Assalamualaikum wbt
Aku dahulukan ucapan terima kasih sekiranya post ini disiarkan
Sejak dua menjak ni, perniagaan MLM (multi level marketing) ni makin menjadi2..macam2 taktik dan strategi yang dibuat demi menarik orang ramai menyertainya. Dan sudah pastinya, aku pun tak terlepas menjadi subjek untuk diajak join bersama.
Sebelum aku teruskan izinkan aku perkenalkan diri. Aku dan suami dua2 berkerja, alhamdulillah, ada anak, 2 buah rumah,kereta masing2 sebuah dan sedikit saving tiap2 bulan. Bagi aku semua tu dah terlalu cukup bagi aku dan aku sungguh bersyukur dikurniakan suami yang faham isterinya juga bekerja. Almaklumlah bila dh kerja, sebagai seorang wanita kita mmg akan sibuk dan kurang effisien dalam mengendalikan rumah tangga maka suami aku sangat rajin membantu agar aku boleh tumpukan perhatian kpd ank2 dan ada masa untuk berhias untuknya.
Aku dibesarkan dlm keluarga yang sederhana. Abah aku seorang pegawai rendah kerajaan Mak aku pula suri rumah. Dalam erti kata lain, gaji abah Aku cukup2 makan je untuk menampung kehidupan kami 8 org sekeluarga..aku pulak sering sakit waktu kecil, antibody terlalu lemah, kurus dan senang demam. Sehinggalah mak aku terjumpa dengan satu vitamin keluaran produk dari *** ni aku tiba2 jadi berselera makan, susah demam dan kembali sihat walafiat dgn izin Allah. Bermula dari situ, mak aku mula menyertai perniagaan MLM itu.
Kehidupan aku berubah 100% selepas itu. Abah dah mampu belikan apa sahaja yang aku nak dan kami kerap melancong ke sana ke sini. Abah juga dah tukar kereta yang jauhhh lebih selesa untuk kegunaan kami maka kami boleh travel dengan sangat selesa. Tapi mungkin abah dan mak aku lupa, bukan itu yang kanak2 sebaya aku perlukan waktu itu.
Mak dan ayah aku selalu keluar hingga larut malam untuk berjumpa dgn upline2 dan downline2. Kadang2 kami adik beradik pun diangkut sama. Kalau dulu setiap malam mak akan semak setiap helaian buku2 sekolah aku untuk pastikan kerja sekolah aku siap dan baca komen guru, tapi lps tu tidak lagi. Mak juga sering letih dan tiada masa nak layan aku. Waktu 90 an tu mak dah guna henfon yg macam botol air besar tu. bisness mak dan ayah dah hampir nak sampai ke kemuncak, tinggal satu anak tangga lagi untuk berjaya (org mlm mesti tahu apa tangga2 ni) sehinggakan abah nekad pencen awal untuk fokus kpd bisness.
Abah dan mak nekad balik kampung sebab nak kembangkan bisness kat kampung sendiri. Biasalah slogan mlm ni banyak yang guna perkataan ‘melayu tolong melayu’ tp mungkin rezeki itu Allah yang tetapkan. Abah dan mak dah usaha tapi bisness tak menjadi. Upline pun slow2 menghilangkan diri sbb dh jumpa downline lain yg baru dan tgh meningkat naik. Disebabkan abah pencen xckup syarat,3 thn hidup di kampung tanpa pencen. Abah terpaksa tukar kereta mewah kpd kereta biasa sbb xmampu nak bayar. Abah mula belajar buat kerja2 kampung sampai pernah naik bot ke laut dlm untuk cari duit. Betapa susahnya aku time tu aku nk upsr mak aku xmmpu nak hantar tusyen pun sampai baju sekolah aku pun cikgu2 sekolah yang bagi baju ank2 dorang yg dah tak padan. Tapi apapun alhamdulillah rezeki aku dapat 5A jugak berkat hasil pertolongan cikgu2 sekolah rendah aku yang sangat awesome dan anggap aku mcm anak sendiri.
Apa yang aku nak cakap ialah buat bisness tu tak salah tapi kena berpijak dibumi yang nyata. Biasanya org2 MLM akan kaburkan kita dengan bonus2 beribu2 kemudian pakej2 pelancongan, seterusnya kereta2 mewah, pastu sebut pasal saving anak2, dan ada yg nak nampak islamik sikit cakap pasal pakej umrah dan haji. Cakap berdegar2 dengan ayat “mustahil tak boleh capai” atau “semua org yang join dah berjaya” dan macam2 lagi lah yang aku dah muak dengar sejak aku kecil lagi tapi sorry to say, aku dah pernah tengok contoh di depan mata aku sendiri dan aku pernah rasa jadi anak yang terabai sebab mak ayah aku kurang bagi perhatian.
Bagi aku meniaga tu tak salah tapi bila kita nak meniaga MLM sehingga kena buat loan berpuluh2 ribu itu adalah tindakan yang kurang bijak. Bacalah dari sejarah, semuanya bermula dari bawah barulah kejayaan yang kita dapat tu rasa manisnya. Betul bila kau keluarkan modal yang besar, memang normal kau akan dapat bonus yang besar tapi kena ingat yang syarat2 nak dapatkan bonus besar tu korang kne kejar target2 yang telah dibuat. Korang tak perasaan bahawasanya duit yang korang labur tu yang syarikat rolling kan tuk dapatkan bonus tu. Pernah korang selidik siapa orang paling atas syarikat korang join tu? Apa syarikat2 yang melabur dengan syarikat tu? Sebab yang aku tahu banyak syarikat2 MLM ni main branch dia ada saham dengan kilang arak. Korang yakin yang sumber pendapatAn korang tu rolling dari sumber yang halal? Jangan ambil mudah kerana mencari yang halal itu adalah kewajipan buat kita. Ni bab makan tengok sangat kandungannya tapi bab meniaga boleh pandang sebelah mata. Haptuih! Sorry emosional pulak aku. Haha
Loan tu pulak jangan lupa nak bayar, ptptn lagi..dan ramai je aku tengok anak kereta mewah2 tapi rumah mak ayah tak baiki, duit belanja pun tunggu gaji, nak balik kampung pun selalu tak jadi. Semak balik adakah bisness yang kita join ni jadikan kita manusia yang lebih dekat dengan pencipta atau lebih takjub dengan duniawi? Secara jujurnya, adakah dengan ralit di media sosial promote2 barang, balas2 wasap2 downline upline, kadang2 kena join kelas, dengan kerja2 rumah dan kerja yang sedia ada lagi korang boleh bahagikan masa dengan keluarga dengan baik? Tepuk dada tanya lah hati.
Akhir kata, sama2 lah kita menjadi manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Bukan yang memberi maslahat kepada orang lain. Elok2 orang tu hidup cukup2 makan nanti tak pasal2 tak cukup semua. Sesungguhnya nikmat yang paling indah dalam dunia ini adalah nikmat iman, kesihatan dan kasih sayang. Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua rezeki yang berkat dan cukup sementara hidup kat dunia ni. Perbanyakkan lah bekalan untuk ke akhirat sana. InshaAllah. Renungkan dan selamat beramal. Nasihat khas untuk diri sendiri.
Puteri Qaisara
– Puteri Qaisara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit