Antara Tiga

Aku ni seorang wanita, yang dalam hidup ini dah bertemu tiga jenis lelaki dalam hidup.

Yang pertama, aku kenal di bangku sekolah. Mungkin masa tu muda remaja, baru nak berkenalan apa itu cinta. Aku ni seorang budak perempuan yang naif dan pemalu. Tu lah kali pertama orang mengorat. Ingatkan dia seorang yang baik, tapi lama2 perkenalan kami dipenuhi dosa. Dosa yang macam mana?

Bayangkan aku yang naive ni tak pernah tahu pun mengenai 0nani, tapi disebabkan dia aku tahu benda tu. Dia ada ajar aku beronani (masa ni melalui telefon). Alhamdulillah Allah sayang aku, aku tipu dia yang aku cakap aku try buat, tapi aku tak buat pun.

Masa tu aku baru tahu macam mana mata dan fikiran lelaki ni berfungsi. Dia cerita kot yang dia boleh bayangkan bla bla kalau tengok perempuan. Even perempuan tu dah tutup aurat. Bayangkan yang tak tutup aurat lagi macam mana???

Aku bersyukur sangat sebab aku takde buat benda bukan2 dengan dia. Sungguh aku taubat nasuha takmahu dah benda tu berulang lagi dalam hidup aku. Setiap kali aku teringat benda tu, aku menangis malu kat Allah. Selepas sekolah kami belajar jauh, dan akhirnya hilang contact begitu je.

Trauma yang tu menyebabkan aku tak mengenali mana2 lelaki sehingga aku bertemu lelaki yang kedua. Ya selepas beberapa tahun baru terbuka pintu hati ni. Memang aim aku nak kekal hubungan sampai kahwin, sampai syurga.

Aku kenal dia sampai aku sayang dia betul2. Dia bagi aku lelaki yang baik. Kami kadang2 otp atau video call. Tapi satu benda yang aku perasan, dia ni tiap kali nak video call mesti mengejut tak bagi warning.

Weh aku perempuan, aku perlu pakai tudung kot dulu. Apa guna aku pakai tudung kat luar tapi dalam video call aku tak pakai. Macam sia2 je. Banyak kali la aku suruh dia inform dulu, baru video call. Tapi macam tu la.

Allah detikkan hati aku perasaan was2. Yerr dia dalam diam ada orang lain. Patah seribu jugak hati aku sebab dah simpan harapan nak till jannah kononnya. Menangis aku. Tapi lepas tu ada hikmahnya.. aku jumpa hikmah yang besar dalam hidup aku.

Aku jumpa lelaki yang ketiga. Ni atas dasar kawan rapat aku yang kenalkan. Lelaki ketiga yang jauh lebih baik dari lelaki yang sebelum ni InsyaAllah. Sangat menjaga tutur kata, tak pernah ajak aku keluar, video call pun tak pernah. Call pun atas urusan penting je.

Kalau nak jumpa, dia datang rumah terus berborak dengan ma abah aku. Padahal rumah dia jauhnya 5 jam perjalanan dengan rumah aku. Sampai satu masa dia kata nak hantar rombongan meminang. Dan Alhamdulillah kami bakal berkahwin dua bulan lagi.

Aku bercerita bukan kerana aku wanita baik yang layak untuk lelaki yang baik, tapi aku berusaha nak jadi baik dan Allah hadirkan aku orang yang baik.

Aku bersyukur, sebab aku rasa Allah sayang aku sangat2. Dia lindung aku dari buat benda yang bukan2 dulu. Masa lalu aku jadikan pengajaran dalam hidup. Mungkin tu asbab aku menangis kala malam hari teringat dosa lalu.

Aku bercerita bukan untuk memburukkan lelaki, sedangkan perempuan pun ada kelemahannya. Tapi aku sedar, peranan lelaki dalam melindungi wanita sangat besar.

Wahai lelaki, jagalah kaum hawa yang lemah dan jangan menyebabkan mereka terjerumus ke lembah hina. Wahai perempuan, jagalah dirimu sebaik mungkin supaya terhindar dari tipu daya dunia.

Aku mungkin belum bertemu dengan jenis manusia lain yang lagi teruk. Tapi aku harap, kita semua terhindar dari semua tu. samada yang teruknya itu datang dari orang lain atau dari kita sendiri.

Berusaha jadi baik, InsyaAllah Allah akan hadirkan orang yang baik2.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *