Assalamualaikum WBT admin dan pembaca-pembaca IIUMC. Pertama sekali, terima kasih buat admin kerana sudi menyiarkan confession aku. Aku seorang wanita bekerja yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Rutin aku setiap hari ialah bangun pagi, harung traffic jam selama sejam, hantar anak aku ke taska dan masuk office selama 8 jam. Balik kerja kena ambil anak dulu, harung traffic jem selama sejam (lagi), sampai rumah rehat sekejap, masak dan buat kerja rumah yg lain, main dengan anak sekejap dan tidur. Boleh dikatakan wanita bekerja, sama saja rutinnya. Cuma kalau rajin sikit, bangun awal dan masak bekal untuk anak dan suami. Panjang pulak mukadimah aku kan. Dipendekkan cerita, masa aku paling lama dengan anak dan suami pun ialah masa hujung minggu. Jangan kata wanita bekerja bukan suri rumah ye, sebab hujung minggu pon aku jadi suri rumah jugak, cuma bezanya bukan sepenuh masa.
Kalau tengok tajuk, pembaca pun dah boleh agak apa yang aku nak sampaikan. Newsfeed facebook mommies pon mesti ada orang share topic hangat ni terutamanya tentang suri rumah. Ye lah, ada sesetengah nitizen, makcik bawang terutamanya, yang merasakan rugi kalau belajar tinggi-tinggi tapi end up jadi suri rumah. Bukankah suri rumah merupakan tugas yang mulia? *Hello, wanita yang turut bekerja membantu meringankan beban suami tu tak mulia ke?* Itu pilihan masing-masing. Takde yang betul, takde yang salah. Sebelum aku terus buat konklusi, aku nak share sikit pengalaman aku.
Aku tak nafikan, bekerja ni agak seronok terutamanya kalau bekerja dalam bidang yang kita minat dan ada masa yang flexible. Paling seronok, semestinya hujung bulan lah. Dapat income sendiri. Selain membantu suami, duit lebih tu boleh self-reward. Bagi aku masa bekerja tu lah ialah me-time aku. Terutamanya lunch hour, aku lebih suka makan kat meja je sambil layan youtube. Masa mengepam, sempat lah jugak layan facebook dan Instagram. Disebabkan anak aku pon direct breastfeed kalau kat rumah, faham-faham je lah manjanya tu macam mana. Asyik nak berkepit je, kuat nangis pulak tu. Tambah-tambah dalam frasa tantrum. Jadi, bila aku dekat rumah, masa aku memang banyak dihabiskan bersama anak je. Masak dan mengemas pon tak setiap hari sebab kadang-kadang tak sempat dan penat. Serius. Masa macam ni pertolongan suami sangat-sangat diperlukan. Kita dah tolong suami cari rezeki, apa salahnya suami tolong kita buat kerja rumah pulak kan? Alhamdulillah.
Sepanjang berada kat rumah pulak, aku terfikir jugak, macam mana lah mommies yang suri rumah sepenuh masa tu ye? Nak buat kerja rumah pun kena curi-curi. Nak keluar rumah pun susah sebab ada si kecil tu kan. Lagi-lagi yang nak sentiasa di dukung. Alamatnya, tunggu suami balik, baru keluar sama-sama. Nak ada masa dengan diri sendiri tu susah. Dapat berak dengan aman pun dah Alhamdulillah. Orang kata, pengorbanan seorang ibu. Tapi bila duduk berdua sahaja dengan anak, kita boleh sepenuhnya didik anak dengan cara kita. Exclusive breastfeed selama dua tahun pon Inshaa Allah boleh dipermudahkan kerana ‘demand’ tu sentiasa ada. Kalau hantar anak ke taska, ya memang betul kita boleh enhance social skill anak. Tapi ingatlah, anak ni macam span yang menyerap apa saja yang diperhatikan dan didengari termasuklah perkara-perkara yang tak elok. Makan minum anak pun kadang-kadang susah nak tpantau. Mungkin kat rumah kita dah haramkan jajan. Tapi kat taska? Pernah satu hari aku nampak parents hantar satu kotak besar jajan kat taska. Allahu Akbar. Banyak kebaikan sebenarnya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Habis aku yang bekerja ni, bagaimana dengan nasib anak aku? Sempat ke layan suami dan anak kalau penat balik kerja? Kalau diberi pilihan, aku memang nak sangat jadi suri rumah sepenuh masa satu hari nanti. Jadi, apa yang aku kena buat, aku akan guna SEPENUHNYA dan SEBAIK mungkin masa aku untuk mereka yang aku sayang. Paling leisure, kadang-kadang bukak la ‘Pink Fong’ sekejap sambil nyanyi sama-sama dengan anak. Layan je apa dia dok mengomel. Kalau rajin sikit, baca buku sama-sama dengan anak, ajar dia. Inshaa Allah anak akan faham dan sentiasa menghargai setiap saat yang kita luangkan bersama mereka. Bagi aku, tak kiralah isteri tu kerja apa, yang penting ilmu keibu-bapaan tu harus ada. Kalau sentiasa duduk rumah, tapi keperluan fizikal, emosi, dan Rohani anak pun kita tak layan tak guna jugak kan?
Jadi konklusinya, janganlah berat sebelah. Berkerja dan suri rumah dua-dua dapat pahala kalau niatnya dan jalannya betul. Dua-dua ada pro dan kontra. Kalau isteri bekerja tu rasa ‘besar’ atau ‘pandai’ sangat, eh, pandai ke? Ilmu yang awak sedang belajar dan praktikkan tu hanyalah ibarat setitik air dalam sebuah lautan yang besar. Redha awak tetap pada Allah dan suami. Kat office jangan cerita keburukan suami pulak ye, cerita pasal anak takpe. Buat suri rumah, aku faham kerana aku pun suri rumah. Memang penat melayan karenah si kecil. Aku pun penat jugak kak, belum campur stress kerja dan stress kena marah dengan boss. Nak EL anak sakit atau MC pon kadang-kadang boss jeling. Ketepikan semua perbezaan, yang penting, sesuaikan diri dan focus dalam membesarkan dan mendidik amanahNya, Inshaa Allah..
– Mdm A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit