Assalamualaikum semua. Izinkan saya share masalah yang saya hadapi selepas berkahwin dengan duda.
Saya dalam status janda semasa berkenalan dengan seorang duda. Sifat baik yang ditunjukkan oleh suami membuatkan saya telah jatuh cinta dan menyayanginya dengan ikhlas hati.
Suami mempunyai 3 orang anak dalam perkahwinannya yang terdahulu dan saya mempunyai 2 orang anak perempuan yang dijaga oleh bekas suami saya.
Dari mula berkahwin sehingga sekarang kami kerap bergaduh dan rasa tidak sefahaman. Suami jarang sekali meluahkan kata cinta dan sayangnya kepada saya.
Sekiranya suami outstation tiada mesej atau panggilan telefon dari suami.
Saya selalu meminta dia berbuat demikian disebabkan diamnya akan membuatkan saya overthinking dan seterusnya membuatkan hubungan kami menjadi semakin buruk.
Dengan sikapnya saya rasa terpinggir dan tidak dihargai seperti mana dia melayan anak-anaknya dengan bekas isteri.
Segala rasa tidak sedap hati saya dalam perhubungan menjadi bertambah parah apabila menjumpai mesej perbualan suami dengan seorang wanita (saya namakan Jennifer) yang juga isteri orang pada tahun 2019 (suami bercerai tahun 2020).
Dalam mesej tersebut semuanya telah terbongkar dan kehidupan mereka telah melampaui batas yang sepatutnya.
Saya juga menjumpai bukti mereka check in hotel dan sebagainya. Keadaan tersebut telah meluluhkan hati saya dan kepercayaan saya kepada suami telah terhakis.
Dalam perbualan tersebut terlalu banyak ungkapan cinta kepada Jennifer membuatkan saya insecure dengan diri saya sendiri.
Good morning text, good night text dan keprihatinan suami pada Jennifer itu sangatlah berbeza dengan layanan suami pada saya sekarang.
Dengan saya, pantang salah sedikit melentingnya macam saya buat dosa besar.
Sampai sekarang saya tertanya, kenapa suami ajak saya berkahwin pada tahun 2022 dan siapa saya pada dia.
Saya rasa seperti dipermainkan oleh suami, rasa dipergunakan dan rasa seperti mahu angkat kaki sahaja dari perkahwinan ini.
Disebabkan rasa terkilan, saya tidak lagi memberikan sepenuh jiwa saya pada perkahwinan ini.
Saya hanya buat tugas saya dan tiada lagi ucapan sayang dan kasih pada pada suami. Yang ada hanya kesedihan.
Saya berdoa semoga tuhan tunjukkan jalan penyelesaian atas segala kekusutan ini.
– Azura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sis…
Pertama sekali sy minta maaf jika saranan sy tak sesuai dgn apa yg sis ingin dengar sebab saya bukanlah orang yg layak memberi nasihat atau pandangan kerana saya juga banyak kelemahan dn kekurangan.
Tapi saya terpanggil utk kongsi sikit pandangan saya kerana sy mempunyai pengalaman berkahwin hingga 4 kali dalam hidup saya… Mungkin serba sikit dapat sis ambil utk tauladan.
Hasil pengalaman sy yg melalui pengalaman 4kali perkahwinan itu adalah ianya terjadi kerana Allah Ta’ala sayang sy… Ya, kes bekas suami yg ke3 dulu mmg sama seperti kes suami sis (4 kali perkahwinan sy adalah dgn bujang)… Kes dia dgn isteri orang juga.
Tapi permulaan bagi apa yg terjadi itu pastinya ada salah kita sendiri.
Seperti bagaimana kita melalui hidup didunia sementara ini?
Adakah kita menjalani hidup sebagai wanita yg diperintahkan Allah Ta’ala yang wajib mengikut apa yg disyari’atkan?
Sperti menutup aurat dgn sempurna, belajar asas asas fardhu ain, feqah, dan tasawuf… Perbetulkan niat kita dalam perkahwinan dan kehidupan.perbaiki wudhu’ dan perbaiki solat kita, tambahkan amal amal zikir utk memenuhi kekosongan hati kita yg haus. Banyakkan bertaubat…
Apa kaitan dgn ujian hidup dgn Allah Ta’ala sayang kita? Sebab Allah Ta’ala nak kita balik padanya, jangan berharap pada makhluk yg dia ciptakan utk menjadi ujian buat kita.
Dunia ini sementara, akhirat itulah kehidupan sebenar kita yg kekal abadi yang menentukan permulaan kehidupan kita yg sebenar. Ke syurga kah kita atau sebaliknya.
Saya telah melalui kehidupan ini dgn kejahilan hampir 36tahun…saya solat rajin baca Qur’an, zikir tapi tak bahagia. Tetap diuji dgn masalah rumahtangga.sy pernah difitnah,dihina hingga hampir putus asa dalam hidup.
Hingga perkahwinan yg ke 4 juga hampir berlaku penceraian. Alhamdulillah Tabarakallah Allah Ta’ala dgn sifat Rahim ya memberi saya peluang lagi dan lagi dgn HidayahNya untuk sy belajar agama dan mengamalkan agama dgn betul dan menjalani kehidupan dgn betul Insya’Allah.
Ya.. Suami bermasalah… Tapi kita kna faham dan yakin yang memberi kita ujian itu siapa… Jadi kepada yang memberi ujian itulah seharusnya kita mohon pertolongan dan merendah diri. Ulama pernah kata… Lebih kurang maksud “siapa betulkan solat Insya’Allah pasti dan pasti Allah Ta’ala akan betulkan kehidupan nya”
Benar dulu sy jenis suka mempersoalkan bila diberi nasihat macamni… Apa yg salah dgn solat saya? Saya solat macam orang lain kot.. Subhanallah.. Kerana solat macam orang lain lah saya salah keran mengamalkan agama tanpa ilmu. Bila mula belajar agama berkitab secara online walaupun perlahan lahan seminggu cuma 3 kali, setiap kelas cuma 30minit rupanya itu juga mampu menjadi asbab kebaikan buat diri saya dan kehidupan saya.
Subhanallah Masya’Allah bila saya mula betulkan solat saya, wudhuk saya… Secara perlahan lahan kehidupan saya semakin membaik… Dan berdamai dgn takdir hidup saya, kehidupan Semakin meningkat baik, walaupun masih diuji ttapi Alhamdulillah Tabarakallah suami yg dulu tak suka bercakap banyak dgn saya dingin malah semakin penyayang dan mula berubah, saya tak mampu ubah dia… Allah Ta’ala yg lembutkan hati dia. Allah Ta’ala kurniakan kefahaman Agama.. Sama sama belajar berubah ke arah lebih baik…
Percayalah utk mengubah orang lain menjadi seperti yg kita nak takkan terjadi jika kita tak mulakan dgn diri kita sendiri…
Insya’Allah baliklah kepada amalan agama yg betul.. Sbb segala masalah dalam dunia yg sementara ini adalah dari dosa kita sendiri… Insya’Allah pasti dan pasti Allah Ta’ala akan mudahkan urusan kita… Wallahua’lam maafkan saya jika perkongsian saya tidak membantu sis ..
Saya doakan semoga Allah Ta’ala permudahkan segala urusan sis Sekeluarga… Sentiasa dalam Rahmat, Rahim nya Allah Ta’ala dan kurniakan kesihatan Afiah didunia dan Akhirat Ammeen Ya Mujeeb 🤲
Wallahua’lam ♥️