Anxiety Disorder dan Produk Kecantikan

Anxiety Disorder dan Produk kecantikan

Assalammualaikum admin. Saya harap admin sudi untuk approve confession saya ni. Jika approved, terima kasih banyak dan jika tidak approved mungkin ada beberapa perkara yang saya boleh baiki untuk penulisan saya akan datang. InsyaAllah.

Ramai dalam kalangan kita kurang sedar mungkin dalam diri kita semua ada sedikit penyakit ‘anxiety disorder’ ni. Cuma antara kronik dan tidak sahaja. Saya berusia 27 tahun. Dulu saya kurang sedar saya mempunyai masalah anxiety disorder ni. Detiknya bermula bila suatu hari saya diuji Allah dengan muka saya dipenuhi jerawat yang bernanah hampir keseluruhan muka saya akibat daripada produk tempatan yang semakin menjadi jadi di viral kan di media sosial kini. Biar lah saya gambarkan produk ini bermula dari huruf ‘T_ _ _’.

Semenjak daripada kejadian itu, kulit saya bernanah, berparut,berlubang,berdarah,luka, dan banyak lagi perkara yang menjijikkan yang tak sanggup saya nak huraikan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Saya mula berperap dalam bilik, tidak mahu berjumpa orang, sering menangis, sedih tanpa sebab dan demotivated. Mungkin banyak orang yang mengalami situasi kulit seperti saya tetapi masih boleh kawal diri dan sentiasa positif. Tahniah saya ucapkan kerana Allah bagi kekuatan. Tetapi tidak bagi saya. Tempoh dan proses penyembuhan mengambil masa yang sangat lama sehingga memakan masa setahun dua kerana berbalik akibat merkuri yang terlalu banyak akhirnya saya mengalami depression yang sangat teruk akibat daripada anxiety yang saya sendiri tak boleh kawal. Sebenarnya anxiety ni tidak la teruk, cuma jika kita tidak boleh kawal dalam jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan depression dan kemurungan berpanjangan. Dan asalnya anxiety ini cuma bila rasa cemas,resah gelisah, terlalu merendah diri sehingga kita takut di ‘judge’, berpeluh tanpa sebab dan banyak. Heartbeat laju tanpa sebab. Ini tanda-tanda anxiety. Dan saya mengalami keseluruhan pakej ini. Jadi saya membiarkan diri saya stuck dalam situasi ini untuk jangka masa yang amat panjang untuk mencari kekuatan dan sokongan daripada orang sekeliling. Saya yang dulunya mudah untuk berkawan menjadi seorang yang mudah marah, tidak mudah friendly dan easy going kerana sangat defensive dan tidak mahu sesekali orang judge saya dalam keadaan saya sedang mencari kekuatan dan menjadi positif semula.

Tidak ramai yang berada di sisi bila saat kita sedang down dan sentiasa murung. Tidak ramai yang ingin berkawan. Hanya yang benar-benar faham dan setia untuk memberikan semangat dan dorongan sahaja yang stay. Waktu ini juga lah datang mereka yang membenci dan mengeji dan ada juga yang datang mencurahkan kasih sayang agar kembali sembuh sedia kala. Alhamdulillah sekarang dalam tempoh penyembuhan dan kulit saya menunjukkan sign yang positif untuk licin semula. Tinggal beberapa parut dan pori pori yang saya kena hilangkan sebelum raya insyaAllah. Nasihat saya kepada mereka yang mengalami nasib seperti saya, jangan sesekali give up, jangan cari jalan singkat untuk sembuhkan kulit dengan tambah lagi merkuri yang sedia ada dalam kulit, sembuhkan secara natural walaupun lambat. Kerana once kulit kita rosak, belanja untuk kita keluarkan bagi penyembuhan itu ternyata lebih mahal daripada hanya obses untuk cantik jangka masa pendek. Banyak berdoa kepada Allah untuk diberi kesembuhan kerana daripada Allah sakit itu datang atas kesilapan kita sendiri yang tidak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Lagi satu ubat paling mujarab adalah wudhu’. Selama ni bila kulit saya sukar sembuh, saya ambil mudah dengan air wudhu. Wudhu sangat powerful jika sebelum kita wudhu kita minta : ‘Allah, jadikan wudhu aku ini wudhu yang sempurna, dan jadikan wudhu ini penyembuh kepada kulit muka aku yang berjerawat ini, hilangkan semua parut-parut dan jerawat di muka aku ini dan bersihkan agar yang memandangku berasa senang dengan ku. Amin. Untuk kawan-kawan yang ada kawan senasib seperti saya ini, tolong tolong jangan being judgemental ‘eh kenapa kulit ni, kenapa macam tu, kenapa macam ni. Berilah semangat dan kata-kata positif agar tidak memudaratkan keadaan kawan anda. Nak cakap biar dalam hati, jaga mata, jangan tenung sehingga kelihatan menjengkelkan. Kita tidak tahu apa yang kawan kita rasa waktu itu, jika ada 10 orang kawan yang dia jumpa satu hari tu, dan kesemuanya being judgemental, takut nanti mereka mengambil jalan singkat untuk bunuh diri kerana depression dan kesedihan yang melampau. Akhir kata dari saya untuk penyembuhan :

1. Minum banyak air kosong kerana impact dari merkuri yang masuk ke dalam badan kita boleh mengganggu sistem buah pinggang kita. Jadi tugas air ni serba sedikit membersihkan dan melawaskan toksin dari dalam badan.
2. Jangan obses untuk sembuh jangka masa pendek dengan guna local produk yang set 5 in 1. Kata kata founder ni ada yang nista.
3. Pantang makan. Elak bergoreng dan pedas.
4. Makanan buah dan sayuran yang banyak. Elak kan juice buah yang dijual di pasaran kerana mengandungi terlalu banyak gula putih yang boleh jadi racun dalam darah.
5. Bersenam. Adalah lebih baik jika mengeluarkan peluh dari liang2 pori kulit muka, muka akan nampak glowing dan pinkish akibat peredaran darah yang baik.
6. Jumpe doktor yang bijak handle kes kulit. Kadang pakar kulit tak semua membantu malah caj yang dikenakan sangat mahal dan produk kurang bersesuaian.
7. Surround diri dengan orang yang sentiasa positif dan memberi semangat. Elak dulu dari kawan yang terlampau kuat bergurau dan mengaibkan kerana keadaan emosi kita mungkin tidak stabil.
8. Berdoa, wudhu’ (powerful).

Harap bermanfaat dan banyak membantu. Share kepada mereka yang pernah mengalami masalah ini supaya dapat pulihkan sedikit semangat mereka. InsyaAllah. Terima kasih admin. Terpanjang pulak.

-ANBAW-

– ANBAW

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit