Salam, aku tak tahu pada siapa aku patut luahkan & tanya pendapat. Tak nak jatuh derhaka pada kedua- dua orang ni (suami & mama aku)
Alhamdulillah, sejak nikah suami aku mampu sediakan segalanya untuk aku (seperti yang dia janjikan pada abah aku sebelum berkahwin).
Kami pun macam orang lain, mula menyewa rumah seawal perkahwinan, beli barang2 rumah sikit2 dulu.
Tak lupa pada yang kencam kami sewaktu awal perkahwinan (mama aku, makcik2 aku) sebab husband kerja jauh jadi diorang nasihatkan aku untuk bagitau husband aku cari kerja dekat2 sikit.
Rezeki husband aku dekat negeri orang, Alhamdulillah dia dapat beli sebiji rumah (rezeki anak pertama) pada tahun pertama kami kawen.
Macam- Macam rezeki kami dapat, disebabkan aku pregnant & mabuk teruk husband mintak parents aku tengok-tengok kan aku .
Masuk tahun ke-2 kami kawen, dapat anak tiber covid pulak. Jadi husband aku mintak parents aku stay sekali dengan kami (masih menyewa masa ni sebab rumah tak siap lagi) .
Tiber2 dapat tahu family aku kena keluar dari rumah yang diorang sewa (under kerajaan) jadi terpaksa beramai2 dirumah aku. Husband tak kesah awalnya sebab tahu family aku dalam keadaan susah & tengah covid.
Masuk tahun 3 & 4 family aku masih tinggal dengan kami, atas alasan tiada siapa yang akan jaga anak aku, sebab aku & husband bekerja.
Parents aku tak bagi hantar anak pada pengasuh ke apa sebab takut covid.
Masuk tahun ni tahun ke 5, walaupun parents aku dah ada rumah sendiri (jarak rumah aku & mereka dalam 30-45 minit) mereka masih tinggal dengan aku.
Ohhh aku dah berhenti kerja sebab mengandung & husband mintak jaga anak sendiri, in other words boleh ikut dia kemana-mana.
Masalahnya sekarang, parents aku especially mama aku buat rumah kami ibarat rumah diaorang sendiri.
Aku rasa malu dengan husband, sebab bila kami tak da kat rumah, mama aku stay situ dengan adik lelaki aku (yang dah kawen) duduk situ sekali. Alasan mama aku dekat dengan tempat kerja adik aku.
Aku mintak adik aku cari rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja dia tapi mama aku tak bagi. Alasan mama aku sebab gaji adik aku tak mampu untuk disewa rumah lagi.
Aku kadang bergaduh dengan suami sebab perkara sebegini. Sampaikan bila kami tak da kat rumah, husband kunci pintu bilik utama.
Dia kata tu je tempat yang dia rasa itu dia punya, padahal rumah tu dia beli untuk dia, aku & anak-anak. Rumah tu rasa macam bukan rumah dia dah.
Pernah aku slow talk dengan mama aku, sampai aku digelar bongkak, sombong oleh mama aku sendiri sebab tak tolong diaorang.
Yang mama aku tak tahu selama aku berkahwin ni, husband aku selalu tolong diorang (dari segi duit, kadang dia beri pinjam pada abah aku) .
Aku banyak berhabis duit untuk kegunaan adik-beradik aku jugak (tapi mama aku tak tahu)
Kenapa dia tak tahu sebab dia akan bising jika abah aku or adik-adik aku tak de duit. Kalau abah aku or adik-adik aku tak sehat perlu ke clinic or hospital mama aku akan kata dia tak da duit.
Tapi kalau kawan-kawan dia ajak berjalan ke luar negara, sekelip mata dia boleh belanja beribu-riban untuk itu.
Abah aku pencen (swasta) dah, adik-adik aku baru nak bekerja and mama aku pun pencen (kerajaan).
Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak bagi tau kat mama aku, janganlah buat rumah tu ibarat rumah dia sendiri.
Aku tebal muka bila biras-biras aku berkias diaorang tak boleh datang rumah sebab ada orang lain kat rumah tu (family aku)
Aku ikut husband aku ke negeri orang pun sebab rumah yang dia sewa ni buat kami rasa ibarat rumah kami sendiri. Padahal rumah yang dia beli kat bandar tu adalah rumah kami, tapi kami tak rasa itu rumah kami.
Apa harus aku buat supaya tak jatuh derhaka dengan husband aku & mama aku?
Husband aku dari seorang yang diam baik, tiba-tiba boleh berkata buruk (mengutuk family aku). Kami selalu bertekak sebab aku marah dia kutuk family aku walaupun itu benda betul.
Aku banyak terasa hati dengan family aku sebab buat aku selalu serba salah.
Aku tak boleh cakap apa-apa dengan mama aku or family aku, sebab mama aku akan cakap aku derhaka dengan dia & abah aku, dah senang tak mahu tolong adik-beradik. Tapi aku rasa tak senang hati bila
Tengok husband aku lagi happy duduk tempat lain dari rumah dia beli sendiri.
Dia pernah cakap kat aku mintak parents aku duduk di rumah mereka sendiri, tapi bila aku slow talk dengan mama aku, kami bergaduh teruk.
Sebulan je dia dduuk rumah dia sendiri lepas tu dia datang rumah aku buat macam rumah dia sendiri.
Husband aku tak tahu yang adik aku & wife dia akan datang stay-in kat rumah kami bila kami tak de.
Tolong lah aku macam mana aku nak buat ni….
– Anak perempuan sulung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit