Anxiety, Depression, Personality Borderline Disorder.

Assalamualaikum. Aku ML, 29 tahun, single and diagnosed with anxiety, depression and presonality borderline disorder sejak 2 tahun lepas, tapi hakikatnya, dah bertahun tahun.

2016, aku collapsed kat tempat kerja, dan bila sedar, aku macam in denial. Tak kenal orang, atau aku pilih untuk tak kenal dan tak ingat. CT Scan, semua test apebenda tu shows nothing was wrong with me. Dan doctors refer aku to a psychiatrist.

Sejak dari saat tu, hampir tiap bulan aku ada sesi dengan psychiatrist. Selalunya kalau hospital government, setiap kali kau pergi, kau dapat doctor berbeza dan kena repeat all over again. Tapi masa aku start dapat rawatan kat situ, aku bagitau psychiatrist aku, yang aku tak nak tukar doctor. Aku sejenis yang cukup susah nak open up to new people and when I do, I trust them. Dan doctor tu janji, dia akan handle kes aku.

Setiap kali therapy aku, memang paling cepat sejam dan selalu doctor tu pesan, “You come later in afternoon so I will have more time for your session” sebab bila tengahari, patients dah takde. Selalu memang aku patient last. Dan hampir tiap kali bila aku pergi untuk sesi dengan doctor tu, tak pernah ada sekali pun yang aku keluar tanpa mata yang bengkak.

Semua apa yang aku rasa, aku luah kat doctor tu. Dan doctor tu bagitau, “You are safe within this 4 walls. You can cry. Take your time”. Apa yang aku luah? Entahlah. Aku luahkan apa yang aku tak boleh dan tak mampu nak luahkan.

And he’s a doctor for a reason lah kan. Sangat sabar even langsung takde progress. Pernah aku tanya dia, aku makin okay ke tak. Doctor tu cuma pandang aku, dan senyum then tanya aku sanggup ke nak tau. Dari situ aku faham.

Dan aku treated dengan sleeping pills, and anti depression untuk make sure mood aku tak berubah mendadak jadi makin teruk.

And 2 months ago, aku admitted kat satu hospital swasta. The neurologist kat situ pun bagi diagnosis sama. Depression. Anxiety. Dan prescribed aku dengan 2 jenis anti psychotic pills.

Apa sebenarnya rasa depression? Kalau tanya aku, rasa yang takde rasa. Numb.

Tak sedih. Tak marah. Tak sakit.

Tapi takde rasa. Takde penyebab.

Ada kala rasa dia macam terlampau.

Terlampau marah. Terlampau sedih. Terlampau sunyi.

Dan apa rasa bila aku ada tiga2 mental illness tu? S*cks. It really is.

Berkali kali tangan aku cedera, aku toreh.

Berkali kali aku menjerit marah marah.

Berkali kali aku makan ubat overdose supaya boleh tidur lama.

Tapi semua tu aku rasa sendirian and aku tak kongsi dengan orang. Aku cukup tertutup bab ni. Aku tak rasa orang akan faham. Even mak aku sendiri. Pernah aku cerita, dan katanya “jangan ikutkan perasaan sangat! Fikir mana yang baik! “.. Masa tu terasa sangat sangat. Aku kat airport time tu, dan aku menangis. Aku memang boleh fikir tapi every single time anxiety visits, aku tak tau apa pun.

Time, aku lap air mata, dan cakap kat mak aku, kalau lah senang nak control semua, takde lah aku jadi pelawat tetap kat Jabatan Psikologi hospital. And the next therapy aku jumpa doctor aku, aku menangis teruk. Sebab aku rasa mak aku khianati aku. Aku percaya dia akan ada untuk aku, support aku bila aku jatuh. Tapi jawapan dan intonasi dia cukup buat aku terluka.

Berhari hari lepastu aku diam, tak call mak aku. Selalunya hari hari aku call. Few days lepas tu mak aku call, aku tau dia mungkin rasa bersalah lepas aku menangis kat airport sebelum balik ke KL. But damage has been done. Memang dia mak, tapi aku kecewa. Sangat.

Tapi doctor tu bagitau, tak semua orang faham depression ni apa rasa dia. So aku tak boleh expect semua orang akan faham, tak semua ada background psychology. Selepas berkali kali sesi therapy, baru aku boleh start terima. Tapi lepas kes kat airport tu, aku simpan rapi kisah depression aku. Kisah mental illnesses aku. Biar aku harung semua sorang sorang.

But living with anxiety and depression with no support from people around you comes with a cost. Ada masa nya aku memang fall in deep hole. Most of the time pun sebenarnya. Bila down, aku at least nak bercerita or someone yang aku boleh percaya untuk aku cerita. Tapi again, anxiety takkan sesenangnya bagi kau percaya kat sesiapa.

Sakit. Tapi takde luka. Kosong. And my doctor was right. It’s killing me. Inside out.

Last few days, entah macam mana isu ni keluar bila aku sembang dengan mak aku. Dan mak aku menangis. Katanya apa yang jadi kat aku adalah sebab dia. Sebab time dia mengandungkan aku dulu, dia rasa apa yang aku rasa sekarang. Dia menangis haritu.

Sakit sangat aku rasa bila dia salahkan diri dia..

Bukan salah dia.

Salah aku.

– ML

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *