Anti-Psychotic

Salam para pembaca nama aku Azman. Aku ada satu kisah yang pendek. Mesti ramai pernah dengar ada yang mata dia boleh lihat makhluk halus atau lagi senang dalam Melayu kita Hantu.

Aku umur 17 tahun alami benda sama, aku selalu nampak macam bayangan macam ni. Memang setiap malam agak takut, cuak dan banyak lagi perasaan.

Hal sleep paralysis kena tindih tu semua jangan cakap memang banyak kali.

Mak aku bawa jumpa ustaz/bomoh. Tapi tak boleh membantu. Dalam masa yang sama pergi rukyah tapi waktu proses tu aku tak ada rasa apa pula.

Jadi aku pun teruskan hidup dengan sekejap nampak makhluk tersebut sekejapnya tidak.

Benda ni berlarutan dan makin lama makin teruk. Nak solat tenang, nak buat aktiviti apa pun aku rasa nervous dan asyik pandang sekeliling.

Waktu belajar lagi teruk tapi aku tak kasitahu housemate aku takut pula diorang takut nanti.

Jadi kalau aku makan dekat kedai kadang tu nampak “kelibat” berjalan singgah dekat setiap meja termasuk meja aku.

Kalau dekat rumah nanti kawan aku tengah bersembang ada benda tu duduk dekat tengah angguk kepala.

Aku pun biar dan diam walaupun dalam hati memang sentiasa takut.

Bila mak ayah aku tanya macam mana aku pun jawab lepas dah belajar benda tu hilang baru lega muka mak ayah aku. Tapi padahal benda tu ada lagi dan aku masih nampak.

Habis belajar dan kerja. Aku pun masih mengalami benda yang sama. Masuk dalam masjid pun aku nampak juga.

Jadi aku pun makin lama macam biarkan tapi benda tu macam makin jelas. Tenggek atas bahu orang, berjalan sebelah semua. Muka memang mengerikan, kalau aku pandang nanti dia pandang balik sambil ketawa.

Jadi kalau nampak aku biarkan saja. Lepas hampir 6 bulan bekerja. Colleagues aku dalam office nama Susan. Aku sebenarnya agak jarang berbual dengan Susan ni.

Sampai satu hari pergi bos kami punya birthday. Kereta Stephanie ni rosak dia sent mesej cakap ada yang boleh tolong ambil kan tapi semua dah sampai. Jadi aku yang belum gerak ni pun volunteer.

Dalam kereta ni entah kenapa Stephanie ni tanya aku “Azman you ada problem ke?” Aku pun sambil drive tu pandang dia dan jawab cakap tak ada apa semua okay saja.

Stephanie ni pun cakap dia tengok aku dari bulan pertama kerja macam resah semacam. Aku cuma jawab nervous itu yang nampak macam resah.

Dalam kereta tu aku dengan Stephanie diam. Waktu balik aku hantar dia balik juga sebab dari rumah dah satu jalan. Jadi dalam perjalanan balik tu banyak soalan Stephanie ni tanya aku pun okay saja jawab sambil ketawa.

Next week, Stephanie ajak aku bersembang. Dia pun tanya aku pernah pergi diagnosed ADHD atau bipolar. Aku pun macam terkejut dan jawab tak.

Stephanie ni dia pun kasi namecard jumpa doktor pakar iaitu mak dia. Tapi aku reject dan cakap aku okay. Tapi dia berkeras katanya dia macam lama perhati aku sejak first day masuk.

Aku memang resah semacam dan banyak staring dekat dinding dan tempat lain. Dalam 30 minit dia cakap berkali-kali aku pandang sana dan pandang sini.

Lepas dah 2-3 hari kena paksa. Aku pergi jumpa Mak Stephanie dengan dia sekali teman.

Lepas dah kenalkan diri mak dia tanya aku soalan basic dan akhirnya baru soalan yang personal. Akhirnya, aku pun buka cerita pasal terbuka hijab.

Lepas dalam sejam dan lepas 2 sesi. Akhirnya mak Stephanie kasi aku anti psychotic drug dan beberapa lagi tips dan ubat lain.

Alangkah terkejutnya lepas aku ambil ubat tu “bayangan” yang aku nampak sejak umur 17 tahun hilang dan tak ada langsung. Bernafas pun makin mudah dan tak takut.

Aku pun jadi makin tenang. Jadi mak Stephanie, dia pun explain satu persatu dan bagitahu aku mungkin ada some big issue waktu umur 16-17 tahun dan dari situ ada masalah.

Lepas berbelas tahun aku “di bukakkan hijab” cuma jumpa doktor pakar dan benda selesai.

Jadi sebulan sekali aku datang rumah Stephanie sambil nak cakap terima kasih aku sambil communicate dengan mak dia langkah yang aku sepatut ambil.

– Azman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *