Assalamualaikum. Aku dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan cantik. Baru setahun usianya. Sejak anak aku lahir kedunia dia banyak ajar aku erti kehidupan. Erti kebergantungan kepada Allah sepenuhnya. Erti kesabaran. Erti ketabahan. Erti kegembiraan. Erti kesedihan. Aku banyak bermain dengan emosi bila melibatkan anak aku. Hati tisu. Sekarang aku lebih tisu berbanding dulu. Dulu aku agak kental jugak. Heh.
Anak aku istimewa. Sempurna fizikal, namun lembut. Means terbaring. Tak bole control pergerakkan badan. Kita kena bantu. Kalau kau biarkan dia terbaring kat situ, means sampai bila bila dia akan stick dekat posisi yang sama sampai lah ada orang ubah.
Sejak lahir dia memang macam tu. Keluar keluar perut terus lembik tidak menangis. Terus doktor proses apa yang patut di NICU. Pantang aku pun kelaut. Dah la oprate. Sampai luka bernanah. Buka jahitan balik. Cuci hidup hidup. Jahit semula. Pantang dalam kereta je banyak. Ulang alik hantar susu. 2 3 hari sekali pergi hantar susu. Begitulah aku dulu.
Aku ulang alik NICU. Aku tak rooming in lagi masa tu. Sebab aku bagi habis pantang dulu, urut urut semua baru aku rooming in. Empat bulan aku rooming in NICU, then baru pindah wad biasa. Umur anak aku empat bulan baru tidur sekali tau. Kekoknya aku waktu itu. Dah la anak sulung. 2 bulan aku stay di wad biasa dengan anak aku. Masa ni pun kami ada pergi stay di Penang. Sebab anak aku memerlukan mesin bantuan pernafasan CPAP. Mohon google. CPAP yang tidak perlu oksigen. Hanya tekanan angin. Sebulan di Penang. Kemudian balik semula hospital asal.
Syurkur juga. Kalau anak aku perlu oksigen lagi rumit procedure dia. Dalam tempoh 6 bulan di hospital. Aku tak kuat sebenarnya. Rasa macam nak cabut cabut jantung ni keluar. Berdetak kuat sangat. Sentiasa berdebar. Berdebar, sebab takut apalah perkhabaran yang akan disampaikan doktor. Procedure apa lagi yang akan dilalui anak aku.
Aku dah tak sanggup nak lalui macam macam dengan anak aku. Mungkin anak aku tak faham lagi sebab masih tak tahu apa apa. Tapi aku tak sanggup tengok. Macam macam diproseskan anak aku. Tapi untuk kebaikkannya jugak.
Sedari bayi macam macam anak aku lalui. Cooling therapy, MRI, ambil darah sentiasa, ambil air kencing, ambil air tulang belakang, on ubat itu ini, cucuk sana sini, pakai mesin itu ini, sampai aku sendiri pandai guna, malah sampai doktor yang cukur rambut anak aku tau. Cuma tak ada pulut kuning ja sebab warded kan.
Kadang kadang aku selalu overthinking. Macam macam kemungkinan dok berlegar legar dalam kepala. Entahlah. Ah, syaitan semua ni.
Anak aku semakin positif dari hari ke hari selepas dia discaj dulu. Pergi terapi. Check up bulanan. Alhamdulillah semakin baik. Banyak bergerak. Ada keluar suara. Cuma still kita kena bantu dia pusing pusing. Kalau tidur kena alih alih kan dia. Kalau tak alihkan dia akan kekal posisi yang sama. Nanti dia lenguh, darah tak jalan. Jadi kena alih alihkan.
Sepanjang ulang alik hospital dengan anak aku, macam macam ragam manusia aku jumpa. Kenalan aku semakin ramai. Semakin ramai orang aku jumpa semakin banyak yang aku tak tahu dalam kehidupan ni. Banyak ilmu yang aku belajar. Pengalaman orang.
Aku rasa ujian aku berat. Ada manusia lagi berat ujian dia. Lagi hebat ujian dia. Aku teringat mak aku penah cakap dulu: ” dah la baru nak jadi ibu..”. Mak aku tak merungut pun. Dia macam kesian dekat aku dengan ujian ni. Lama kemudian mak aku cakap: ” Allah bukan nak uji kau je. Allah nak uji mak ayah sekali sebagai atuk dan opah . Allah nak uji semua orang.”
Bila alu fikir balik ada benarnya. Anak aku. Cucu mak ayah aku. Cucu mak ayah mertua aku. Anak saudara adik beradik aku. Anak saudara adik beradik suami aku. Sepupu anak buah aku dan suami. Jadinya sesiapa berkaitan dengan anak aku turut terkena tempias ujian.
Sehingga hari ini. Aku selalu cakap dalam hati: “bersyukur la korang, ada anak yang tak perlu ulang alik hospital.” Aku juga bersyukur dan redha dikurniakan anak aku ini. Nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Nak anak? Allah dah bagi. Nak anak sihat? Allah dah bagi walaupun dengan mesin CPAP dan fizikal lembut (hypotonia) tapi, sihat. Kadang kadang kena warded juga seminggu dua. Tapi warded pon tidak seteruk awal kelahiran dia dulu. Syukur.
Sampai sekarang bila aku tengok anak orang, aku akan rasa something. Rasa jeles. Rasa sedih. Rasa tak kuat. Aku tak malu dengan anak aku. Cuma aku rasa janggal. Entah tak tahu nak cakap macam mana. Even anak buah aku sendiri pun aku rasa jeles dan janggal ( anak buah yang sebaya anak aku). Tapi tak ada la aku tunjuk. Cuma perasaan aku saja.
Pernah dulu aku menangis bila tahu kakak aku dah bersalin. Aku dengan kakak aku mengandung lebih kurang je masanya, tapi aku beranak dulu. Bila aku tahu kakak aku bersalin, gambar anak kakak aku pun penuh memori whatsapp group, aku jadi jeles. Menangis teruk aku masa tu. Aku menangis sorang sorang sambil tengok anak aku. Allahu. Akal kita kalau tak dikawal memang akan dikuasai syaitan.
Aku sangat sayangkan anak aku. Sayang sangat. Dia anugerah buat kami suami isteri. Dia yang banyak mengajar kami. Kami redha. Namun masih mengharap keajaiban suatu hari nanti dia boleh berjalan, bergaul, bersekolah dan melihat dia ketawa gembira. Insyaallah.
Aku juga ingin punya anak seterusnya. Harapnya anak yang alan datang tak perlu stay di wad lama lama. Cukuplah hari ini bersalin, esok balik rumah. Haha. Teringin nak merasai nikmat menyusu, nikmat dukung anak, nikmat main main dengan anak, dengar gelak ketawa anak bila diagah. Macam korang.. Dapat main main dengan anak. Tengok keletah anak bebas meneroka sana sini. InsyaaAllah Mudah mudahan .. amin.
Terima kasih admin siarkan conffession ini. Sekadar kongsi perasaan.
– Ummi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit