Antara Toksik Dan Sentap

Hai semua pembaca yang saya hormati, terima kasih admin kerana approve.

KISAH 1 (KATTY NUGAYE)

Saya ada seorang kawan yang bernama Katty Nugaye. Tak dinafikan dia seorang kawan yang baik, tetapi dia selalu menempiaskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di hadapan dan kuat-kuat.

Jadi, satu ofis bergegar gara-gara dia meluahkan kemarahan terhadap saya. Padahal kesalahan saya berpunca daripada dia juga, bukan jobskop yang sepatutnya saya lakukan (kiranya kami bukan di department yang sama).

Sedangkan yang saya lakukan itu adalah jobskop yang diamanahkan untuk dia (sepertinya sedang membuli saya).

KISAH 2 (SI BATU API)

Pada hari pertama mula bekerja, saya dipantau oleh si F. Saya membuat jobskop yang memang saya punya. Tetapi bila kerja terlalu banyak, dia kata dia nak tolong coverkan tapi tidak.

Sehinggakan saya dimarahi teruk oleh bos saya dan pegawai yang lain, membuatkan reputasi dan nama saya buruk di mata orang lain. Saya jadi marah dengan si F. Dia memang kaki kipas, saya betul-betul kecewa dengan sikap dia.

KISAH 3 (SI KABUT)

Pada awalnya semua pegawai sangat baik dengan saya. Tapi disebabkan mulut si F telah membuat onar, diri saya dibenci. Sehinggakan bertembung di toilet, akak kabut tu menghempas pintu toilet sekuatnya. Terkejut saya dibuatnya. Nasib tiada sakit jantung.

Ada satu hari tu saya dipanggil oleh bos, dan dia diminta untuk memanggil saya. Dia telah membuat memek muka seperti budak 5 tahun yang mengejek orang.

Tidak saya percaya seorang yang berpelajaran tinggi dan agak berusia membuat perangai begitu. Saya tak tahu jika rasa kecewa saya ini wajar atau tidak.

KISAH 4 (BOS DARI NERAKA)

Saya nak minta cuti untuk tolong berpindah rumah oleh kerana saya sahaja anak yang berhampiran ibu bapa saya.

Saya minta hari Isnin tetapi tidak diluluskan kerana katanya sudah cuti Sabtu dan Ahad secara tetap, jadi sila selesaikan semua pada 2 hari tersebut.

Selalu mencari silap saya pada setiap hari datang kerja. Selalu marah-marah tanpa alasan. Selalu mendengar sebelah pihak.

Ada kawan saya kematian bapa, dan telah mendapat peringatan daripada bos untuk bercuti selama sehari sahaja, sedangkan kawan saya ada cuti rehat. Sama seperti saya, diberikan cuti rehat tapi tidak boleh digunakan.

Saya juga pernah demam dan rasa tidak larat bekerja. Namun keesokkannya saya MC, tapi hujungnya dia kata tidur sewaktu bekerja, padahal terang-terangan dia nampak saya memang betul-betul tak larat.

Dia juga lupa akan apa yang dia pernah kata (pelupa). Dia juga tengking saya, berkata saya lurus bendul. Dia tersangatlah jahat mulutnya, rasa mahu ditampar-tampar saja mukanya.

Okeylah, tu je saya nak luahkan. Nanti kalau saya free, saya akan kongsikan lagi pengalaman hidup saya yang sepi sunyi ini.

– ZaNa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *