Assalamualaikum, hai admin dan semua pembaca iiumc.Sedikit pengenalan mengenai diri aku.Aku Faz seorang pelajar dan kisah yang ingin aku ceritakan ni mengenai seorang insan yang berperibadi mulia dan merupakan anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada aku.
Beliau yang aku maksudkan adalah seorang lelaki yang sangat aku sanjungi dan aku gelarkan sebagai abang Wan.Aku berkenalan dengan dia semasa konvokesyen (sekarang aku melanjutkan pelajaran diperingkat degree,doakan aku berjaya menghabiskan degree degan jayanya in shaa Allah)sebab dia seorang fotografer.Entah bagaimana dalam ramai-ramai orang Allah gerakkan hati ini untuk melihat ke arah dia.
Dia seorang yang tinggi,berkulit putih dan mempunyai rupa paras yang menarik.Aku ingatkan perasaan suka tu cuma sekadar angin lalu sahaja tapi aku masih teringat-ingat akan dirinya selepas majlis konvokesyen tu.So, dengan gigihnya aku mencari dia di laman sosial.Even aku tak tahu pun apa nama dia tapi disebabkan aku ni stalker berjaya ceh gurau jer,finally aku jumpa jugak Facebook dia.Memang excited lah kan.So, apa lagi aku pun add lah dia and stalk Facebook dia.Hasil daripada penyilidikan aku,aku dapat concludekan dia seorang lelaki yang baik,positive dan optimist.Jika sebelum ni aku suka dia kerana rupa dia,now aku semakin sukakan dia kerana peribadi dia dan cara dia berfikir.
Actually aku buat solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah mengenai diri dia dan aku juga buat solat hajat berdoa agar aku dapat bersama dengan dia sebab time tu aku memang berharap tahap langit ke7 nak kan dia sungguh-sungguh huhu.Lagipun time tu aku tengah down sebab ada masalah kewangan and terfikir untuk berhenti belajar.Plus,aku pun ada stress yang sangat teruk sampai menjejaskan kesihatan aku.Alhamdulillah Allah hantar dia kepada aku pada waktu yang tepat untuk menjadi sumber inspirasi dan kekuatan semangat untuk aku terus berjuang mengharungi kehidupan.
Aku perasan setiap kali solat istikharah aku akan terjaga dimalam hari untuk buay solat sunat tahajjud sebab doa pada waktu itu ibarat anak panah yang tepat menuju sasarannya.Masa awal perkenalan dengan dia, aku memang bersungguh Google doalah,buat solat istikharah,solat hajat berdoa memang sungguh-sungguh nak kan dia sampai suatu saat terdetik dihati aku ” engkau hamba bukan Tuhan” sebab aku seperti memaksa Allah mengabulkan doa aku untuk bersama dengan dia.Allahuakbar aku tahu aku salah kerana meletakkan harapan pada manusia bukan kepada Allah.
Mungkin Allah menghantar Abang Wan kepada aku sebagai asbab untuk aku kembali semula kepada Dia kerana aku telah berputus asa dengan rahmat Allah.Alhamdulillah berkat kejadian ini aku mula mengamalkan solat sunat istikharah bukan hanya minta petunjuk mengenai jodoh tetapi minta petunjuk kepada Allah mengenai kehidupan seharian kita,aku mula solat sunat tahajjud kerana aku dapati ada ketenangan disitu,aku mula berfikiran positive dan tahap kesihatan aku semakin baik.(doakan aku terus istiqamah beribadah kepada Allah dan kerana Allah)
Mengenai hubungan aku dengan Abang Wan, Alhamdulillah aku berkawan baik dengan dia dan kadangkala aku bercerita mengenai masalah aku untk minta pendapat dia dan bertanya pendapat dia mengenai kehidupan.Dia bukan seorang yang judgmental dan dia sering melihat sesuatu perkara daripada sudut positive.Nasihat yang dia berikan sangat sempoi tapi terkesan dihati.
Aku sangat bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan insan mulia seperti dia.Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan abang Wan sekeluarga dan murahkan rezeki dia (hasil skodeng aku mendapati dia owner rupanya untuk studio fotografer tu) tapi dia tak pernah nak menunjuk kekayaan dia dan seorang yang sangat humble.
Jika sebelum ni aku berharap aku dapat bersama dengan dia sekarang aku berdoa semoga aku dan dia sama-sama dipertemukan jodoh yang baik dan beroleh kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.Aku tahu mencintai tak semestinya memiliki dan melihat orang yang kita cintai gembira juga kebahagiaan buat diri.
Teringat lagi pesanan dia semasa awal perkenalan kami, dia kata belajar rajin-rajin jauh lagi perjalanan tu, jangan nak bercinta pulak haha.Ya,tahu tapi maafkan diri ini kerana jatuh cinta kepadamu.Jika cinta ini datang daripada Allah biarlah ia mengalir mengikut aliranNya.Aku hanya mengharapkan yang terbaik buat pengakhiran hubungan kami berdua.
Aku tulis confession ni sebab aku baru je menangis baca status Facebook dia.Dia tulis mengenai ujian dan erti syukur kepada Allah.Semoga Allah meredhai kehidupan dia.
Akhir kata,terima kasih kepada semua yang sudi baca.Minta maaf andai ada salah dan silap.Semoga Allah merahmati kita semua.inshaa Allah.
– Faz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit