Anugerah Daripada Cinta Pertama

Assalamualaikum semua, kali ni aku ingin berkongsi kisah mengenai cinta pertama. Aku rasa sesiapa yang ada kenangan cinta pertama mesti masih ada rasa debaran tu kan? Atau pun secara tak sengaja tersenyum bila terkenang cinta pertama.

Takpe, teruskan tersenyum sebab bila senyum hati kita rasa kembang-kembang, mata lebih bersinar, dan secara tak sengaja boleh jadi awet muda tau.

Tujuan perkongsian ini adalah untuk mengajak pembaca beralih genre pembacaan sahaja.

Tak lebih dari itu. Dan jangan risau sebab titik fokus cerita ini bukan tentang kekasih cinta pertama tapi lebih kepada bagaimana cinta pertamaku menjadi satu anugerah terindah dalam hidup. Ceeyyy!

Cinta pertama aku namakan dia sebagai Sam. Kami kenal ketika aku di tahun pertama di KL manakala Sam pula pelajar tahun akhir di Sintok Kedah.

Sebelum mengenali Sam, aku adalah seorang yang sentiasa blur dengan emosi walaupun cemerlang dalam pelajaran. Dengan kata lain, tinggi IQ tapi rendah EQ.

Rendah EQ bermaksud aku tak dapat memahami bahasa emosi orang lain dengan baik. Bila berbual dengan kawan-kawan, lambat pick-up adalah perkara biasa.

Atau pun tak pick-up langsung. Tapi rendah EQ bukanlah satu masalah besar bagi aku yang mengambil jurusan ekonomi perniagaan kerana kebanyakan subsajak melibatkan analisis kalkulus secara rasional dan logik akal manusia.

Roommate aku, Aini merupakan pelajar jurusan psikologi. Berbeza dengan sikapku yang lone-ranger, Aini mempunyai ramai kawan dari fakulti yang sama. Dia selalu ajak geng sefakulti melepak kat bilik kami. Walaupun tak sekepala tapi aku okey saja dengan kawan-kawan Aini.

Diorang pun baik, selalu offer makanan. Selalunya aku terima bulat-bulat walaupun kadang-kadang diaorang hanya ajak-ajak ayam saja. Contohnya kalau diaorang offer biskut raya, aku selamber makan sebalang sampai habis. Kesian kan kat diaorang, dibuli tanpa sengaja.

Bahasa kiasan seperti balaghoh, perlian atau metafora tinggi memang aku takkan faham. Otak aku cuma memproses maklumat langsung; direct message.

Sebagai bayangan, personaliti aku hampir sama macam watak Sheldon dalam sitkom The Big Bang Theory. Lurus bendul. Otak aku proses maklumat selapis saja, ambil maklumat tersurat dan abaikan 100% maklumat tersirat.

Lama-kelamaan si Aini dan geng psikologi mulai faham perangai aku. Kalau diaorang ada apa-apa yang tak puas hati, diaorang cakap direct to the point.

Dan aku pula tak ambil hati langsung. Semua komen atau teguran diproses dan disimpan dalam otak. Noted gitew, aku balas “Okey aku tak buat dah” atau “Okey aku faham”.

Dan satu lagi yang baiknya ialah aku takde perasaan merajuk, berdendam atau kecik hati. Sekiranya Aini and the geng menegur beberapa perangai aku yang diaorang tak berkenan, aku boleh terima dan tetap berkawan baik dengan diaorang. Secara kebetulan, aku memang takde kawan pun. Heh!

Berbalik kepada kisah cinta pertama, masa tu baru habis exam akhir semester. Biasa lah, lepas exam student akan buat perkara terlarang untuk meraikan kejayaan setelah berhempas-pulas memerah otak dan keringat. Hmmm… korang jangan la melencong jauh sangat ye.

Perkara terlarang bagi aku ialah aktiviti yang takkan dibuat sepanjang minggu kuliah macam makan meggi ke, tengok wayang ke, tidur sepanjang hari ke, atau marathon tengok drama sehari suntuk.

(Nota: aku budak skima jadi itulah aktiviti terlarang aku. Korang mungkin ada definisi berbeza, korang saja yang tahu. Gimana? Gimana?)

Dan aku pula, tak tau kenapa, boleh lepak santai sambil dengar Aini bercerita tentang crush dia, si WakDonne. Agaknya terpesona dengan cerita tu, aku kata kat dia “Wei, kenalkan la sape-sape kat aku”. Terbeliak mata Aini dengan memegang bahuku dan bertanya “Betul? Betul ni?”

Dipendekkan cerita, Aini memperkenalkan aku dengan Sam. Pada mulanya niat cuma nak berkenal-kenal sahaja tanpa melibatkan jiwa dan raga secara serius.

Tapi Sam cakap straight-to-the-point. Dia ajak couple. Kebetulan Sam belajar dalam jurusan pemasaran, mungkin dia boleh faham perangai blur budak bisnes.

Disebabkan lokasi universiti kami yang jauh, sorang di KL, sorang lagi di Kedah, aku memberanikan diri untuk terima. Logik aku ialah kami jauh so takde la dating selalu. Setakat call-call apa lah sangat. Hmmmm…

Tapi akhirnya aku terjatuh cinta juga dengan si Sam. Penyumbang utamanya ialah sikapnya yang bersungguh-sungguh, gigih datang untuk berjumpa di KL.

Walaupun pada mulanya macam tak berapa suka, akhirnya aku tunggu juga dia datang sebab rasa kesian. Biasa lah, nak jumpa boyfriend, kena la bersiap sikit.

Kalau dulu tak pernah bermake-up, sekarang dah pandai pakai celak, pakai lipstik warna lembut-lembut gitu, selalunya dengan bantuan Aini.

Sebelum aku kenal Sam, aku memang dikategorikan sebagai budak selekeh. Harapkan IQ saja tapi rupa memang out. Setakat tak mandi bila ke kuliah pagi tu adalah perkara normal bagi aku.

Katakan kelas bermula pukul 8 pagi, aku lepak tidur sampai pukul 7.45.

Lepas tu kalut-kalut pakai sweater, capai tudung warna suka hati, pakai kasut sport dan lari laju-laju ke dewan kuliah. Dah tu rileks saja duduk kat baris depan, tak perasan kawan-kawan lain tengok sambil buat muka pelik.

Aku yakin diaorang nampak garis tidur kat pipi aku tapi tak sanggup nak kata apa-apa. Mungkin beristighfar dalam hati saja.

Dah la tu, dalam keadaan selekeh, aku masih ada keyakinan nak berinteraksi dengan pensyarah. IQ tinggi katakan, yang menjadi satu-satunya sumber kekuatan aku.

Disebabkan Sam kerap datang berjumpa, aku mula cakna dengan diri sendiri. Aku mula suka dengan proses perubahan ini. Cermin adalah antara benda yang aku suka.

Aku suka dengan penampilan baru. Aku bersiap, berbedak, berkasut sandal, dan memakai beg yang sesuai untuk ke kuliah. Kalau dulu, aku campak saja nota kuliah, purse, dan alat tulis dalam mana-mana beg plastik yang ada (tepuk dahi).

Kebetulan zaman tu baru keluar lagu XPDC ‘Jangan Tak Mandi’, Sam selalu usik aku dengan pesanan supaya mandi setiap pagi. Proses perubahan ini telah mewujudkan rasa keterujaan dalam diri sendiri. Macam kepompong menjadi rama-rama, haaa macam tu la rasanya.

Macam-macam cetusan dan letusan perasaan baru yang tak pernah aku rasa sejak kenali Sam. Rasa marah bila dia ‘separuh paksa separuh pujuk’ supaya aku tunggu dia datang KL, atau rasa tak puas hati bila dipaksa telefon dia setiap malam sebelum tidur.

Dah la tak pandai cakap jiwang-jiwang, boleh pula dia berikan aku satu telefon untuk kejut bangun subuh.

Disebabkan blur tahap dewa, aku turutkan juga walaupun kadang-kadang ada rasa macam “Heh, lu pehal bro?” Cinta pertama juga memberi aku pengalaman rasa berdebar-debar, atau rasa blushing.

Kaki dan tangan selalu sejuk dan jantung berdegup kencang bila keluar dating. Waktu dating kami tengok wayang dan makan-makan, lepas tu dia balik ke utara.

Otak matematik aku masih tak faham kenapa la dia sanggup bersusah-payah menghabiskan masa, tenaga dan duit ringgit semata-mata nak berdating.

Bagi aku lebih baik simpan saja duit tu. Skima kan. Macam tu lah. Sam gigih cuba fahami perangai aku, yang aku pun kadang-kadang tak faham dengan perangai aku sendiri. Berbulan juga lamanya aku ambil masa untuk terima hakikat yang aku ni girlfriend orang.

Setahun kemudian, Sam mendapat kerja di Johor dan aku pula di tahun ketiga. Waktu ni kebanyakan kawan-kawan tahu aku ada boyfriend berdasarkan penampilan yang dah pandai bersiap.

Biasanya di kuliah mereka akan beri teguran positif seperti “Eh… dah lawa sekarang” atau “Pandai la pilih baju” atau “Cantik hari ni”. Ops! Aku tak mengaku aku ni lawa tau, setakat ‘boleh la’.

Pujian diaorang tu cuma relatif kepada penampilan selekeh aku sebelum ni. From nerd to normal. Kata-kata positif tu telah mencetus satu lagi perasaan baru terhadap diri sendiri, dan aku fikir “Wow, bestnyer, aku tak pernah rasa macam ni”.

Disebabkan Sam dah bekerja, dia selalu datang berjumpa. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dan kami mula raikan hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari Valentine’s day, atau hari anniversary, yang tak pernah disambut pun selama ni.

Bayangkan, kenal dengan Sam baru aku tahu yang hari jadi rupanya kena sambut, bagi-bagi hadiah, kena ucapkan tepat jam 12.01 malam dan sebagainya.

Jadi, boleh dikatakan yang cinta pertama menyebabkan aku cakna tentang kewujudan lapisan-lapisan perasaan seperti gembira, surprise, berdebar-debar, malu-malu kucing, rasa jiwang-jiwang, merajuk, marah atau ‘tahu salah tapi masih nak dipujuk’.

Ngade-ngade kata orang. Tapi, lapisan-lapisan perasaan ini akhirnya berjaya meningkatkan tahap EQ aku ke arah yang lebih baik sebagai seorang manusia.

Long story short, kami akhirnya berkahwin, dengan pasangan masing-masing. Ye, aku kawin dengan orang lain.

Realitinya, alam perkahwinan merupakan satu garisan yang statik, disebabkan ketersediaan minda menerima sesuatu perkara secara berterusan. Macam garisan graf yang lurus. Kalau ada turun-naik hanya lah dalam kadar yang kecil.

Alhamdulillah. Kalau turun-naik macam garis tsunami, heh tak wujud la cerita ni.

Ada beberapa waktu aku bergelut dengan rasa ‘kosong’ dalam diri sendiri sebab dah immune dengan perasaan yang sama, berulang-ulang, terutama bila tempoh perkahwinan berada di tahap yang matang dan stabil.

Pada tahap ini, aku dah boleh jangka tentang perasaan sendiri. Contoh, kalau ada miss call dari suami, rasa rileks saja nak call semula. Takde rasa surprise-surprise. Takde peluh-peluh tapak tangan.

Yelah, perkara lazim dan berulang-ulang, menyebabkan kita jadi immune secara semulajadi.

Kadang-kadang bila muncul perasaan negatif, sedih atau bosan, kenangan cinta pertama akan datang secara automatik. Secara spontan aku teringatkan Sam. Biasa lah, dalam perkahwinan gangguan iblis itu pasti. Pada mulanya aku fikir yang aku rindukan Sam.

Tapi bila aku tengok gambar dia, aku tak rasa apa-apa sangat. Cuma rasa annoyed sebab teringat balik cerita-cerita lama yang tak best.

Yelah, pasal ada cerita tak best la kami tak berjodoh. Bila jadi macam tu, aku duduk diam-diam dan berfikir, “Kenapa bila rasa sedih, aku teringat balik kat cinta pertama? Apa perkaitan sedih sekarang dengan gembira di masa lalu?”

Bila aku renung-renung semula, baru aku tahu rupa-rupanya apa yang aku rindukan sebenarnya adalah lapisan-lapisan perasaan yang dah lama tak datang di hati. Aku rindu rasa malu-malu kucing, rasa merajuk nak dipujuk, rasa berdebar-debar tak tentu pasal.

Pendek kata, aku rindukan diri aku yang dulu. Tapi kan, umur pun dah masuk 40an, apa ke hal nya nak rasa macam tu lagi kan? Haaa tu lah pasal aku share semua ni dengan korang.

Disebabkan aku dah faham konsep ‘rindu pada aku yang dulu’, sekarang ni aku banyak libatkan diri dengan prosajak mini yang boleh trigger perasaan lama.

Contohnya aku mendekatkan diri dengan satu rumah anak yatim yang berdekatan dengan rumah.Di sana anak-anak akan sambut, salam-salam, dan dengan sopan duduk dekat-dekat kat aku. Semua tu mencetus perasaan kasih sayang, dan rasa seperti diperlukan.

Sesiapa yang rasa macam kosong, rasa macam ‘nobody loves me anymore’, try la menziarah rumah anak yatim.

Bawa la barang yang best-best sikit, macam Chipsmore ke, KFC ke, ice cream Magnum ke, pasti diaorang teruja. Jangan la asyik bawa beras saja. Ala, barang-barang yang kita beli untuk anak-anak kita. Macam tu lah yang aku buat.

Aku ada anak sendiri tapi rasa ‘wanted’ tu dah lama tak datang. Maklum la anak-anak pun dah besar dan lebih berdikari.

Aku juga beranikan diri cuba-cuba buat kuih dan letak di gerai Kak Jah. Faktor duit bukan penyebab utama, tapi sebab nak wujudkan situasi yang boleh trigger perasaan tertanya-tanya.

“Harini kuih aku laku ke?” atau “Customer suka ke kuih aku buat?” Setiapkali hantar kuih, mesti berdebar-debar menunggu whatsapp laporan dari Kak Jah.

Bila kuih habis dijual, aku rasa gembira. Kalau tak begitu laku, aku rasa kecewa. Tapi skala perasaan tu lebih kecil dan terkawal. Sebab bila penat, aku berhenti saja buat semua tu.

Petang-petang aku habiskan masa sorang-sorang pergi jogging dan lari ala-ala pecut macam kena kejar anjing. Kadang-kadang kayuh basikal sambil dengar lagu-lagu lama.

Bila lakukan aktiviti yang aku suka buat waktu zaman bercinta, rasa macam ‘perasan baguuuus’…atau ‘syok sendiri’. Iye, aku sangat enjoy dengan penemuan ni. Korang try la.

Kalau rasa sedih dan sepi melayan kerenah orang sekeliling, cuba buat aktiviti yang boleh create semula perasaan yang dah lama tak rasa.

Errr…yang positif-positif saja la. Jangan la cuba buat-buat merajuk tak tentu pasal. Kalau comel mungkin ada harapan orang pujuk, kalau tak berapa comel, sila lupakan niat itu.

Sebagai rumusan, bila kita cakna dengan perasaan sendiri, boleh kawal atau boleh wujudkan kembali perasaan-perasaan tu, kita melihat kenangan cinta pertama sebagai anugerah Allah.

Bukan sebagai gambaran sedih “kenapa aku tak gembira macam dulu???” atau “aku merinduinya” lalu menangis…Bukan. Bukan macam tu. Kita sedih sebab kita tak dapat ulang getaran semua perasaan tu.

Jadi, bila dilanda perasaan negatif, bergaduh dengan orang tersayang misalnya, jangan la cari kekasih lama. Cari penyakit namanya. Tapi carilah perasaan-perasaan positif yang terpendam sekian lama.

Buat lah aktiviti selamat yang boleh buat kita rasa ‘Yes, this is me’. Baru lah kita bahagia. Tukar perspektif untuk ke syurga, InsyaAllah pasti ada jalannya.

– Semalam yang Hilang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *