Anxiety dan Ex Girlfriend

Aku Rina. Aku banyak kali fikir nak submit confession ni ke tak kat sini sebab aku takut orang boleh detect aku yang hantar confession ni. Tapi dada aku dah sesak sangat dan aku kena hilangkan rasa sesak ni. Macam aku cakap tadi, aku Rina. Umur aku 23. Aku tengah buat degree, final year kat universiti awam utara tanah air.

Aku di diagnos dengan pakar psikiatri yang aku memang ada anxiety. First anxiety attack aku masa aku nampak kucing mati kena gilis dengan motor depan mata aku. Masa tu aku keluar rumah tengah sidai baju. Aku keluar kejap dari pagar nak tengok ada surat ke tak dalam tempat surat tu. Tiba tiba nak jadi cerita kucing yang tengah main dekat jalan depan rumah aku tu kena langgar dengan motor budak sorang ni aku tak kenal. Dia tinggal kucing tu mati depan tu je. Mata terkeluar, perut terburai, otak bersepai.

Aku nangis tersedu sedu, tak boleh bernafas, nafas aku pendek pendek, cepat dan kerap. Aku bernafas tapi oksigen tak masuk, so end up pitam. Jiran sebelah nampak, menjerit panggil mak aku. Mak aku papah masuk dalam. Bangun bangun je baju aku basah dengan peluh tapi aku menggigil sebab sejuk. Belakang kepala aku sakit. Rahang aku kiri kanan sakit. Mak aku pelik kenapa aku pitam. Lepas tu ada la lagi beberapa events yang buat aku kena anxiety attack. Aku takut tinggi. Aku tak boleh pergi tempat orang ramai. Aku tak boleh fikir banyak benda dalam satu masa sebab nanti otak aku akan automatically magnify and buat semua benda yang aku fikir 10 times worse.

Nak jadi cerita, baru baru ni aku pergi dating dengan boyfriend aku. Dia masa tu tengah solat kat masjid. Aku tunggu dalam kereta. Aku jumpa dia masa umur 20. Dia universiti lain, kitaorang sebaya. Jumpa masa debate competition. Dia tinggal phone dia dalam kereta so aku pun main main la. Lepas tu aku nampak ada SD card dalam tempat duit syiling tu. Aku pun curious la. So aku cucuk SD card tu kat dalam phone dia and belek belek. Sumpah aku cakap demi Allah aku buat bukan sebab curiga. Dia macam an unplanned series of actions. Aku buat dalam keadaan, oh buat je la tak fikir apa apa.

Masa cucuk tu aku pun buka la content SD card tu. Nak tengok la ada lagu apa, kalau best aku nak Bluetooth ke phone aku. Buka je, ada 300 gambar dari ex dia. Tarikh gambar gambar tu dihantar di antara 2014 sampai January last year. Aku dengan boyfriend aku pernah putus kejap sebab masalah keluarga. Lepas tu kitaorang okay balik hujung tahun 2014. Gambar gambar yang ex dia hantar tu ada macam macam. Ada selfie pakai tudung, ada selfie tak pakai tudung, ada selfie tunjuk buah dada, ada nudes. Masa tu aku dah start berdebar debar. Aku kira kira balik, kiranya masa aku dah okay dengan boyfriend aku lepas kitaorang putus tu, dia tengah nak try boyfriend aku balik dengan hantar gambar gambar tu.

Masa boyfriend aku masuk kereta tu, aku tanya la kat dia elok elok dia ada benda ke nak cerita kat aku. Dia tanya kenapa? So aku pun tunjuk la kat dia folder tu. Dia kata dia lupa langsung kewujudan gambar gambar tu. Tapi SD card tu dalam kereta dia. Entah lah aku pun tak faham. Dia pun cerita la semua benda. Dia cerita yang masa kitaorg putus tu, ex dia cari dia balik dan dia layan sebab dia sunyi. Lepas tu masa January last year tu dorang ada jumpa. Dan dorang ada la foreplay sikit sikit dalam kereta. Perempuan tu ajak dia check in. Dan they had sex.

Dia cakap masa tu dia tak boleh fikir panjang sebab dia kata dia masih marah dengan aku. Kitaorang gaduh teruk masa January tu sebab apa entah. Lepas dia cerita tu, dia tengok aku dan dia tanya aku rasa macam mana. Masa tu aku pun tak tau aku rasa macam mana. Aku tak de rasa marah ke kecewa ke. Aku rasa biasa je. Dia takut sebab dia expect aku untuk menjerit, marah marah dia ke apa. So lepas tu dia hantar aku balik and kitaorang sembang macam biasa.

3 hari lepas tu, nak jadi cerita pagi tu aku terlambat bangun. And aku ada test, 25% dari whole grade. Dan masa aku dalam bas tu, test tu dah start 15 minit. Aku ada dalam sejam 15 minit je nak sampai ke tempat test tu dan jawap test aku. Tuhan memang nak uji aku la kot masa tu. Bas padat sangat sangat macam tin sardin. Lepas tu tiba tiba bas tu stop lama sangat sangat sebab tak boleh jalan. Ada satu jalan ni banjir sebab malam tu hujan lebat dan air tu tak surut lagi. Dan masa tu lah otak aku teringat balik pasal apa yang boyfriend aku dengan ex dia buat, dengan risau pasal test aku, dengan risau aku fail dapat B nanti pointer effect, dengan risau takut soalan exam susah. Dan akhirnya, anxiety attack.

Aku tak boleh bernafas langsung masa tu. Aku nangis depan orang dalam bas. Lepas tu, aku tolak semua orang ketepi, aku minta dorang bagi laluan sebab aku kena turun dari bas tu. Pakcik bas tu pun cuak tengok aku. Turun tu aku terus lari pergi kelas yang tempat jawab test tu. Sikit lagi nak pitam sebab aku memang tak boleh bernafas langsung.

Sampai dekat kelas tu, alhamdulillah lecturer tu nampak aku. Aku explain kat dia dalam keadaan tercungap cungap tak boleh bernafas and aku minta maaf. Aku cakap kat dia memang salah aku sebab aku terbangun lambat apa semua. Lepas tu aku cakap kat dia aku nak duduk kejap sebab aku tengah mid anxiety attack. Dia cakap kalau tak boleh jawab harini tak apa. Aku boleh re-sit hari lain.

Aku confess ni bukan sebab aku nak minta nasihat atau nak sebarkan aib orang. Tapi aku nak pesan kat semua orang kat luar sana:

1. Tak payah la berbaik dengan ex pasangan kau. Ada reason kenapa dia ex. Aku baik gila dengan ex partner aku ni. Siap boleh tolong hantarkan balik, dengar masalah, ajak makan lepak semua. Tapi last last dia pijak aku macam tu je. Siap cuba nak sailang boyfriend aku dengan gambar gambar tu lagi.

2. Penting ada good strong support system bagi orang yang ada mental illnesses. Kawan, siblings etc. Cari. Jangan duduk diam diam.

3. Seek help. Kalau kau ada symptoms, pergi get clinically diagnosed.

Aku sekarang dalam proses nak lupakan semua yang dorang buat kat aku. Aku tau aku deserve better tapi aku tau aku ni pun tak ada perfect mana. Beza aku dengan dorang, tuhan jaga aib aku. Aku kat sini cuma nak luahkan apa yang terbuku. Aku tak boleh cerita kat orang sebab ni aib partner aku. Bukan hak aku nak disclose benda ni kat orang. Dan aku juga berharap ex dia baca confession ni.

Kepada ex partner aku, aku harap tuhan tak bagi kau rasa apa yang kau buat kat aku. Dan aku harap hidup kau diselubungi rasa bersalah sampai mati sebagai peringatan untuk kau tak ambil kesempatan dekat orang yang baik dengan kau tanpa niat tersembunyi. Aku dah nampak semuanya. Aku dah baca semuanya. Kau pun dah dua kali nak try putuskan aku dengan dia kan? Padahal masa tu kau dah nak bertunang dah pun.

Okay geng doakan aku berjaya dunia akhirat. Doakan aku diberi kesabaran. Doakan tuhan bagi aku kekuatan. Doakan aku dapat pointer yang elok elok. Cita cita aku nak sambung phd dekat US. Moga Allah makbulkan impian aku. Thank you geng.

– Rina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *