Anxiety: Bagaimana Aku Disahkan Sebagai Seorang Penghidap Anxiety

Hai. Nama aku Si Seri , berusia 30 an, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Tujuan aku berkongsi penulisan di IIUMC adalah sebagai pendedahan kepada penyakit anxiety.

Perlu diketahui bahawa setiap penghidap anxiety mempunyai ciri ciri yang agak unik sesuai dengan latarbelakang sejarah yang menjadi penyebab kepada masalah emosi dan jiwa ini.

Jadi apa yang aku bakal ceritakan mungkin berbeza dengan pengalaman penghidap anxiety yang lain. Memadailah aku mendedahkan anxiety version aku, Si Seri..

Aku disahkan menghidap anxiety ketika awal trimester kehamilan ku, Kehamilan kali ini amat memberi tekanan padaku, dengan kerjaya dan anak kecik yang baru berusia 1tahun 7 bulan pada waktu itu,

Ringkasnya aku masih tidak bersedia untuk menimang cahaya mata yang baru, memandangkan aku adalah seorang caesarian mom, seharusnya aku menunggu sehingga 2-3 tahun untuk mengandung lagi.

Aku juga adalah seorang EP (exclusive pumping) mum, aku hanya berjaya memberi susu badan (dengan cara pumping) sepenuhnya sehingga anakku berumur 6 bulan sahaja. Itu pun dengan ilmu EP yang penuh kelompongan di dada.

Keadaan ini amat memberi kesan kepadaku, aku merasakan aku adalah seorang ibu yang agak gagal dalam memberikan yang terbaik untuk anakku.

Aku juga mungkin trauma dengan kelahiran anak pertama, sehingga setiap kali aku mengingatkan momen melahirkan, aku akan berasa kesedihan. Mungkin juga aku mengalami simptom pospartum depression kesan dari trauma melahirkan untuk kali pertama.

Kerana naluri aku yang masih tidak bersedia menerima kehamilan kedua pada waktu itu, aku menangguhkan pendaftaran kehamilan aku sehinggalah kehamilan berusia 12 minggu.

Sebulan pertama di awal kehamilan aku hanya banyak berbaring (kerana terlalu mabuk) namun tidak dapat tidur dan hanya dapat melelapkan mata untuk jangkamasa lebih kurang 2 jam setiap hari.

Mabuk hamil ketika itu sangat teruk dan aku sentiasa mengambil MC sehingga berminggu minggu. Sungguh aku ingatkan ini hanyalah kesan akibat mabuk hamil.

Sehingga hari ini aku masih rasa bersalah kepada rakan sekerja yang terpaksa mengambil alih kerjaku selama lebih kurang sebulan aku MC.

Ketika mendaftarkan kehamilan, aku memberitahu keadaan mabuk yang aku lalui kepada doktor, terus aku diberikan borang DASS (Depression, Anxiety & Stress Screenig), dan diarahkan untuk mengisi borang tersebut sebelum kembali dipanggil ke bilik doktor.

Ketika meneliti borang DASS, doktor juga melakukan pemeriksaan fizikal kepadaku dengan memerhatikan kelajuan detak jantung, meneliti reaksi badan, kerana aku mengalami trembling (menggeletar).

Keputusan DASS aku agak teruk,dengan kelajuan jantung yang tidak normal serta trembling yang boleh diperhatikan dengan mata kasar, doktor merujuk aku kepada jabatan psikiatri untuk pemeriksaan lanjutan.

Dari situ aku diarahkan untuk melakukan ECG untuk mengenalpasti punca jantung ku berdetak laju. Keputusan ECG adalah normal, maka doktor mendianogsis aku sebagai penghidap anxiety disorder.

Maka bermulalah kehidupan aku sebagai penghidap anxiety secara formal, kenapa aku katakan begitu.

Kerana aku telah lama mengalami simptom anxiety, boleh dikatakan dari alam sekolah tetapi sepanjang masa aku merasakan ia adalah gangguan dari makhluk halus, khasnya ketika aku mengalami palpitation (berdebar debar tanpa henti), dan juga ketika panic attack.

Memang kelakar wahai Seri. Mental punya sakit, jin yang dipersalahakan.

Tapi kau tahu..

Stigma ini bukan terjadi kepadaku si Seri sahaja, ia berada di dalam fikiran majoriti masyarakat melayu, jika kau mempunyai simptom depression atau anxiety khususnya, kau akan dikatakan mengalami gangguan makhluk halus.

Sebenarnya sebelum aku mendaftarkan kehamilan,seperti yang aku ceritakan, aku selalu dapatkan MC dari doktor, aku telah mengadukan masalah kesukaran tidurku kepada doktor yang memeriksa keadaanku, namun apa respon beliau kepada seorang si Seri.

“Kalau mabuk hamil, tiada simptom kesukaran tidur dan berdebar debar begini, jumpalah ustaz untuk minta air penawar dari gangguan”

Kalau beliau lebih peka kepada masalah yang aku utarakan, pasti beliau telah memberikan borang DASS untuk meneliti kesihatan mental seorang si Seri.

Namun aku tahu, doktor juga manusia tidak terlepas dari stigma biasa.. Maka pesanan aku, percayalah kepada kata hatimu sendiri.

Walau doktor mengatakan bahawa, ini adalah ganguan kerana aku lemah dek mabuk di awal trimester, hati aku kuat mengatakan tidak, aku tidak terkena gangguan. Ini bukan gangguan.

Sejak aku disahkan menghidap anxiety disorder, seorang Si Seri harus berjumpa doktor psikiatiri setiap 2 minggu.

Dari awal aku libatkan suami dengan psikiatri, kerana aku mahu beliau faham keadaan seorang si Seri, walau pun pada mulanya suamiku hanya follow sahaja tanpa percaya mungkin isterinya menghadapi isu dengan kesihatan mental.

Namun selalunya aku hanya berjumpa doktor seorang diri menaiki pengangkutan awam kerana tempat kerja ku yang lebih dekat dengan hospital. Aku memberikan suami ku ruang dan tidak lah memaksa beliau mengikut seorang si Seri setiap kali temujanji.

Di awal temujanji, ku ceritakan kepada doktor bahawa aku tidak ingin mengambil ubat penenang atau apa sahaja peskripsi, kerana aku ingin mencuba dahulu cara lain untuk mengawal anxiety,

Doktor psikiatri merujuk aku kepada bahagian pemulihan cara kerja untuk berjumpa kaunselor dan belajar cara breathing technique untuk mengawal diri setiap kali panic attack menyerang.

Doktor memberitahuku, andai tahap anxiety ku masih tidak berubah, maka aku harus mengambil ubatan memandangkan aku hamil,

Risiko untuk mendapat pospartum depression/ meroyan adalah tinggi selepas melahirkan anak walaupun tahap anxiety aku telah kembali normal ketika masih mengandung. Itulah kegusaran yang doktor suarakan kepadaku.

Boleh kah seorang si Seri survive tanpa ubatan?? Akan ku ceritakan di lain episod. Andai penulisanku diterima untuk disiarkan di IIUM Confession..

Motivasi Si Seri :

1. Jika kau merasakan isu dengan kesihatan mentalmu, usah diagnos dirimu sendiri, buat ujiian DASS dan berjumpa doktor di klinik kesihatan kerajaan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

2. Stigma masyarakat tidak dapat dielakkan, percaya pada kata hati dan dirimu sendiri. Stigma masyarakat hanya dapat ditukar dengan cara pendedahan seperti ini.

3. Sakit mental bukan gila, bukan juga kegagalan hidup, sakit mental adalah sakit rohani yang perlu ubatnya.

4. Kita tak pernah kalah dengan diri sendiri, kita hanya masih tidak kenal diri kita sendiri.

5. Untuk first time mother to be, penuhkanlah diri dengan ilmu kehamilan dan penyusuan sebagai persiapan untuk menyambut anak pertama.

Sertai kelas antenatal, samada yang berbayar atau dianjurkan oleh Klinik kesihatan, banyakkan membaca dan sertai komuniti ibu hamil, ibu menyusu, di group2 FB dan sebagainya.

Salam Sayang,

– Si Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *