Antara Redha & Rindu

Ada rahsia yang aku simpan terlalu lama, hingga ia jadi seperti bara kecil di dasar dada, menyala diam-diam, membakar perlahan. Rahsia itu bernama cinta. Cinta pertama yang lahir di usia remaja.

Aku, Saloma, gadis pendiam yang sering dianggap ‘the odd one’ antara adik-beradik. Aku jarang keluar, jarang berkawan, lebih senang menyorokkan diri di balik buku. Tetapi di sebalik dinginnya wajahku, ada satu waktu dalam hidupku di mana aku hampir karam dalam rasa.

Cinta itu bermula sederhana, hanya dari pandangan yang terlalu lama bertaut, Tetapi ia berkembang menjadi sesuatu yang berani, penuh bisikan dan sentuhan samar. Bersamanya, aku mula kenal makna debar, makna resah, makna betapa dekatnya tubuh boleh membuat jiwa bergoncang.

Namun takdir tidak pernah memilih jalan yang kita mahu. Cinta datang dan pergi. Lumrah hidup, tiada yang pelik. Tetapi bertahun kemudian, cinta yang pernah aku kuburkan itu, Kembali dalam bentuk yang paling kejam.

Perasaan itu bermula ketika aku di Tingkatan 3, dia pula di Tingkatan 4. Namanya Jaz. Aku pertama kali melihatnya di padang sekolah, dalam pasukan bola keranjang.

Dari jauh, aku hanya nampak bayangan tubuhnya, tapi cukup untuk membuat jantungku berlari lebih laju daripada dia yang sedang berkejaran dengan bola.

Hari-hari selepas itu, aku mula memerhati. Di koridor, di kantin, di surau sekolah. Aku mencatat setiap senyuman, setiap ketawa. Lama aku pendam, lama aku telan debar itu seorang diri. Malam-malam di asrama, aku pura-pura belajar, padahal fikiranku hanya pada wajahnya.

Aku tahu, aku bukan siapa-siapa. Just Saloma yang pendiam. Tapi diam itu rupanya bukan alasan untuk tak jatuh cinta. My only crush.

Takdir mula mengusikku di perpustakaan sekolah. Hari itu, aku sedang buat latihan matematik, entah sudah berapa kali silap kira. Tiba-tiba, suara itu datang.

“Awak selalu duduk sini, ya?” “Tuh.. salah cara awak kira.”

Aku kaku. Bila aku angkat muka, Jaz berdiri di hadapanku, senyum kecil. Jantungku hampir terhenti. Dia terus duduk di sebelahku, hanya sejengkal jarak.

Bahunya hampir terlanggar bahuku, jarinya hampir menyentuh jariku ketika menunjuk jalan kira. Pandai juga crush aku ni rupanya. Selesai menunjukkan latihan itu, dia berlalu pergi.

Sejak hari itu, kami selalu berjumpa, dia ajar aku, especially bila menjelang peperiksaan. Perpustakaan bukan lagi sekadar tempat belajar. Ia jadi tempat aku menunggu, menunggu sesuatu, atau lebih tepatnya, seseorang.

Selepas beberapa minggu, dia ajak aku keluar outing ke bandar. Aku berdebar sepanjang pagi, naik bas berasingan, dan bila sampai, dia sudah menunggu di depan kedai buku.

“Awak sampai juga,” katanya perlahan.

Kami berjalan beriringan, kaki hampir berselisih. Di kedai buku, tubuhnya berdiri dekat, suaranya umpama berbisik ke telingaku. “Awak suka baca buku macam ni?”

Nafasku seolah berhenti. Outing itu bukan lagi sekadar beli buku, tapi ruang di luar tembok sekolah, di mana aku dan dia boleh jadi “kita”.

Petangnya, bila aku kembali ke asrama, aku masih terasa bayangan bahunya di sisiku. Aku tahu, aku jatuh lebih dalam.

Hubungan kami makin rapat. Ada malam selepas prep di kelas, kami berjalan seiringan balik ke asrama. Kadang-kadang di tangga sekolah, dia tunggu aku. Perjalanan 500-meter ke asrama itu penuh dengan memori yang hanya aku sahaja tahu.

Dalam diam, aku tahu: kami sedang melangkah lebih jauh, walaupun dunia tak pernah tahu tentang kami.

Satu petang, selepas kelas tambahan, dia menungguku di tangga sekolah. Aku teragak-agak melangkah, tapi matanya yang tajam menarikku lebih dekat.

“Awak,” suaranya rendah, hampir seperti berbisik, “saya rasa, I can’t keep this anymore.”

Aku kaku. Nafasku tersangkut di kerongkong.

“Saya suka awak.” Kata-kata itu jatuh perlahan, tapi impaknya menggoncang seluruh tubuhku.

Aku tunduk, jari-jariku menggenggam kain baju kurung. “Saya… saya pun sama,” bisikku, hampir tidak kedengaran.
Kami mula sebagai high school lover. Kami Bahagia.

Setahun lebih bersama Jaz adalah musim paling indah. Everything felt alive. Dia tunggu aku selepas prep, dia cari aku di perpustakaan, dia selitkan kertas kecil dengan kata-kata manis yang hanya aku faham.

Kami tetap menjaga batas. Namun aku percaya bahawa cinta itu wujud untuk aku. Walaupun untuk aku yang introvert ini. Aku gembira.

Jaz mencapai keputusan cemerlang semasa SPM dan dapat tawaran ke universiti, aku bangga. Tapi dalam bangga itu, ada bayangan gelap. Aku masih di sekolah, dia sudah di dunia baru.

Mula-mula pengajiannya kami masih rapat. Surat-surat panjang dihantar. Kadang, telefon awam jadi penghubung.

“Awak jangan risau,” dia selalu kata, “awak tetap nombor satu.”

Tapi lama-kelamaan, jarak itu terasa makin jauh. Dia sibuk dengan kuliah, aktiviti. Aku pula masih sama, menunggu.

Sehingga satu malam itu, aku call dia dari pondok telefon asrama. Nafasku bergetar.

“Awak, saya rasa, saya tak boleh teruskan.”

Dia terdiam, suaranya serak bila menyahut. “Awak maksudkan apa nie? Kita okay je selama ni.”

Aku tahan tangis. “Saya penat menunggu. Saya takut satu hari nanti awak berubah hati.”

“Awak salah, Loma. Saya takkan berubah. Please… jangan tinggalkan saya.”

Air mataku jatuh, tapi suara aku tegas. “Saya sayang awak, Tapi saya tak mampu.”

Lama dia diam. Akhirnya, dia hanya berkata perlahan, “Kalau itu yang awak nak, saya terima. Tapi awak kena tahu, awak cinta pertama saya. And that never goes away.”

Aku letak gagang telefon dengan tangan menggigil. Malam itu, aku menangis dalam diam, menyedari aku sendiri yang melepaskan cinta yang paling benar pernah aku rasa. Dan sejak itu, aku kehilangan Jaz, bukan kerana dia pergi, tapi kerana aku sendiri yang melepaskan.

Selepas aku lepaskan Jaz, hidupku kembali sunyi. Aku sambung belajar, siapkan diploma, kemudian degree. Hidupku penuh dengan buku, kelas, assignment. Aku masih Saloma yang sama: pendiam, introvert, tak pandai berkawan rapat, apatah lagi bercinta.

Kawan-kawan lain jatuh cinta, putus, bertunang, berkahwin. Aku hanya jadi pemerhati. Bila ditanya, aku tersenyum dan jawab, “Belum ada jodoh.” Hakikatnya, hatiku masih terikat pada bayangan seorang lelaki yang pernah aku lepaskan dulu.

Aku cuba mencari dia. Di media sosial, aku taip namanya, cuba scroll satu demi satu profil. Tapi tetap gagal. Ada hari aku tertanya-tanya, “Mungkin dia dah lupa aku? Mungkin dia bahagia di tempat lain dengan orang lain?” Dan setiap kali gagal, ada rasa berat yang aku telan diam-diam.

Aku grad, aku mula bekerja. Dari luar, hidupku nampak normal, career makin baik, kewangan stabil. Tapi dalam diam, aku masih mencari. Masih ada satu ruang kosong yang tiada siapa boleh isi. Dan aku sendiri tak tahu sampai bila. Aku masih cuba mencari Jaz.

Yang tinggal hanyalah memori: senyuman di perpustakaan, langkah seiring di bawah lampu jalan sekolah, outing di bandar, dan kata-kata terakhirnya di telefon awam.

Cinta pertama itu memang tak sempat aku genggam sampai akhir. Tapi ia tetap hidup, dalam setiap hela nafasku, dalam setiap sunyi malamku.

Beberapa tahun selepas aku mula bekerja, berita gembira datang ke rumah. Kak Ngah, kakak yang paling rapat denganku, akhirnya mahu bertunang.

Suasana rumah jadi riuh rendah. Mak sibuk urus persiapan, adik-beradik lain teruja. Aku pun gembira, walau dalam hati ada sedikit sayu kerana aku sendiri masih belum ada sesiapa.

Hari pertunangan Kak Ngah aku tak dapat hadir. Kena outstation, cuti pula tak diluluskan. Aku hanya mampu menunggu update dari rumah.

Petang itu, seorang adik menghantar gambar di WhatsApp. Semua gambar suasana majlis. Hanya sekeping sahaja. Kak Ngah berdiri di sebelah seorang lelaki, gambar agak kabur.

Aku tatap lama gambar itu. Kak ngah nampak bahagia. Wajah lelaki itu tidak jelas, tapi bentuk senyumannya, garis wajahnya, aku kenal.

Aku cuba menafikan. “Mungkin aku penat. Mungkin cuma perasaan.” Tapi hati kecilku berbisik halus, Hensem juga orangnya.

Tugasan aku berlanjutan, maklumlah pegawai baru. Bila dapat cuti, baru aku pulang ke rumah. Suasana masih hangat dengan cerita tentang bakal abang ipar. Semua orang memuji – baik budi, hormat orang tua. Aku hanya dengar, cuba tersenyum, tapi hati gelisah.

Malam itu, aku duduk di ruang tamu, membuka semula gambar pertunangan Kak Ngah. Kali ini aku zoom wajah lelaki itu, walaupun kabur. Jantungku berdetak aneh. Bentuk rahang itu, senyuman miring itu, lesung pipit itu, terlalu familiar.

Aku cuba buang perasaan itu. “No, it can’t be! Tak mungkin.” Tapi hati tidak pernah berdusta. Aku mula mencari-cari lagi, bertanya secara selamba kepada adik-adik, “Siapa nama tunang Kak Ngah?”

“Jaz,” jawab mereka bersahaja.

Nama itu jatuh bagai batu ke dalam dadaku. Nafasku tersekat. Dunia seakan berhenti sekejap. Jaz. Nama yang aku simpan bertahun-tahun, nama yang aku cuba cari dalam sunyi, nama yang selalu hadir dalam mimpi.

Aku cuba kawal wajahku, tidak mahu sesiapa tahu. Tapi dalam hati, aku bergelora. Antara gembira kerana akhirnya tahu dia masih ada, dan perit kerana dia kini bakal milik kakakku sendiri.

Malam-malam selepas itu, aku sering termenung sendirian. Fikiranku penuh dengan satu soalan: Kenapa Kak Ngah?

Jaz. Dia jauh lebih muda daripada Kak Ngah. Jarak umur itu nyata, begitu juga jarak latar belakang. Dalam fikiranku, Jaz tidak pernah sepadan dengan bayangan pasangan yang Kak Ngah idamkan selama ini.

“Apa yang membuatkan dia pilih Kak Ngah? Adakah dia lupa aku terus?” bisikku dalam hati. Kadang aku rasa seperti dikhianati, walaupun hakikatnya tiada siapa tahu kisah lama kami.

Lebih menyakitkan, aku sedar betapa mudahnya semua orang menerima Jaz sebagai tunang Kak Ngah. Seolah-olah semesta merestui, sedang aku sendiri terperangkap dengan luka silam.

Di ruang kerja, aku cuba menumpukan perhatian. Tapi wajah itu terus mengganggu. Setiap kali aku teringat senyuman Jaz dalam gambar, ada rasa rindu yang lama terkubur, kini kembali menggigit dada.

Aku cuba mencari alasan rasional, mungkin jodoh, mungkin takdir. Tapi semakin aku fikir, semakin aku rasa… this isn’t fair.

Raya haji lepas, kami buat majlis kesyukuran. Hari itu rumah riuh rendah. Saudara-mara masih berbual di ruang tamu, anak-anak kecil berlari, dan aku, hanya menyorok di dapur, kononnya sibuk membasuh pinggan.

Tapi hakikatnya, aku sedang cuba lari dari satu wajah.

“Saloma…”

Suara itu datang perlahan dari belakang. Suara yang aku hafal bertahun-tahun lalu. Suara yang pernah membuat jantungku berdegup laju.

Aku berpaling, dan di situ dia, Jaz. Segak dengan baju biru muda, wajahnya masih sama, cuma lebih matang. Berjambang. Matanya menatapku lama, seakan mahu menembusi segala dinding yang aku bina.

Aku kaku. Pinggan di tanganku hampir terlepas. “Awak…” hanya itu yang mampu keluar.

Dia senyum, senyum yang pernah buat aku hampir rebah dulu. Tapi kali ini ada sesuatu yang lain, ada jarak, ada rahsia.

“Dah lama, kan?” katanya perlahan.

Aku angguk, tapi dadaku bagai dipalu. Dalam hiruk-pikuk rumah, hanya kami berdua yang terasa terhanyut dalam dunia lama. Wajahnya terlalu dekat dalam ingatan, terlalu jauh dalam kenyataan.

Dan jauh di sudut hati, aku hanya mahu bertanya: Kenapa awak kembali begini, sebagai tunang kakak? Tapi kata-kata itu aku telan.

Jaz berdiri tidak jauh dariku, hanya dipisahkan meja kecil dan timbunan pinggan. Senyumnya masih sama. Aku cuba mengalihkan pandangan, kononnya menumpu pada buih sabun yang melekat di jari, tapi hakikatnya, aku sedang menahan ribut yang menggila dalam dada.

Ya Tuhan… kenapa dia masih seperti dulu? Kenapa setiap garis wajahnya masih mampu buat aku lupa bernafas?

Aku cuba berlagak tenang, tapi dalam fikiranku, aku sedang terhanyut. Kalau aku pejam mata, aku boleh teringat jelas saat bahunya pernah bersentuh dengan bahuku di meja perpustakaan. Hangat itu masih ada, seolah tubuhku menyimpan ingatan lebih lama daripada yang sepatutnya.

Dia tunang Kak Ngah. Kakak aku. Astaghfirullah… tapi kenapa hatiku degil begini? Kenapa aku masih mahu tahu rasa genggamannya, mahu dengar lagi bisikannya?

Jaz tidak berkata banyak, hanya menatapku. Dan dalam tatapan itu, aku rasa tubuhku terbakar. Bukan kerana dia menyentuh, tetapi kerana bayangan bagaimana jika dia menyentuh, itu sudah cukup buat aku gelisah sepanjang malam.

Aku berpaling cepat-cepat, menahan dada yang terasa seperti mahu pecah. Malam itu, aku tahu satu perkara: aku sudah masuk ke dalam permainan berbahaya, di mana setiap pandangan dan bayangan lebih tajam daripada seribu sentuhan.

Selepas hari itu, hidupku tidak pernah sama lagi. Aku masih ke pejabat seperti biasa, balik kerja seperti biasa, tapi setiap kali aku pulang ke rumah keluarga, ada sesuatu yang berubah.

Jaz sering datang berkunjung. Katanya untuk berbincang dengan keluarga tentang persiapan majlis kahwin. Kak Ngah selalu ada, menayang cincin, tersenyum, berbual rancak. Aku pula hanya diam di penjuru, pura-pura sibuk di dapur.

Tapi dari dapur itulah aku dapat dengar suaranya. Dari ruang yang terbuka sedikit, aku dapat melihat bayang tubuhnya yang tinggi, duduk bersandar di sofa. Dan setiap kali itu terjadi, aku jadi tidak keruan.

Ada satu malam, selepas makan malam keluarga, semua orang sudah sibuk mengemas. Kak Ngah naik ke bilik, Tinggallah aku di dapur, membersihkan meja, dan Jaz menghampiri sinki dengan segelas air di tangan.

“Boleh saya letak sini?” suaranya biasa, tapi nadanya terlalu dekat. Aku hanya mengangguk. Namun sewaktu dia meletakkan gelas, lengannya hampir menyentuh lenganku. Hampir! Sentuhan itu tak berlaku, tapi cukup untuk buat bulu romaku meremang.

Aku berlagak cermat membilas pinggan, tapi mataku mengintai bayangan tubuhnya di kaca tingkap dapur. Dia berdiri tidak jauh, seakan menunggu sesuatu. Nafasku jadi berat.

Ya Allah, kenapa aku rasa begini? Kenapa aku tak mampu buang debar ini, walhal aku tahu dia bukan untukku lagi?

Sejak itu, Kadang-kadang dia sengaja bertanya padaku hal-hal remeh, walaupun Kak Ngah ada. Kadang pandangannya terlalu lama, seolah dia cuba mengingatkan aku tentang masa lalu. Dan setiap saat itu, aku rasa seakan tubuhku tersambar petir.

Aku sering masuk ke bilik dengan jari-jari yang masih bergetar. Aku berbaring sambil menekup muka dengan bantal. Air mata turun tanpa dipaksa. Aku benci diriku sendiri kerana membiarkan rasa ini hidup semula.

Tapi jauh di dasar hati, ada satu bisikan yang lebih jahat daripada tangisanku sendiri:

Kalaulah aku masih jadi orang pertama dalam hidupnya. Kalaulah aku masih jadi dia punya.

Aku tahu, aku sedang terperangkap. Bukan kerana dia salah, bukan kerana dia jahat, tapi kerana cintaku yang lama tidak pernah mati.

Malam minggu lepas. Semua orang sudah lena, termasuk Kak Ngah yang sedang menghitung hari bahagianya hujung tahun ini. Aku duduk di birai katil, menatap telefon bimbitku yang kosong tanpa notifikasi.

Aku teringat dulu, Betapa ringannya dunia bila dia sekadar duduk di sebelah aku. Betapa satu senyuman darinya cukup untuk buat aku terlupa cara bernafas. Funny kan, how little things can burn you for years?

Sekarang, aku memandang wajahnya setiap kali dia datang ke rumah untuk berbincang dengan keluarga. He’s there, so close, yet untouchable.

Dan setiap kali mata kami bertemu, aku rasa ada sesuatu yang masih bergetar. Sesuatu yang tak pernah mati. Tapi mungkin aku cuma terlalu berangan, terlalu desperate untuk percaya.

Aku bergolak, antara logik dan rasa. Between what’s right and what my heart screams for.

Aku selalu bertanya dalam diam: Adakah aku sebenarnya yang lebih layak di sisi dia? Atau semua ini cuma ilusi seorang perempuan yang tak pernah move on? Adakah cinta kami dulu sekadar cinta monyet? Tak seagung cinta kakak kepadanya.

Kadang-kadang, bila aku sorang-sorang, aku berani berangan lebih jauh. Aku bayangkan kalau aku yang berada di pelamin nanti, bukan Kak Ngah.

Aku bayangkan tangan itu genggam tanganku, bibir itu sebut namaku dengan penuh makna. And then, I hate myself for even thinking that.

Kerana hakikatnya jelas, dia bakal jadi suami Kak Ngah. Dia akan jadi sebahagian daripada keluarga. Sedangkan aku, aku hanya akan terus jadi penonton, menyimpan rahsia yang makin hari makin berat.

Malam itu aku menangis tanpa suara. Aku tahu aku takkan mampu beritahu sesiapa, termasuk Jaz sendiri. But deep down, satu soalan terus menghantui aku:

Should I be honest with him? Or should I bury this love until it rots inside me? Is it now or never?

Aku tidak tahu. Yang aku tahu hanyalah, cinta ini bukan lagi sekadar kenangan. Ia adalah beban, racun, dan juga doa yang paling aku takut untuk lafazkan.

– Saloma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *