Anugerah Yang Terindah

Saya orang biasa, umur penghujung 40-an, kerja buat kuih bermula tahun 2018.

Sebelum2 ini ada kedai runcit, terlibat dengan tender kantin sekolah dan detik berada di titik paling bawah bila terlibat dalam perniagaan kedai kasut.

2016 kedai terpaksa di tutup dengan bebanan hutang yang agak besar.

2016 dan tahun2 selepas itu sangat memeritkan. Semua barang kemas sudah tiada di badan. Bekerja hanya untuk selesaikan hutang TEKUN dan beberapa barangan kemas yang dipinjam dari adik, kakak, ibu.

Suami? Dia sudah banyak berkorban untuk saya, pernah bagi 10 k untuk saya selesaikan satu hutang dan saya sangat berazam untuk tidak lagi menyusahkan beliau.

Ujian yang saya hadapi bagi saya asbab degil, tidak mahu mendengar pendapat suami dalam berbisnes.

2018 Allah lorongkan saya untuk belajar kuih tradisional. Buat pertama kali saya minta izin suami.

Awalnya beliau membantah dengan alasan banyak bisnes yang saya buat setengah jalan dan pada waktu itu saya ada bisnes kantin.

Melihat kesungguhan saya, akhirnya beliau izin dan turut menemani saya.

Bermula 2018 Allah aturkan hidup saya dengan tersusun. Satu2 hutang saya selesaikan. Dalam tempoh ujian saya banyak mencari diri.

Haji bagaimana saya dipanggil.

Penghujung 2022 setelah hutang utama berjaya diselesaikan saya berimpian untuk menunaikan umrah pada nov 2023. Jadi seawal January saya mula menyimpan 600/bulan.

Pernah seorang ahli jemaah wanita, waktu tu dalam masjid, beliau sound direct kepada saya.

Katanya kerja kuat2 simpanlah duit tu, pergilah umrah. Saya sengih je.. dia tak tahu kita setengah mati kerja untuk bayar hutang!

Dec 2022 suami saya mendapat tawaran untuk hadir kursus haji 1444.

Beliau mendaftar TH 2008 (arwah mak mertua bagi 13k khas untuk tunai haji). Saya tak terlibat sebab tak sempat ada duit dalam acc walau RM1300.

Beliau hadir kursus seorang, perjanjian kami jika beliau dapat tawaran haji saya akan tunaikan umrah pada bulan Nov 2023.

Awal march 2023 TH umumkan senarai jemaah yang terpilih. Oleh kerana “nama suami” tidak dapat di kesan melalui semakan online maka saya ke pejabat TH terdekat.

Alhamdulillah setelah di semak, maka sahlah suami akan menjadi tetamuNya untuk tahun 1444/2023.

Kemudian… staf TH tanya saya “puan tak nak pergi haji ke”.

Saya jawab, bulan 11 saya nak tunaikan umrah.

Staff tersebut kata lagi, bila buat haji auto kita buat umrah.

Saya kata, saya nak pergi macam mana, daftar haji pun tidak, duit simpanan pun tiada. Tapi boleh ke saya pergi haji.. Memang suspen!

Staf tersebut kata, insyaAllah boleh, beliau arahkan saya daftar haji dengan segera,

Beliau tolong buat rayuan (ikut suami) tugas saya sediakan maklumat sahaja. Memang masa tu auto keluar air mata…

Seminggu sebelum syawal pihak TH hubungi saya, rayuan saya diluluskan dan saya wajib cukupkan duit dalam account sekitar 12k. B40.

Setelah dihitung, di kumpul duit bisnes, maka saya gadai seurat gelang sebanyak 5k untuk cukupkan 12k.

Maka 29.5.2023 berangkat lah kami untuk menjadi tetamuNya…

Rezeki menyusul kerinduan pada bumi suci maka saya berangkat menunaikan umrah secara DIY dengan seorang kawan selama 36 hari iaitu 24.12.23 sehingga 30.1.24.

InsyaAllah kami merancang untuk umrah lagi tahun 2025.

Kali ini besar harapan agar saya dapat sponser suami. Saya nak balas segala budi dan kepercayaan dan sabarnya beliau berhadapan dengan isteri yang keras kepala. Doakan saya ya..

Begitulah kisah akak kuih.. dari hambaNya yang tidak pernah bermimpi untuk tunaikan rukun islam ke 5 kemudian menjadi nyata.

Untuk semua sahabat, jangan pernah pesimis, jangan pernah ragu akan keagunganNya. Dia Maha melapangkan dan menyempitkan setiap rezeki hambaNya.

Dan berusahalah menjadi hambaNya yang sentiasa memperbaiki diri. Solat, sedeqah, quraan, dan amalan sunnah yang lain kita cuba buat dan biasakan.

InsyaAllah Allah suka hambaNya yang berusaha memperbaiki diri dan segalanya tidak akan di sia-siakan.

– Akak kuih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *