Confession ini merupakan luahan hati untuk meminta pandangan dari pembaca sekalian. Bagi yang pernah dan sedang bercinta, pasti pernah melalui apa yang aku sedang lalui.
Pertama sekali, nama aku Aiman seorang mahasiswa di peringkat degree. Berkulit gelap tapi ramai kata aku manis, hehe. Aku ada seorang kekasih hati namanya Hajar.
Hajar seorang yang sangat cantik dan pandai. Kecantikannya seperti ada mix arab walaupun melayu tulen. Pipinya kemerahan, bulu matanya lentik dan bibirnya merekah cantik.
Kami dah bercinta dalam 4 tahun lebih. Semua yang kami lalui adalah bahagia semata-mata, sehinggalah awal tahun lalu.
Seorang lelaki yang aku namakan sebagai Ikhwan datang dalam hidup Hajar. Rupanya diaorang merupakan rakan sekelas waktu sekolah menengah.
Pada awalnya, hubungan kami just nice dan Hajar akui tak berkenan pun pada Ikhwan. Namun lama kelamaan, Hajar minta aku fikirkan balik keadaan hubungan kami.
Hajar juga minta kepastian dari aku sejauh mana hubungan kami akan pergi.
Empat tahun hubungan terlalu lama tanpa sebarang ikatan, menurutnya.
Pendek cerita, Hajar minta kami sama-sama berhenti berhubung dan fokus pada next step iaitu tunang dan kahwin. Aku akur kehendaknya.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hajar buka hati untuk Ikhwan. Bila aku tanya, Hajar hanya jawab dia sebagai perempuan perlukan kepastian dalam hubungan.
Hajar juga sempat beritahu bahawa siapa yang lebih awal datang merisik, itulah bakal suaminya.
Aku sangat terasa hati kerana aku dah jaga dia lebih empat tahun, tapi end up dia hanya terima siapa yang lebih awal datang merisik.
Menurut sumber yang aku percaya (biasalah orang bercinta kadang kala ambil shif detektif), Ikhwan tu final semester dan dah ada kerja.
Nak bandingkan aku, aku hanya junior degree dan tiada pendapatan tetap. For sure lah aku kalah.
Confession ni belum sampai klimaks lagi sebenarnya. Tapi takpe, aku cuba pendekkan cerita.
Maka daripada perkenalan Hajar dan Ikhwan, aku semakin diketepikan. Diaorang makin lama makin happy sehingga sebulan dua lamanya.
Hajar pernah kata, dia jatuh cinta pada Ikhwan kerana Ikhwan nampak ada masa depan.
Peh sakit hati aku dengar. Hajar terus tak contact aku lagi selama tempoh tu.
Tapi suatu malam tu aku tengah tidur, Hajar call aku sambil menangis beritahu Ikhwan permainkan hatinya.
Menurut Hajar, Ikhwan rupanya dah ada kekasih hati yang lain dan Ikhwan lebih memilih perempuan tu. Malam tu Hajar minta aku tenangkannya. Aku akur.
Tiada apa yang menarik selepas Hajar dan Ikhwan putus. Malah lebih menyakitkan bila Hajar kerap contact aku hanya untuk bercerita tentang Ikhwan.
Hajar akui, Ikhwan merupakan kebahagiaannya sebab menepati ciri lelaki impiannya.
Sebaliknya, aku hanyalah kekuatan dirinya sebab sentiasa buatnya senyum dan tak pernah menyakiti hatinya.
Sebab itulah bila Ikhwan permainkannya, Hajar terus datang pada aku untuk mendapatkan ketenangan. Ada waktu aku terasa dipergunakan.
Tapi kerana sayang, aku terus berada disisinya bila diperlukan.
Genap dua minggu kehilangan Ikhwan, Hajar masih tak move on dari mengingati Ikhwan bahkan masih menaruh harapan agar Ikhwan putus bersama kekasihnya dan terus kembali pada Hajar.
Aku pernah minta penjelasan siapakah aku di matanya, Hajar hanya jawab akulah kekuatannya, kawannya, dan sekiranya ada rezeki Hajar amat gembira jika aku menjadi suaminya nanti.
Aku ragu-ragu dengan perasaan Hajar. Ada waktu seakan dia memilih Ikhwan kerana Ikhwan kebahagiaannya. Ada waktu seakan dia memilih aku kerana aku kekuatannya.
Jika diberi pilihan, aku lebih memilih untuk menjadi kebahagiaan seseorang. Ya, kekuatan itu amatlah penting bagi setiap orang, namun aku percaya kekuatan jugalah yang menjadi pilihan akhir.
Manusia sering mendahulukan kemahuan dirinya, tapi bila dalam keadaan terdesak, barulah terhegeh-hegeh mencari keperluan.
Banyak hari yang aku menangis kerana diketepikan Hajar, tapi bila waktu dia sakit dan rindukan Ikhwan, dia datang pada aku untuk aku tenangkannya sehinggalah terbit senyuman di wajahnya.
Untuk pengetahuan pembaca, Hajar secara jelas beritahu dia benci kelakuan serta sikap Ikhwan, dan amat mencintai sikap aku yang terlalu baik.
Namun, Hajar juga ada akui dia tak berkenan dengan penampilan aku kerana gelap. Katanya dia impikan suami berkulit cerah seperti Ikhwan supaya dapat anak yang comel comel.
Andai boleh bertukar kulit, dah lama aku tukar demi kebahagiaan Hajar.
Selain itu, Hajar juga pernah beritahu mata dia suka sangat tengok Ikhwan kerana rupa adalah kelebihan Ikhwan.
Manakala, Hajar amat selesa dengan aku sebab aku tak pernah buat Hajar sedih.
Hajar selalu senyum lebar bila bersama aku seolah tiada masalah dalam hidupnya. Tidak seperti Ikhwan yang sering menyakitinya setiap saat.
Bila aku minta kepastian, Hajar tak berikan jawapan yang tepat. Jawapannya seperti atas pagar yang bila bila masa sahaja dia akan buat keputusan.
Andai suatu hari nanti Ikhwan kembali, siapakah yang menjadi keutamaan Hajar? Adakah kebahagiaannya atau kekuatannya? Adakah Ikhwan atau aku?
Kepada pembaca, minta pandangan korang.
Adakah aku perlu setia menjaga Hajar, atau pun mencari kebahagiaan aku instead? Dan minta juga pandangan pembaca wanita, korang nak siapa pasangan korang sebenarnya? Aku tak fahamlah.
– Aiman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit