Apa Asas Perkahwinan

Salam admin dan semua pembaca.. ni pertama kali aku submit confession kt sini. Kalau admin post ok lah, x post aku nak buat ape kan? Aku nk post kt status sendiri, tp aku takut mak aku baca, dia mesti marah. takut anak dia kena kecam. at least kat sini anon, InsyaAllah selamat je kot.

Selama ni aku hanya mampu baca je page2 troll ni membahan perempuan. Tapi aku rasa sangat sedih bila baca post drpd page Sultan Melaka Fans regarding perkahwinan Yang Mulia Tengku Inah.

Masa kau kahwin, apa yang menjadi asas perkahwinan tu? Hubungan seksual sahaja ke? Baca pulak komen2 seterusnya dari kaum adam, hanya mampu geleng kepala sebab dalam otak mereka dipenuhi seks, seks dan seks. Kau rasa kami perempuan ni selamat ke hidup kat Malaysia kalau kau lelaki, yang lg kuat, tugas menjaga kami yang perempuan ni ckp serupa bakal perogol yang berpotensi?

Bila pasal kahwin, memang tak boleh lawan lelaki. Duit hantaran tak mampu, tp bila cakap pasal poligami dan dan je kau mampu, dan dan je kau suruh ikut sunnah. Kenapa bila ckp benda benda tak elok kau tak pikir pasal agama jugak? memang bukan semua lelaki macam tu, tp kebanyakan memang macam tu. Dan yang paling aku sakit hati sekali dalam caption tungku dapur ni, kau pikir semua pompuan kat Malaysia ni takde dara ke? Dah tu kau rasa kaum sapa yang rosakkan dara2 kat Malaysia ni kalau bukan kaum sejenis kau?

Bila kes perempuan mengandung luar nikah, orang tak pernah persoalkan siapa bapak baby tu. Perempuan je yang kena hadap malu. Malaysia acah2 nak jd negara maju tapi mentaliti orang2nya masih berkelaskan minda ke tiga. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Tak payah tuduh semua perempuan mintak duit hantaran tinggi dan x semua perempuan lahir dengan hymen atau juga dikenali sebagai selaput dara. Ada jugak yang mengalami kemalangan fatal hingga merosakkan lapisan tersebut. Lg satu, lubang vagina adalah sejenis muscle. Apabila teransang, ianya akan melonggar dan menghasilkan pelincir natural. Bila dia ketat, shame on you dude, because u are a failure bcoz u unable to stimute your girl right.

Dlm post tu juga, si tungku dapur ada mempersoalkan cara perkahwinan Tengku Inah dan rakyat marhaen dimana rakyat marhaen over, kerabat diraja takde pun baju ala2 princess. Kau kena paham plk, baginda hari2 jd princess, tp pasangan pengantin malaysia ni sehari je jadi raja. sebab tu namanya raja sehari. Lgpun, aku rasa(read) semeter kain baju baginda boleh bayar duit katering kahwin rakyat biasa, wallahualam.

Pasal kos belanja kahwin, kau x payah kesahlah berapa ribu diaorg habis pun, bukan duit kau. Bg aku simple, nak grand cari duit sendiri. Taknak grand, takda sapa larang. Tak perlu nak judge org lain siap kata diaorg g pinjam bank lah ape lah. Kau tau ke diaorg buat pinjaman? kau pernah tengok ke mcm mne plk diaorg kerja untuk realisasikan perkahwinan idaman diaorg? Tak kan? Aku yakin akan ada manusia mula share pasal pengalaman si polan itu, si polan ini yang meminjam dan susah lps kahwin. Dah sedar diri x mampu, sapa suruh buat majlis besar. Kalau nak ikut “apa nnt org kampung ckp”, matilanak. Bkn org kampung tu yang akan bg ko makan lps kahwin nnt. Eloknya, ukurlah baju di badan sendiri.

Kalau tak boleh menolong, jangan condemn. Bagi manusia yg ckp “duit tu baik bg kat orang miskin”. Kau igt semua org cm Dato abc ke buat baik semua kena tunjuk? Kita tak tau apa2 pasal org lain, jgnlah suka sgt mengecam sgt.

And last but not least, aku rasa tajuk mcm lari je. ni lebih kurang mcm rant drpd artikel. Cuma aku nak tanya, apa asas perkahwinan korang? Kalau hubungan suami isteri je yg menjadi tiang perkahwinan tu, nnt bila dh tak memuaskan, kau nak kahwin lain ke mcm mne? Pikir-pikirkan, kita nak bina masjid bukan sehari dua ye ^^

Aku doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Buat kaum perempuan (dan mungkin lelaki yang terancam), semoga Allah selamatkan kita dari menjadi mangsa gangguan seksual sbb sekarang ni banyak sgt kes2 rogol, even budak kecik pun jadi mangsa.

Sekian, Assalam.

– Bukan makcik bawang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit