waktu bekerja.
SPRM.
Semasa aku ditangkap pihak SPRM, aku disoal macam-macam, dan hamper 90% kerja-kerja haram aku SPRM kesan termasuk duit yang aku sorokkan dan daftarkan atas nama ahli keluarga lain.
Semasa dalam siasatan dan tahan SPRM, jawatan ku dilucutkan serta merta. Aku KEHILANGAN PANGKAT DAN JAWATAN. Setelah dibicarakan aku didapati bersalah dan dikenakan HUKUMAN PENJARA 28 TAHUN & 19 SEBATAN.
Bulan pertama aku di dalam penjara, aku di beritakan ibuku jatuh sakit dan aku KEHILANGANNYA semasa dalam bulan ke-2 aku dipenjara.
Pada bulan ke-3, aku KEHILANGAN ISTERIKU kerana isteri dating memohon penceraian dariku. Isteriku mengalami DEPRESSSION yang melampu kerana stress dan malu atas apa yang berlaku keatas aku. Dia pergi Bersama anak-anakku keluar dari Lembah Klang.
Aku sudah kehilangan segala-galanya.Sekelip mata.
NASIHAT.
Aku harapankan rakan-rakanku yang diberitakan kepadaku mereka masih aktif melakukan kerja-kerja haram ni, agar insaf dan Bertaubatlah. Aku takut korang akan kena benda yang sama.
Pegawai SPRM ada pesan kepadaku, “kau ingat awal-awal kau buat tu kami tak tahu, kami biarkan dahulu untuk kumpul bukti dan bagi kamu ruang untuk bertaubat, tapi kamu tidak sedar, kamu asyik”. SPRM boleh access kepada KEHIDUPAN anda semua bukan sekadar smartfone atau account bank sahaja, semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku dan diberi keinsafan kepada kalian.
Wassalam.
– Rangga Tigapuluh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit