Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku kali ni. Minta maaf kalau aku mix Bahasa dengan English sebab tatabahasa aku dah makin disaster sejak sejak kurang cakap Bahasa sekarang.
Nama aku Ratu, umur pertengahan 20-an, sekarang tengah melanjutkan pelajaran di negara K. Aku tulis ni sebab aku rasa aku tak boleh nak cakap pasal benda ni dengan family or boyfriend aku.
Kalau aku cakap benda ni dengan mak aku, respond dia selalunya “It is all in your head” tak pun “Jangan layan sangat perasaan tu”.
Kalau dengan kakak aku pulak, dia tak percaya pasal orang yang ada anxiety ni sebab dia rasa orang yang ada benda ni cuma nak kan perhatian. Kalau ada masalah, relax, jangan fikir sangat, just go through with it.
Aku dari dulu tau aku jenis orang yang overthinking. Tapi aku tak rasa sampai aku ada anxiety. Aku rasa stress untuk beberapa situasi aku hadapi ni normal, sebab aku fikir lambat laun perasaan tu akan hilang.
1) Stress sebab kena pergi asrama walaupun sebenarnya aku tak nak.
2) Stress kena buat course degree yang mak aku suruh.
3) Stress bila graduate degree tak tau nak kerja apa.
4) Stress duduk negara yang tahap stress dia sangat tinggi.
Aku masuk asrama masa aku Tingkatan 4. Lepas habis PMR, aku saja mohon masuk asrama sebab semua kawan rapat aku mohon. Tapi aku tak terfikir pun nak pergi masa tu. Alhamdulillah semua kawan aku dapat tawaran masuk asrama termasuk lah aku.
Aku ingat lagi masa dapat surat tawaran tu aku cuma tunjuk surat dekat Mak aku tapi belum sempat aku nak cakap aku taknak pergi, Mak aku dah cakap dekat aku, “Kamu pergi lah ye, Mak tak mampu nak jaga kamu.”
Aku menangis (bukan depan Mak aku) lepas aku dengar ayat tu, sebab aku tak faham kenapa dia tak mampu nak jaga aku. Aku fikir anak dua orang je, takkan lah tak mampu nak jaga?
Mak aku datang lawat aku dekat asrama setiap minggu. Dia akan belikan makanan yang aku pesan. Ambil aku keluar outing dan jemput aku masa cuti atau hujung minggu yang boleh balik rumah.
Tiap-tiap minggu yang dia datang lawat tu biasanya aku akan menangis masa Mak aku nak balik. Menangis depan dia tapi aku tak cakap apa apa.
Sepanjang Tingkatan 4 & 5 memang aku akan menangis masa Mak aku datang melawat hujung minggu. Bila aku fikir balik sekarang, aku tak tau lah aku menangis sebab aku tak suka asrama ke sebab aku terngiang ngiang apa Mak aku cakap dekat aku.
Masa aku pertengahan Tingkatan 4 jugak, parents aku divorced (ni aku memang dah predict lama dah, kalau korang nak aku akan tulis another confession pasal ni).
Lepas tu, faham faham la kan macam mana remaja punya perangai, suka nak memberontak. Mak aku nak kena fikir pasal Ayah aku, pasal Kakak aku lagi, Bila benda ni jadi, baru aku terima kenapa aku kena masuk asrama.
Aku masuk asrama yang semua perempuan. Kau tau tak macam mana perempuan react bila dia nampak perempuan baru? Biasanya takkan friendly langsung awal awal. Pandang pandang then muka ketat je.
Bayangkan dekat tempat baru, persekitaran dan sistem baru, orang sekeliling kau pandang kau macam nak makan je lepas tu nak kena study supaya boleh dapat result sama macam orang lain.
Situasi macam ni buat aku rasa tak tenang. Apa aku buat, aku akan jogging dekat running track sekolah. Dari tak pernah lari seumur hidup (masa tu), aku boleh jog sejam setiap minggu.
Masa dah nak dekat SPM, Mak aku cakap dekat aku yang dia nak salah seorang anak dia study degree science. Anak ada dua, yang sulung masa dulu dah senyap-senyap mohon course degree yang dia nak so tinggal yang bongsu je lah.
Aku pun fikir masa tu, ikut je lah apa Mak aku nak. Dia dah pening kepala dengan sorang anak, biar lah aku jadi apa yang dia nak aku jadi. So aku buat degree dalam science. Kalau aku tak buat science, aku takkan jumpa boyfriend aku (lol).
Masa orang tanya kenapa buat course ni, aku cuba come up dengan alasan aku sendiri. Bukan sebab Mak aku suruh.
Lama lama aku sendiri pun percaya aku ada goals bila aku buat course ni. Tapi makin lama aku buat course tu, aku sedar yang aku tak boleh imagine diri aku kerja dengan degree ni.
Aku tak suka masuk makmal. Aku tak suka nak kena buat experiment amali tu. Teori belajar, kenapa experiment tu buat dapat result bla la bla aku rasa menarik. Tapi nak kena duduk dalam makmal, tak jumpa orang. Aku tak suka macam tu.
Bila aku sedar macam tu, aku jadi stress. Aku jadi risau nanti habis belajar nak buat apa. Macam aku cakap awal awal tadi, aku ni overthinker. Suka nak fikir benda lebih awal dari masa yang dia patut jadi.
Macam mana aku nak cakap dekat Mak aku yang aku tak nak jadi scientist. Aku takut kalau aku tak boleh nak capai expectation dia. Lagi sekali, aku pergi jogging. Aku masuk running events. 5 km, 12 km, 20 km.
Bila aku pergi event lari ni, aku rasa macam achievement unlocked. Tapi running events ni kan macam mahal jugak, so bila dah banyak pergi, aku rasa macam membazir pulak sebab student lagi.
Masa aku final year, aku mohon kerja yang aku rasa aku tak kena duduk dalam makmal. Kadang-kadang kerja yang luar bidang pun. Tapi tak rezeki aku kot, aku tak dapat pun apa-apa tawaran kerja dalam masa 6 bulan lepas graduate.
Mak aku dah risau sebab dia cakap kalau tak dapat kerja dalam masa 6 bulan, nanti CV tak cantik. Sebelum aku graduate jugak, aku cakap dekat Mak aku yang aku taknak jadi scientist. Dia kata aku boleh decide aku nak buat apa, dia takkan suruh aku apa apa dah.
Btw, masa aku degree dengan lepas graduate aku perasan aku ada symptom baru. Kalau dulu, setakat pergi jogging, lari pusing pusing peluh peluh, aku dah rasa tenang. Time ni dia affect selera aku. Aku rasa aku paling kurus masa final year sampai la lepas graduate.
Family aku ingat aku diet sebab aku memang jenis jaga makan. Aku jadi takde selera, aku rasa semua takde rasa. Semua tak sedap. Lidah aku macam macam jadi kebas, so ada masa aku makan sekali je sehari. Kadang kadang aku rasa aku tak fikir apa pun, tapi aku tak lalu nak makan.
Aku kerja jadi assistant sepanjang tahun 2018. Sambil sambil tu aku cuba mohon master dalam course yang dalam list aku masa SPM. Aku dapat tau jugak pasal buat master dekat negara K, fully sponsored, tapi dalam bidang sains jugak.
Patutnya aku tak rasa apa apa la kan sebab aku dah decide aku taknak jadi scientist, tapi hati aku macam berbelah bahagi.
For the first time ever, aku solat istikharah. Aku doa supaya ditunjukkan mana satu haluan yang patut aku ambik. Sebab kan ni, aku dekat negara K sekarang, tengah dalam makmal, buat experiment. (Agaknya ni sebab berkat doa Mak aku dari dulu ke eh?)
Apa benda yang korang tengok dalam drama tak sama dengan real life sini. Yang sweet sweet tu 0% betul. Yang baik-baik tu maybe 50% betul. Tapi yang dia cerita pasal society dia 101% betul cuma dengan tambahan perencah untuk drama.
Political society, hierarchical society, corruption society, high level stress society. Malaysia pun tak sempurna, tapi bagi aku lagi baik dari sini. Malaysia still ada sopan dan santun dalam masyarakat dia, tak kisah la apa position kau dalam masyarakat.
Lagi satu, pandangan seorang pelancong tak sama dengan pandangan penduduk tetap. Tengok negara dan tengok masayarakat bukan benda yang sama.
Awal tahun ni aku kena anxiety attack lepas kena maki dengan prof aku dalam meeting depan prof lain, result experiments aku pulak asyik fail.
Satu hari aku rasa aku sakit dada, mula mula aku ingatkan gastrik. Tapi sakit dada tu seharian campur pening kepala sampai aku rasa tak boleh bernafas, mulut aku kering, aku menggigil. Nasib baik attack ni jadi masa aku dalam bilik dekat dorm.
Aku baring dan aku menangis sampai semua benda yang aku rasa makin kurang. Apa yang dalam kepala aku, “Calm down Ratu, calm down.”
Time ni aku sedar body aku bukan rasa stress biasa biasa je. Dari cuma sekadar stress, aku rasa aku dah trigger anxiety symptom dalam diri aku. Body aku dah tunjuk fight and flight response.
Sekarang aku jadi tak boleh tidur, aku tak lalu nak makan sebab fikir experiments. Ada satu masa aku rasa penat sangat, lapar sangat tapi aku still tak boleh nak tidur and makan.
Bila aku fikir sangat satu benda, dada aku jadi sakit. body aku macam prepare nak dapat attack lagi. Aku taknak rasa attack tu lagi, masa dulu aku kena aku rasa that’s the end of me.
Aku still jog, sebab masa jog aku rasa aku takde spiraling thoughts. Aku tak fikir apa apa so mind aku paling relax masa aku tengah jogging.
Aku fikir kalau dulu aku boleh buat, sekarang pun mesti boleh. Aku perasan yang dulu aku terima apa benda yang jadi dekat aku dan aku tak fikir banyak.
Sometimes I also question WHY to everything that is happening to me now. Cara yang berkesan untuk aku sekarang, kena take a step back, jangan fikir benda tu and start again.
Aku kena terima kenapa satu benda tu jadi sama ada dia elok atau tak. Aku kena redha untuk semua benda yang jadi. Kalau experiment fail, just cuba lagi. Kalau kena maki dengan prof, just ignore it.
Sekarang pun aku follow banyak anxiety based Instagram account. Sebab aku nak tau apa aku boleh buat to make it better. Aku tak tau nak cakap dengan siapa pasal benda ni so aku tulis ni sebab aku nak luah kan apa aku rasa. Thank you korang sebab baca sampai habis.
“Appreciate where you are in your journey.
Even if it’s not where you want to be.
Every season serves a purpose.”
– Ratu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit