Anti-V4ks Keliru Sains

Setelah beberapa lama mengikuti kumpulan antiv4ksin ni saya boleh simpulkan yang kebanyakan mereka sebenarnya bukanlah orang yang memerangi sains secara membabi buta sahaja.

Tetapi terdapat faktor-faktor yang menyebabkan mereka menjadi antiv4ksin. Saya adalah orang yang ahli di dalam bidang perubatan.

Agak kecewa dengan sikap segelintir sahabat saya di dalam bidang ini yang langsung tidak sudi bertemu dengan antiv4ksin menyelesaikan masalah pemahaman yang dihadapi oleh mereka. Terutama orang-orang atasan di Kementerian.

Mereka tidak tahu bahawa di lapangan, kebanyakan pegawai perubatan dan ahli kesihatan berhadapan dengan golongan ini dan ianya amat mencabar.

Kebanyakan antiv4ksin sebenarnya adalah bersikap sangat naif dan sukar memahami apakah yang berlaku sebenarnya apabila fakta-fakta sains yang terbaharu dikeluarkan.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kumpulan-kumpulan antiv4ks baru-baru ini, saya dapat mengkategorikan kumpulan antiv4ks ni terbahagi kepada beberapa kategori.

Yang pertama adalah orang yang langsung tidak memahami sains. Ilmu sains ni bukanlah Tuhan.

Ramai saya tengok antiv4ksin yang mengeluarkan kenyataan tersebut seolah olah ada Tuhan baru pulak untuk umat manusia (syirik).

Sains ini adalah salah satu disiplin ilmu sahaja. Dah lama dah wujud ilmu sains ni. Ilmu sains adakah pembuktian sesuatu perkara melalui kajian.

Dulu di sekolah kan dah belajar mengenai fotosintesis. Ada pembolehubah dimalarkan, ada pembolehubah bergerakbalas, pembolehubah di manipulasi.

Konsepnya sama sahaja. Ini adalah sama di dalam apa jua bidang sains termasuk sains perubatan. Ini yang dipanggil Ilmu Allah.

Saya perasan orang yang menyokong pemberian v4ksin sering dipanggil tikus makmal. Pendapat saya adalah tidak benar, kerana orang lain telah menjadi tikus makmal terlebih dahulu terutamanya negara-negara ketiga.

Mereka sepatutnya dihargai kerana sudi menyumbang di dalam data dan statistik kajian untuk kepentingan ummah.

Paling menyedihkan, golongan yang takut akan kesan sampingan v4ksin pun telah terjebak dan mengikuti golongan ini.

Sedangkan mereka perlu diberi sedikit kekuatan dan keyakinan untuk menerima bahawa kesan sampingan v4ksin adalah tidak teruk berbanding jika dijangkiti covid19.

Covid19 ini telah berada di dalam komuniti. Mahu atau tidak, untuk mengurangkan risiko keterukan akibat dijangkiti, manusia memerlukan ikhtiar yang “terbukti” boleh mengurangkan risiko keterukan.

Dalam sains perubatan, kita ada perkara yang dipanggil kajian klinikal. Kajian klinikal ni bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat orang yang memang arif di dalam bidang mereka yang memantau sesuatu kajian itu.

Kalau di Malaysia, tuan puan boleh merujuk NMRR (Institute Clinical Research), Walaupun seseorang itu adalah pegawai perubatan, bukannya semua yang boleh membuat kajian.

Mesti ada kursus khas untuk terbitkan sesuatu kajian.untuk membuat kajian memang ada etikanya tersendiri.

Bukan senang-senang nak bias. Contohnya, saya ingin mengeluarkan sesuatu produk seperti Vitamin C, saya buat kajian dan terus publish mengikut kehendak saya yang menunjukkan keputusan yang baik apabila pesakit mengambil vitamin C.

Kajian Sains bukan begitu tuan puan. Ada orang arif yang memantaunya.

Tetapi tuan puan kena faham, apabila ada masalah mestilah ada orang yang cuba mengatasi masalah tersebut. Kebiasaan mereka adalah orang orang yang menjalankan perniagaan. Tak baik fitnah bill gates adalah punca Covid19 ni sebagai orang yang buat virus.

Dosa dengan Tuhan,tuan puan boleh diampunkan, yang buat fitnah kepada bill gates atau jutawan-jutawan besar ni tak takut rasa malu ke nanti kena minta maaf dengan mereka walaupun mereka orang kafir?

Mereka hanya ahli korporat yang membantu untuk menyelesaikan masalah dalam komuniti manusia sahaja.

Saya langsung tidak percaya bahawa virus covid19 yang hebat ini adalah ciptaan manusia walaupun memang terdapat cerita-cerita fiksyen di TV yang menunjukkan virus ini dicipta dan disebarkan untuk menjadikan manusia sebagai Zombie dan sebagainya,

Tetapi saya percaya ia adalah satu ujian buat umat manusia setelah sekian lama kita lalai dan leka dengan dunia.

Tiada manusia yang boleh cipta virus sehebat ini. Filem filem tersebut pun ideanya diambil melalui kajian sains dan diolah agar kelihatan boombastik.

Jadi, tuan puan jangan pelik kalau hasil daripada kajian sains pada hari ini adalah lain, esoknya adalah lain. Bukan ahlinya putar belit tetapi ciri-ciri sains memang begitu.

Apabila ada penemuan baru, saintis akan berkongsi penemuan tersebut dengan dunia. Tuan puan tengok sendiri di sekeliling kita.

Kalau dulu ada orang yang menyatakan manusia boleh berhubung secara jarak jauh bukankah boleh dikatakan gila isim.

Kalau dulu orang kata kereta boleh dikuatkuasakan menggunakan elektrik bukankah boleh dikatakan gila. tetapi semua ini berlaku disebabkan penemuan sains.

Tuan puan cuma kena “update” sahaja pengetahuan tersebut. Sama seperti di dalam bidang perubatan. Jika dulu pesakit HIV kebanyakannya dijangka akan hidup tidak lama. Tetapi sekarang yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya bagi contoh benda yang paling remeh di dalam kehidupan seharian kita. Zaman sekarang, mata wang wujud secara digital sahaja sedangkan sebelum ini adalah menggunakan wang kertas.

Tetapi tidak semua yang akan menerima pembaharuan ini sebab sesetengah orang adalah sombong dan malas berfikir untukmenerima sesuatu yang baharu.

Tuan puan boleh lihat contoh manusia seperti ini di tempat kerja tuan-puan memang terdapat manusia yang sukar menerima sesuatu yang baharu. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka adalah orang yang tidak memahami sains.

Kategori kedua adalah orang yang keliru sains. Kebanyakan orang yang keliru sains ini pemikiran mereka bersifat saintifik tetapi suka mengambil jalan mudah untuk memahami sains.

Kebanyakan mereka suka perkara-perkara pseudoscience seperti Kad jimat minyak, pad jimat elektrik.

Punca wujudnya produk-produk sebegini adalah kerana wujudnya manusia yang suka pseudoscience.

Pemikiran mereka terlalu futuristik tetapi mereka hanya merujuk orang yang bukan ahli di dalam bidangnya. Mereka merujuk peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual produk mereka.

Modus operandi ini masih digunakan oleh peniaga peniaga untuk mengambil kesempatan terhadap pesakit mereka yang “desperate”. Bukan di Malaysia sahaja malah di luar negara.

Kebanyakannya orang yang keliru sains ini akan mengikut sahaja testimoni yang dikeluarkan oleh peniaga tanpa usul periksa untuk membuktikan bahawa produk tersebut adalah benar-benar menjadi.

Kebiasannya produk yang berunsur pseudoscience akan disulamkan dengan info-info sains palsu yang tidak ada pembuktian pun. Dengan menggunakan perkataan yang sedikit boombastik dan kelihatan sains seperti “Nano, Bio, Mikro” ramai yang akan tertipu.

Ditambah pula produk tersebut dari negara-negara islam, negara-negara yang berteknologi tinggi kononnya.

Dalam kes antiv4ks, ada juga yang berbicara seolah-olah mereka memahami spike protein dan sebagainya. Tetapi tuan puan jangan ingat apabila perkataan boombastik dikeluarkan bermaksud ilmu tersebut adalah betul.

Walaupun ilmu tersebut dikeluarkan oleh seorang Pegawai perubatan, tuan puan kena pastikan yang individu tersebut adalah bertauliah, mempunyai kepakaran, pengkhususan di dalam bidang tersebut.

Kalau tuan puan tengok di hospital pun sekiranya tuan puan pernah mendapatkan rawatan, tuan puan dirujuk ke klinik atau bahagian yang arif di dalam bidangnya? Bukanlah sebarangan orang yang boleh melihat kes tertentu yang memerlukan kepakaran.

Tuan puan perlu memastikan yang individu itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan seperti penjual produk dan sebagainya.

Dalam kes antiv4ksin saya lihat, ada individu yang langsung tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut,

Tetapi diangkat menjadi ketua dan kononnya adalah penyelamat masyarakat kerana disulam dengan ayat-ayat yang berunsur keagamaan agar ramai orang agama yang mengikutinya.

Nasihatnya digunakan, Hospital diburukkan dengan tohmahan membunuh dan sebagainya.

Tetapi mereka tidak pernah berani menasihati dengan menandatangani sesuatu perjanjian yang akan bertanggungjawab sekiranya sesuatu masalah perubatan atau kesihatan itu tidak sembuh.

Di hospital, ahlinya menceritakan “faedah” dan “risiko” daripada sesuatu prosedur sebelum dipersetujui oleh pesakit.

Di mana “Faedah” dan “risiko” yang berani diterangkan oleh peniaga produk jika bukan yang baik-baik sahaja kerana untuk mengaburi pesakit yang amat menginginkan kesembuhan tadi untuk membeli produk mereka.

Saya ingin ulangi bahawa fesyen agama, imej agama, ucapan agama tidak melambangkan hati seseorang itu adalah mulia. Fesyen, pakaian agama boleh dibeli, imej agama boleh dicipta.

Empati dan simpati boleh diwujudkan hanya melalui satu imej dan video. Sedangkan ada juga yang mencipta agama untuk kepentingan diri sendiri.

Saya juga adalah orang yang mengikuti siri The Arrival seperti tuan puan. Perancangan mereka banyak, tetapi apakah perancangan kita sebagai seorang muslim? Hebat apakah kita seandainya kita boleh diperbodohkan oleh Kad Jimat Minyak dan Pad Jimat elektrik?

Tidak termasuk perkara-perkara yang disulamkan dengan Makanan sunnah kononnya yang menjadi ubat ajaib untuk menghilangkan penyakit? Belum lagi termasuk ditipu oleh pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan ayat agama untuk mengutip keuntungan?

Tuan puan tidak pernah dengarkah ayat agama bahawa ada manusia yang menjual agama demi kepentingan dunia? Golongan mereka wujud tetapi jarang masyarakat membincangkannya kononnya semua yang membawa imej agama adalah baik-baik belaka.

– BukanWHO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *