Anxiety dan Sensitivity

Assalamualaikum semua. Aku berumur 22 tahun, merupakan anak tunggal dan tinggal di apartment medium cost di KL bersama mak ayah aku.

Seperti tajuk yang aku letak dekat atas tu. Aku memang ada anxiety dan sensitivity. Setiap kali buat ujian DASS aku akan dapat keputusan iaitu anxiety sangat teruk, stress teruk dan d3pr3ssion sederhana.

Aku dah boleh agak yang aku ni bermasalah dan ‘berpenyakit’ sejak kecil lagi walaupun masa tu aku tak pernah lagi ambil test tu dan mak ayah aku tak pernah percaya dan tak pernah kisah dari dulu sampai sekarang.

Keadaan sekeliling yang selalu menyebabkan makin hari anxiety, sensitivity dan stress aku bertambah. Semua benda ni membuatkan aku jadi pening kepala, rimas dan suka marah2.

Aku akan mulakan cerita aku dengan sensitivity dulu. Aku ni ada ‘misophonia’ iaitu sensitivity terhadap sesuatu bunyi yang terjadi secara berterusan yang bagi orang lain tu tak ada apa tapi bagi aku sangat rimas.

Aku juga ada ‘phonophobia’ iaitu takut terhadap sesuatu bunyi yang kuat seperti bunyi anjing, bunyi orang ketuk pintu kuat2, bunyi mercun lagi2 nak masuk musim perayaan kan dan bunyi guruh.

Sejak akhir2 ni asyik guruh je. Tak tenang aku sebab aku tak boleh dengar bunyi tu. Aku akan jadi terkejut2 dan bergetar2.

Last sensitivity yang aku ada ialah ‘auditory hypersensitivity’ iaitu sensitif yang melampau2 terhadap bunyi.

Buat masa ni bunyi yang aku tak tahan ialah bunyi orang renovate rumah sebelah rumah aku. Kuat betul bunyinya sampai terkejut2 aku. Aku tak sepatutnya penakut macam tu sekali sedangkan aku ni student civil engineering.

Tu satu, lagi satu aku tak tahan dengan bunyi bising yang dikeluarkan oleh anak jiran atas rumah aku ni. Boleh aku katakan yang bunyi dia sama bising macam bunyi jin. Aku gunakan bunyi jin tu sebab dulu aku ada terbaca confession yang bunyi macam anak jin tu kan?

Ya kalau korang ingat confession tu korang boleh kaitkan dengan confession aku ni sebab aku mengalami benda yang sama. Memang atas rumah aku ni berpenghuni.

Jiran aku ada 3 orang anak. 2 orang anak lelaki yang umur bawah dari 10 tahun dan seorang anak perempuan dalam umur 3 tahun. Aku memang tak tahan, aku dah rimas, menyampah sampai geram aku dibuatnya.

Hari2 dia buat bunyi tak kira masa dari pukul 7 pagi sampai paling lewat pukul 3 pagi. Aku tak boleh nak agak pukul berapa yang dorang selalu buat bunyi sebab kadang2 tu dari pukul 10 pagi tak henti2 sampai pukul 12 malam.

Kadang2 tu pukul 7 pagi dah buat bunyi. Kadang2 tu tak ada bunyi langsung tiba2 pukul 4 petang terus buat bunyi sampai pukul 12 malam. Kadang2 tu buat bunyi sampai pukul 2 atau 3 pagi.

Aku tak tipu atau nak mengada2 ke apa sebab memang anak dia yang buat bunyi. Hari2 anak dia jalan hentak2 kaki, berlari2, melompat2, berguling2, tarik sorong perabot, campak2 barang sambil bergelak ketawa tapi ada masa tu dorang senyap je tapi masih buat bunyi tu.

Aku tahu typical melayu mesti kata tu bunyi jin kan? Bukan ya tuan2 dan puan2 memang bunyi anak dia. Ada masa2 bila mak ayah bawa anak2 keluar berjalan2 atau balik kampung baru sunyi rumah aku. Barulah aku rasa tenang dan aman.

Tapi elok je dorang sampai rumah, benda pertama yang dorang buat ialah berlari2. Macam tak penat langsung. Aku yang penat mental mendengarnya.

Kalau nak kata kenapa tak tegur? Ada je mak ayah aku bertegur sapa dengan jiran atas aku ni. Baik je orangnya tapi tulah anak dia tu. Tak tahulah kenapa.

Mak aku pernah juga tegur pasal lari2 ni tapi yang aku geramnya ialah mak aku bukan tegur dan nasihat suruh diam tapi mak aku ‘tegur berlapik’.

Biasalah melayu kan ada adab. Mak aku tegur macam ni ya dgn jiran aku tu “kenapa anak suka berlari2 ya? Baik2 jgn lari nanti jatuh”. Itu je yang dia kisahkan. Nak kias2 bagai kenapa? Aku juga yang merananya.

Habis part aku cerita pasal sensitivity aku tu, barulah aku masuk ke part anxiety aku ni. Korang tahu kan maksud anxiety ni apa? Kerisauan dan kerimasan yang melampau.

Bila kau risau kau akan banyak fikir, bila dah banyak fikir autom4tik kau akan rasa rimas, seterusnya membawa kepada rasa nak marah dan pening kepala.

Aku hari2 ada insomnia tau. Hari2 tak boleh nak tidur dan selalu tidur lambat sampai kadang2 tu pukul 4 pagi baru boleh tidur. Aku ni macam2 anxiety aku ada antaranya social anxiety, physiological anxiety dan generalised anxiety.

Semua anxiety yang aku ada ni terutama generalised anxiety amat berkait rapat dengan sensitivity bunyi tadi. Dua2 nya amat tak baik terhadap kesihatan aku.

Anxiety dan sensitivity yang aku alami ni mengganggu hidup aku, membuatkan aku stress dan menjadikan aku seorang yang pemarah.

Sehingga kadang2 tu rasa macam nak pergi je sakitkan atau bvnvh orang yang mengganggu aku tu ataupun orang yang punca mengeluarkan bunyi tu.

Aku tahu yang manusia lagi2 orang melayu ni memandang rendah terhadap kesihatan mental ni. Aku tahu aku tak gila cuma aku ada kekurangan je malangnya kekurangan aku ni bertambah teruk oleh kerana faktor sekeliling yang dihasilkan oleh orang lain.

Aku tahu bila aku tulis panjang2 ni mesti ada yang kata aku mengada2 sebab aku tak boleh nak halang bunyi tu dan aku juga tak boleh nak halang orang yang buat bunyi tu.

Kenapa setiap kali ada orang yang mengalami kesakitan dari segi psikologi ni, kami pula yang dipersalahkan?

Aku tak minta lahir macam ni tapi orang sekeliling boleh cuba jadi seorang yang bertimbang rasa sikit kan?

Aku tahu mesti akan ada orang yang baca dan tegur kata macam lah aku tak buat bunyu langsung?

Aku boleh bangga mengaku yang memang aku tak buat dan mengeluarkan bunyi langsung. Contohnya telefon aku, aku slowkan volume. Aku di zaman aku belajar, akulah paling senyap dalam kelas. Aku kalau buka dan tutup pintu pun perlahan2 sampai tak ada bunyi.

Aku kalau jalan pun tak berbunyi tak kisahlah pakai kasut ke tak sampai orang lain terkejut yang aku datang sebelah dorang tanpa keluarkan bunyi langsung.

Aku dari kecil sampai sekarang memang aku jalan tak berbunyi langsung sebab aku bukan jenis manusia yang bila jalan tapak kaki semua penuh kena dekat lantai. Korang faham tak cara aku jalan tu?

Aku antara seorang yang d3pr3ss masa zaman kanak2. Aku bukanlah kanak2 riang yang berlari2 ke sana ke sini sambil bergelak ketawa.

Aku walaupun aku cerita macam2 pasal anxiety dan sensitivity ni kan, mesti ada yang pertikaikan aku dapat dan tahu dari mana? Aku diagnose sendiri ke tak?

Ya memang aku tak dapatkan rawatan pakar dan memang hampir kesemuanya aku buat online test je tapi bila zaman aku belajar, kadang2 tu pusat kesihatan universiti dan kauselor ada bagi borang2 test untuk check tahap kesihatan pelajar2.

Dan aku tak perlu terkejut pun sebab aku dapat keputusan yang sama macam yang aku buat online test tu.

Bila aku ada anxiety dan sensitivity ni kan aku akan jadi stress. Bila aku stress, aku tak ada selera nak makan. Bila aku tak ada selera nak makan, aku pun gastrik.

Tengok tu, dari satu punca berkait ke satu punca yang lain. Akhirnya semua memakan diri aku dan menjadikan aku juga yang merana. Dah lah ayah aku tu pulak narcissist. Mak aku pula anggap semua benda tak penting dan buat sambil lewa.

Siapa kata jadi anak tunggal tu bahagia? Yang pasti bukan aku orangnya.

Aku tengah tulis ni pun anak jiran aku jalan menghentak2 dan sekarang pukul 11.20 malam.

Anak jiran aku tu pandai, bila ada bunyi lebih kuat dari dia macam bunyi renovate rumah tu kan, tak nak pula dia buat bising. Takut ke apa? Aku nak tanya ni bukan ke sekarang semua budak dah masuk sekolah balik?

Kenapa anak jiran aku tak masuk2 lagi sekolah? Pkp mula bulan march hari tu kan, sampai sekarang bulan julai, hari2 aku dengar dorang jalan dan berlari2.

Ini bukan masalah rumah murah atau dinding nipis ke apa. Aku pergi rumah2 jiran yang lain elok je senyap tak ada bunyi tak kisah lah tingkat bawah, tingkat tengah dan tingkat atas. Jiran aku je yang bising.

Untuk sekian kalinya aku nak bagi tahu yang ni bukan bunyi jin. Bukan aku sorang je yang dengar, mak ayah aku atau sesiapa yang datang rumah aku akan dengar bunyi bising yang dorang buat. Tak payah korang nak nasihat suruh mebgaji ke apa sebab mak ayah aku orang surau.

Aku pun mengaji juga tapi tetap tak boleh tenang dengan bunyi atas ni. Aku tak mengada2 ya. Lampu, cermin dan tingkap dalam rumah ni bergegar bila dorang berlari.

Aku boleh rasa gegarnya tu sampai ke lantai aku. Tak ke hebat tu? Load dari syiling boleh turun ke lantai hanya dengan tapak kaki budak2 dan bukannya tapak kaki ahli sumo.

Aku rasa aku mula cerita tentang anxiety dgn sensitivity tapi content aku lebih kepada bunyi je kan sebabnya ialah semua benda berkait rapat di dunia ni macam proses rantaian makanan di hutan tu (ni ada dalam buku sains).

– ~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *