Antara Suka Dan Air Mata

Amacam tajuk confession aku? Boleh menangis tak? Haha okay..

Sebenarnya aku seorang yang tengah konpius dengan kehidupan aku yang penuh onak duri ni. Aku..hm aku tak tahu nak jadi apa. Aku buntu. Aku baru je graduate tapi aku tak tahu ke mana arah tuju aku.

Sekarang aku dah kerja. Kerja yang aku minat cuma lari dari bidang aku sikit. Alhamdulillah aku dapat collegues yang baik, environment yang best, boss yang hm okay kut(?) since ini first job aku, aku tak boleh compare lagi job ni dengan tempat lain. Or aku yang terlalu positif. Aku dengar crita kawan aku pasal ofis dia semua teruk, senior yang sombong. Tapi tempat aku pulak, aku yang buli senior ada lah haahaha

Aku sebenarnya bahagia je kerja kat sini since i love the job and my collegues. Kena paksa OT ke datang weekend ke aku tak kisah (walaupun probation xboleh claim OT)(and setiap hari aku kena paksa OT). Tapi satu je masalah bila dah lari bidang ni- masalah gaji, since aku takde background dr bidang tu.

Bagi aku gaji ni memang tak boleh demand lagi lagi untuk fresh grad dalam ekonomi sekarang. Aku dah consult HR dengan manager aku sekali, gaji untuk position aku ni memang macam ni. Memang under 2K atau stended2 diploma.

Family aku duk bising mintk aku kerja dalam bidang yang aku belajar dulu. Memang aku usha2 gaji starting pun around 2K. Walaupun aku tak minat, tapi aku belum cuba, kata mereka.

Jadi, sebelum aku tersasar jauh dari bidang yg aku belajar, family aku mintak aku try dulu. Aku memang nak masa depan yang cerah cuma, aku tak suka dengan apa yang aku belajar dulu. Aku tak sanggup untuk hidup dgn benda tu buat masa sekarang. Tapi senior tempat kerja aku sekarang ni pun ada nasihat,

“muda muda ni lah nak rasa susah nak rasa perit, tapi at least kita tau kita ada saving untuk masa depan yg terjamin. Jangan bagi kelayakan yg awak ada tu sia sia”

Maksudnya lebih kurang aku layak apply kerja yang lagi tinggi dari position aku sekarang walaupun aku tak suka kerja tu. Kalau tak minat jugak, at least aku try. Lagipun aku bukan tak boleh buat ke apa benda yang aku belajar tu, aku dapat dean list lagi. Cuma aku tak ada hati untuk buat benda tu lagi buat masa sekarang ujujujujujujujuuju

Aku tengah confuse. Syarikat aku ni pun ada management problem jugak sbb tu senior aku mintak aku angkat kaki je. Dia cakap sekarang employers byk nak pakai fresh grad, so tak terlambat untuk aku apply kerja dalam bidang aku balik. Tapi sekarang walaupun aku tak kerja dalam bidang yang aku belajar, aku masih happy. Walaupun syarikat aku problem, tapi collegues aku best. Ke aku yang too young too dumb to realize? Kawan aku cakap company aku macam pakai aku gila gila dahla gaji ciput. Hmm

Aku akui memang susah nak hidup di kota dengan gaji sebegini, and bila dah kerja takde life macam ni aku asyik jatuh sakit je. Somehow aku pun tawar hati dgn company aku ni, cuma I enjoy doing this job- for now.

So now sembang panjang panjang meh aku tolong conclude supaya senang korang advice aku :

1) Orang sekeliling duk mintak aku berhenti kerja. But I love the job.

2) For my future and before rugi degree aku, orang sekeliling mintak aku try kerja dulu dalam bidang aku, which, I dont like the job (but I nvr try it pun)

3) Company aku problem dari segi kebajikan pekerja. But somehow I dont mind because I like the job (or because I am too dumb since this is my first job?). Tapi haritu pernah la aku ada emergency pun tak dapat cuti tak apa lagi, tapi ni nak balij after office hour pun boss dah bising. And aku sebenarnya dah kerja lebih jam untuk seminggu.

And now I need your help. Please, give me the best opinion for my future. Choosing my job is harder than isi borang UPU dulu. Haih.

– Senah Konpius

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit