Hi semua peminat IIUM Confession.
Aku Seri…
Tujuan utama Seri menulis adalah untuk memberi pendedahan kepada penyakit anxiety, Seri mensasarkan penghidap anxiety khususnya, untuk terus memberi kekuatan kepada mereka menjalani hidup bersama anxiety.
Perlu di ingatkan ini adalah catatan hidup dan cara menangani anxiety versi seorang Seri.
Maaf lama Seri diam walaupun di akhir confession yang lalu, Seri berjanji untuk kongsikan tips untuk hidup bersama anxiety.
Boleh baca confession yang lepas di sini, (https://iiumc.com/terapi-anxiety-al-mathurat/).
Seri, adalah seorang overthinker- ciri biasa seorang penghidap anxiety, banyak memikirkan perkara secara detailed, kebiasaan Seri, akan tenggelam dalam fikiran sendiri dan tidak pandai meluahkan (brain fogging), akhirnya apa yang difikir dipendam begitu sahaja.
Terima kasih Seri ucapkan kepada komen komen komen membina dan yang berterima kasih dengan tips yang Seri amalkan sebelum ini iaitu Terapi anxiety seorang Seri menggunakan Al-Ma’thurat. Namun Seri masih teringat ingat 1 komen sehingga ke hari ini…
“Dia ingat senang…..”
Sebenarnya tak mudah awak, sebelum didiagnos secara klinikal, Seri bergelut dengan masalah ini sudah lama, yang pasti sudah lebih dari sepuluh tahun Seri hidup dengan anxiety, Cuma setelah diadiagnos Seri lebih kenal diri sendiri.
Cukuplah Seri beritahu Seri pernah berada di lohong hitam hidup Seri, menjadi mangsa se**al harassment ahli keluarga, depress kerana keluarga tidak percaya aduan Seri mengenai harassment tersebut (Trauma bepanjangan)
Malah mengaitkan dengan gangguan Jin, harm dan sabotaj diri sendiri kerana rasa diri tak pernah dihargai/ tak berguna/ tidak berharga di mata keluarga, akhirnya depress & Seri mengalami halusinasi bunyi, gangguan dan sebagainya.
Alhamdulillah kini Seri sudah bebas dari kebanyakan masalah ini kecuali anxiety & panic disorder.
Sehingga kini Seri bergelut untuk merasakan diri ini layak untuk dihargai.. Tapi Seri tak nak fokus kepada apa yang Seri hadapi kerana bukan itu tujuan confession Seri di sini.
Seri di sini untuk berikan moral support dan tips menghadapi anxiety berdasarkan pengalaman seorang Seri.
Sehingga ketika Seri menaip ini pun, Seri masih hidup dengan insomnia setiap hari (malam tadi Seri hanya tidur 1-2 jam sahaja) dan melalui beberapa serangan panic attack.
Panic attack berlangsung dalam 5 minit untuk setiap serangan namun menjadi ringan kerana Seri tahu itu adalah panic attack (bukan kena sampuk atau gangguan dsbg), apakah pencetus dan cara menghadapi nya.
Mengenali diri sendiri juga bukan semudah itu, untuk mengenal diri, awak harus menerima diri awak dahulu. Jika awak masih membenci anxiety atau panic attack yang sentiasa datang, itu bermaksud awak masih tidak dapat menerima diri awak sendiri.
Anxiety & panic attack adalah cara badan awak memberi amaran bahawa awak tidak lagi dapat menerima tekanan dan kekalutan fikiran yang disembunyi kan selama ini .
Stress & Kerisauan berpanjangan akan menyebabkan badan awak mengeluarkan asid berlebihan (gastrik) dan menyebabkan dada berdebar (palpitation),
Yang jika berterusan mengakibatkan panic attack yang juga jika berterusan akan menjadikan awak seorang penghidap panic disorder- Panic awak datang tanpa diundang tak kira masa.
Untuk mengurangkan anxiety, kita sangat disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berkebun, berbasikal, apa sahaja pekerjaan fizikal yang mengeluarkan peluh.
Dengan mengeluarkan peluh badan awak akan mengeluarkan 4 hormones (endorphin, phenylethamine, serotonin & ghrelin) yang dapat membuatkan kita lebih gembira dan dapat menurunkan hormone stress serta kerisauan melampau.
Jika awak tak gemar aktiviti berpeluh, Cari hobi dan jadikan ia rutin setiap hari, seperti mewarna, berniaga online, memasak, etc. Obses lah dengan rutin awak.
Pastikan awak beri 200% focus kepada hobi awak kerana ia dapat mengalih perhatian kita daripada kerisauan melampau.
Setelah awak memberikan fokus yang tinggi, jangan lupa untuk rehat dan berikan diri awak reward atas kejayaan awak mengalihkan pemikiran awak dari kerisauan yang berpanjangan.
Penghidap anxiety juga disarankan untuk mempunyai jurnal – catatan setiap hari untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Segala kegelisahan, kerisauan, dan semua perasaan, hamburkan di dalam jurnal @ diari emosi awak.
Penuhkan semua fikiran negative awak di dalam jurnal tersebut. Supaya hati dan fikiran awak akan terasa lapang dan mempunyai ruang kosong untuk diisikan dengan hobi dan kegembiraan.
Hidup kita di dunia ini singkat sahaja, jangan jadikan anxiety sebagai penghalang untuk awak Bahagia.
Belajar untuk menghargai dan sayang kan diri awak sendiri walau awak tahu awak mempunyai keluarga yang tidak supportive, kawan kawan awak toksik, awak nampak tak bernilai di mata mereka. Tiada siapa faham apa yang awak hadap setiap hari.
Awak… awak… awak…
Seri tahu jiwa awak sakit, awak sedih,awak penat,perasaan awak dah kaku, awak rasa sangat terhina.. dengan layanan manusia lain terhadap awak. Tapi awak pun tahukan, manusia takkan dapat berikan kita kebahagiaan.
Allah je yang layak untuk awak harapkan. Dia tak pernah jemu tunggu kita menadah tangan meminta pertolongan dari Nya. Dia tunggu kita bangun di tengah malam, ambil wudhu dan sujud mencurahkan dan mengadu segala perihal di hati kepadaNya.
Sebab tu Allah berikan kita insomnia, tak dapat tidur malam. Sebab Allah tahu, kalau awak dapat lena, mesti awak akan lupa pada Dia.
Kadang, Bahagia itu ada di dalam derita.
Salam Sayang,
Hidup bersama anxiety,
– Si Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit