Assalamualaikum semua. Terima kasih kpd admin kerana sudi siarkan confession saya.
Saya seorang wanita, umur awal 20an dan sudah setahun bekerja. Saya masih boleh dikategorikan bawah fresh grad. Saya perlukan pendapat orang yg berilmu tentang saving / money flow.
Saya ada buat asbf loan sebulan dlm RM270, then saving sy sendiri dlm asb dlm RM500. Jadi total saving saya sebulan dlm RM770. Itu sahaja yg saya mampu. Saya sudahpun setahun bekerja dan belum beli kereta. Alhamdulillah, Kerja skrg tak perlu kereta. Tapi bercadang cari kerja lain sebab comp skrg mcm tak brp kukuh.
Saya bercadang nak tambah asb loan biar monthly komitmen jd RM570 then just boleh saving sendiri dlm RM200. Still sama. Total RM770.
Cuma masalahnya skrg, saya takut nak tmbh asbf loan tu sbb takut nanti nak cari kerja lain and takut keadaan memerlukan utk beli kereta. Nanti takut duit bulanan tak cukup nk cover mana nak bayar asbf lagi, mana nak bayar kereta lagi.
Total saving saya skrg ada dlm RM10k. Ok andai kata kalau sy terpaksa beli kereta jika dh dpt kerja lain nanti, is it possible utk sy gunakan/habiskan saving yg sedia ada utk lebihkan downpayment supaya monthly installment jd murah? Jd sy still boleh tambah asb loan sbb komitmen kereta dh jd murah.
Or else saya biarkan saving sy dlm asb, then beli kereta mcm biasa sama ada 0 downpayment or 10% shj (tak habiskan saving yg ada).
Antara kereta yg ada dlm list saya pun cuma axia/saga/bezza.
Saya rasa kalau sy ada kereta, sy dah susah nk saving mcm yg saya saving skrg. Sbb saving sndiri skrg ni kiranya duit yg sepatutnya sy allocate utk monthly installment kereta.
Jd sy nak minta pendapat cara mana yg relevan untuk saya masih boleh ada saving dan pakai kereta. Atau mungkin ada cara lain yg saya belum perasan lagi.
Cadangan anda semua amatlah saya hargai. Terima kasih.
– Si bingung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit