Assalamualaikum nama aku Hannah, terima kasih untuk admin jika cerita aku disiarkan.
Sedikit latar belakang aku berusia awal 23 tahun dan anak nombor 3 dari 5 beradik dan kakak sulung aku sudah pun mendirikan rumah tangga seawal usia aku dan tak duduk serumah lagi.
Dari kecil aku dah terbiasa dengan ketiadaan seorang ayah walaupun keberadaannya selalu dirumah, ya dia tak pernah pedulikan tentang kami anak-anaknya semua diserahkan bulat-bulat pada mak.
Untuk besarkan kami mak buat sehingga 2 kerja dalam satu hari jadi semasa membesar aku memang jarang luang masa dengan mak apatah lagi tengok dia ada dekat rumah untuk satu hari ada saja kerja yang mahu dia buat.
Nak dijadikan cerita pada tahun lepas aku telah berhenti kerja dimana jawatan tu aku pegang dari umur 19 tahun lagi sebab berhenti tak tahan dengan environment toxic.
Jadi hampir setahun juga aku menganggur dan duduk di rumah orang tua.
Mak aku masih lagi bekerja tapi tak lagi buat lebih kerja Bila aku suruh berhenti dia selalu bagi alasan bosan duduk rumah anak semua dah habis sekolah tak nak duduk rumah lagi teman mak.
Dalam masa beberapa bulan ni aku ada cari dan apply kerja tapi biasalah pelajaran tak tinggi macam aku mana layak dapat kerja yang untuk orang berpelajaran.
Bulan lepas kawan aku ada cakap tempat dia bekerja nak cari orang jadi dengan penuh semangat aku pergi interview naik motor meredah hujan yang jaraknya lebih 1 jam dari rumah aku.
Bila dapat kerja tu aku cari bilik sewa, jarak dari tempat ialah 20 minit. Keluar rumah pukul 7 pagi balik pukul 8 malam.
Dalam beberapa hari kerja semua berjalan dengan baik cuma ada sesuatu yang aku sorokkan. Penyakit kulit aku datang balik pada hari pertama,
Jadi aku buat keputusan berhenti kerja setelah hampir seminggu sebab aku takut jadi semakin teruk seperti beberapa tahun lepas dimana aku selalu ditenung dan orang berbisik-bisik melihat aku.
Apa yang membuatkan aku sedih ialah aku harus pulang semula ke rumah orang tua aku setelah mak aku berhabis duit untuk sewakan aku bilik.
Aku selalu rasa tersepit bila duduk rumah orang tua aku sebab tiada private space.
Sejak tiada kerja juga aku jarang keluar rumah sebab takut orang tanya tentang pekerjaan.
Dengar macam tak ada apa tapi untuk aku menjawab tu sangatlah berat.
Kadang-kadang rasa nak meluah dengan menangis kuat-kuat jerit sekuat hati dengan tanggapan orang tapi masih lagi tahan.
Aku sebagai harapan mak aku kena kuat nak2 mak kalau ada apa-apa dia akan cari aku sejak kakak aku mendirikan rumah tangga semakin bersalah bila dipikirkan bila dah tak dapat tolong mak lagi2 dari segi kewangan.
Aku cuma nak bagi mak aku rasa senang je berpuluh tahun dia hidup susah besarkan kami dah tiba waktunya untuk dia merasai kesenangan tu tapi aku masih lagi tak dapat tunaikan.
Aku juga ambil keputusan untuk tak mendirikan rumah tangga kerana takut bila dah bersuami tak dapat jaga mak, aku bagi laluan untuk yang lain berumah tangga tanpa risaukan mak tiada siapa yang jaga.
Keberadaan ayah kami dah tak hiraukan lagi sejak dia tak pandang kami sebagai seorang anak lagi tapi orang asing.
Tolong doakan aku dapat kerja yang sesuai dengan kesihatan aku supaya beban mak aku berkurang.
– Hannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit