Antara “Self-love” dan “Moral Obligation”

Salam semua. Sebelum aku mulakan, aku maklumkan terlebih dahulu. Aku rahsiakan nama dan gender bagi mengelakkan ruang untuk korang jadi judgemental sebelum baca sehingga habis.

Terpulang lah korang nak bayangkan aku ni seorang wanita ataupun lelaki masa korang baca, cuma aku harap you guys keep an open mind.

Sebagai back-story, aku dan pasangan aku dah berkahwin hampir 10 tahun. Kami berkahwin bukan lah bercinta bagai nak rak. Dating pun tidak.

Cuma bermula dengan effort sang teruna berjumpa keluarga si dara dan seterusnya terus ke jinjang pelamin. Agaknya sebab dimomokkan dengan kisah bercinta selepas nikah dan sebagainya.

Perkahwinan kami ni tidak lah sengsara. Dan tidaklah bahagia mana. Selepas kahwin kami baru mula berkenalan. Apa hobi, siapa kawan-kawan, apa kelemahan, dan lain-lain.

Ada bahagian yang sangat gembira dan ada bahagian bagaikan dilanda taufan Katrina.

Untuk pengetahun, pasangan aku ni ada Major Depressive Disorder atau MDD with Severe Anxiety. Ya, depression. Diagnosed by pakar.

Sakit dia ni memang justified. Tolong jangan judge part ni. Bukan dia mengada, bukan tak kuat agama. Tak. Aku tak boleh reveal kenapa dia jadi macam ni. Tapi, please. Tolong keep an open mind about this.

Cuma kelemahan pada part aku. Aku akui. Aku terlalu lemah untuk terus bersama dia.

Setelah lama kami bergelumang dengan masalah mental pasangan aku ni, aku jadi terpalit sama. Aku hidup rasa tak keruan. Aku rasa sentiasa dipersalahkan. Aku rasa tak tenang. Rasa sentiasa diperhatikan.

Sebab sikit je aku buat salah, aku akan buatkan pasangan aku stress. Aku jadi trigger point dia. Walaupun secara tak sengaja.

Aku fobia. Aku jadi lemah. Kadang-kadang rasa nak tinggalkan dunia ni, selamatkan diri aku.

Kadang-kadang aku rasa hubungan kami toksik. Tapi kadang-kadang kami happy je. Jadi aku dah macam tak siuman. Mood bertukar arah bersimpang siur. Aku tak tahu ke mana nak pergi.

orang kata, tinggalkan saja life macam ni. Self-love. Sayang diri kau dulu.

Tapi

Korang tak terfikir ke kalau aku tinggalkan dia? Macam mana dia nak survive? Macam mana kalau dia ambil keputusan untuk akhiri hidup dia? Aku dah jadi macam satu moral obligation untuk terus tetap dengan dia.

Kalau aku angkat kaki, dia mati.

Tapi kalau aku stay, aku rasa jiwa aku terbang.

Jadi, aku dalam dilema yang teramat sangat. Adakah patut aku angkat kaki dan utamakan self-love dengan anak-anak? Ataupun aku stay jadi pendukung di belakang dia, biar anak-anak jadi punca kekuatan dia?

Tolong aku!

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *