Antara Patung dan Depression

Assalammualaikum semua pembaca. Salam Ramadhan. Moga semua kita terpelihara dan selamat di musim covid ini.

Sedikit perkenalan, saya seorang penggemar koleksi patung barbie. Dan bukan itu sahaja, banyak patung lain lagi yang saya minat. Pendek kata saya memang suka patung.

Dulu-dulu saya akan beli dan simpan dalam almari kaca saya. Jadi display.

Setiap kali bangun atau lintas saya suka melihat patung-patung itu dengan baju handmade yang kadang saya buat atau tempah dengan harga yang mahal.

Namun ternyata ada satu rahsia yang saya tak pernah tahu.

Patung dengan depression yang saya alami.

Mungkin korang semua takkan percaya. Tapi lepas saya tengok ada pengakuan dari seorang ustaz yang meng “ruqyah” sebuah rumah sebab banyak gangguan dalam rumah tu.

Ternyata jin-jin tersebut telah bersarang dalam patung-patung beruang milik anak-anak mereka. Jadi ustaz perintahkan suruh bakar. Dan lepas tu tiada lagi gangguan.

Sebenarnya memang kita ketahui, yang Allah murka pada pembuat patung kerana seolah2 mencabar kekuasaan Allah dalam mencipta makhluk.

Dan disebabkan itulah, sekiranya ada patung di rumah termasuk lukisan haiwan atau benda hidup akan menyebabkan malaikat tidak dapat masuk ke rumah itu.

Dan jika malaikat tidak masuk, maka jin dan syaitan akan berleluasa di rumah tersebut.

Maka akan terjadi banyak masalah dalam rumahtangga seperti perselisihan pendapat antara suami isteri, anak-anak yang sering tantrum dan sebagainya.

Jadi berbalik pasal patung barbie tu. Setelah aku display, aku perasan yang hati aku selalu rasa sedih dan tak tenteram.

Malah aku selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Sampai aku juga pernah mendengar suara supaya bunuh diri. Sudahla suaranya jugak jelas mengajar aku cara-cara untuk bunuh diri.

Masa aku menangis di bilik, ada suara berulang kali yang ajar aku suruh kelar leher dan pergelangan tangan. Nauzubillah. Aku tak mampu nak ingat semua tu balik.

Kalau aku benar-benar iman lemah pasti aku telah lama masuk neraka kerana orang yang bunuh diri akan bunuh diri berkali2 dengan cara yang sama di neraka nanti. Nauzubillah.

Jadi nak dijadikan cerita lepas tu aku masih tak perasan yang punca aku depression tu salah satunya disebabkan oleh patung-patung itu.

Hanya lepas tu almari aku rosak jadi aku terpaksa la simpan dulu patung-patung tu dalam drawer. Dan lepas dah beli almari baru, aku lupa untuk display.

Dan ajaibnya aku dah makin ceria dan tak depress macam dulu lagi. Aku baru perasan semua tu.

Dan lepas aku baca posting berkenaan dengan ustaz yang ruqyah rumah tu barulah aku simpulkan hal ni. Yang patung TIDAK BOLEH DI DISPLAY DI RUMAH!!!! Jangan display tersemasuklah patung beruang, mainan anak tu.

Dan lukisan2 atau tirai dengan corak haiwan hidup seperti ikan atau burung. Sebab dikhuatiri ada ‘benda’ akan hinggap di situ.

Jadi lepas2 kejadian tu aku akan simpan patung aku setiap kali lepas aku tengok. Simpan dalam drawer. Kalau yang mana ada anak2 punya patung tu sediakan satu kotak besar untuk simpan di dalamnya okey?

Sebab benda ni memang nampak remeh, dan mungkin ada antara korang tak percaya. Dan aku tak kesah.

Aku cuma nak bagitau ilmu ni bagu orang yang nak terima ja. Yang mana ada depression atau mental illness tu boleh cek balik. Mungkin ada benda2 ni dekat rumah korang.

Satu lagi korang jugak boleh bela kucing sebab kucing dipercayai dapat menyerap aura-aura negatif dari dalam rumah selain daripada dapat rendah kan paras hormon kortisol (penyebab stress) dalam badan kita. Sebab tulah Rasulullah suka kucing.

Okey itu saja perkongsian dari saya. Yang mana baik ambillah. Yang mana buruk boleh buang jauh2 huhu. Maafkan segala salah silap. Assalammualaikum.

– Cik Barbie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *