Apa Bukti Tuhan Wujud?

Apa bukti Tuhan tu wujud? Berkali2 di cerita tentang sifat2 Allah. 

Dicerita tentang makbul doa orang zalim. Hingga ada banyak hadis kata zikir, berdoa tahajud. Semua tu Allah makbul doa. 

Tapi tak de pun berlaku kat saya. 8 tahun saya buat. Saya cuma mintak satu doa ja. Mintak orang yang aniaya saya pulangkan duit saya. 

Tapi sampai sekarang tak de pun saya nampak doa saya di makbul. Saya minta Allah tambah rezeki dia dan lembut hati untuk bayar duit saya.. 

Allah tambah la kot rezeki dia, sebab hidup dia makin maju. Tapi tak de hati untuk bayar duit saya.

Bila tanya, dia kata tengah uruskan. Sedangkan memang nampak dia makin kaya. 

Bila kita persoal, orang akan kata belum masanya la.. Allah sayang sebab tu dia tak makbul la. Allah suka kita meminta la. Allah simpan untuk akhirat la. Ataupun kita mintak tak yakin. 

Entah la.. Akirat tu entah bila.. Dunia masih panjang untuk saya hidup.. Saya tahap nak mental dah dengan ujian hidup saya. 

Buntu buntu buntu. Tak de jalan keluar. Solat 5 waktu, mengaji, zikir, tahajud puasa. Apa yang saya dapat? Apa pun tak de. 

Segala petua zikir doa yang ustaz ajar saya buat tanpa miss. Tak jugak Tuhan makbul. Sampai saya dah putus asa. Putus asa dengan semua. 

Nabi kata orang berhutang hidup dia tak tenang.. Elok ja saya tengok hidup dia. Harta rumah bertambah2. Nanti akan ada orang kata dalam hati dia kita tak tau apa dia rasa la.. Dia dalam istidraj la. 

Apa bukti apa yang nabi cakap tu betul? Dia lantak dia la.. Istidraj ke apa ke. Yang kita di anayai ni apa balasan untuk kita.

Mana bukti doa kita Allah makbul? Apa ganjaran untuk kita pulak. Jangan cakap semua tu di akhirat.. Dunia pun tak boleh buktikan. Apa tah lagi akhirat. 

Apa bukti segala2 hadis2 tu adalah benar? Jangan kata suruh saya halalkan pulak. Kalau nak suruh halalkan boleh ganti pada saya. 40k amount dia. Lepas tu tengok korang tenang ke tak. 

Saya dah fail kes walaupun bertahun makan masa. Penat dan pressure nya tak payah cakap la. Sebab dia bukan bagi kerjasama. 

Last2 makamah suruh dia bayar sikit2.. Tapi dia tak bayar pun. Last2 makamah pun tak boleh buat apa. 

Lawyer cakap nak teruskan kes lagi boleh. Untuk dapatkan waran sita ke, nak jail ke. Tapi semua tu lebih mahal bayaran dari hutang dia. 

Lagi satu, kalau harta2 tu bukan atas nama dia, tetap tak boleh tuntut. Zaman sekarang bagi pinjam walaupun ada perjanjian legal pun tak guna la. 

Dan saya pun tak de duit atau khudrat dah untuk fight. Buang masa dan duit ja selama ni. Last2 penat dan rugi ja saya dapat. 

Apa pun kembali pada Allah orang kata. 

Tapi Allah pun tak boleh bantu saya. Saya dah kecewa semua benda. Kalau betul Tuhan wujud, dia mesti bantu saya. Tapi mana buktinya. Permintaan saya bukan susah pun. 

Satu benda macam ni pun tak mampu bagi. Apa bukti Tuhan ada. Kata dia maha memberi, maha memakbulkan doa. 

Jangan kata saya doa tak yakin ke tak merayu ke.. Setiap masa menangis2.. Saya mintak Tuhan perkenan hajat saya. Satu ni ja pun. 

Sebab saya sangat perlukan wang tu. Bukan orang tu tak mampu. Dia mampu ja. Tapi ego. Sakit hati sebab heret kat makamah.. So dia sengaja tak nak bayar. 

Tapi apa Tuhan buat. Kata maha melihat. Hanya melihat dan mendengar ja? Dulu saya yakin pada Tuhan. Sekarang hati saya dah keras. 

Berkali2 saya cuba untuk berhenti solat, ngaji zikir. Tapi dah sebati. Walaupun hati tak nak, tapi anggota badan ni automatic bergerak. 

Subuh saya dah tak kunci jam. Tapi tepat pada waktu saya akan terjaga. Saya akan dengar bunyi azan yang sangat kuat. Entah dari mana datang pun tak tahu. 

Saya cuba paksa diri tido. Tapi sayaa tak mampu. Saya gelisah. Akhirnya tetap saya akan solat.

Dulu masa saya jahil, tak solat, bermaksiat.. Apa saya nak cepat sangat saya dapat.. Saya pun bahagia ja.. 

Satu masa saya tersedar semua ni salah.. Saya berhenti balik pada Tuhan. Terus segala kenikmatan hidup saya dah tak de.

Sejak saya solat, hanya susah susah susah.. Stress dan masalah tak berhenti2. 

Sejak saya solat la saya tertipu duit 40k tu. Kalau saya tak solat, mesti happy ja hidup saya macam dulu2. 

Saya tak tahu kenapa saya masih solat bila saya rasa Tuhan tak de pun.. Untuk apa saya masih teruskan semua ibadat ni tak tahu la.. 

Saya cuba stop semua ibadat ni tapi tak mampu. Ibarat anggota dan hati saya telah dikawal sesuatu. 

Hati saya pun bukan tenang jugak. Saban masa resah fikir tekanan hidup saya. 

Di tempat saya ni banyak kristian datang berdakwah kat bilik saya. Setiap masa saya nak ja ikut mereka. Tapi kaki macam terkunci. 

Setiap masa saya fikir nak luah kat mereka, tapi asal mereka depan pintu, mulut saya terkunci.. Akhirnya saya akan tutup pintu dan menangis. 

Menangis menangis menagis ja saya tahu. Saya jugak cuba untuk bunuh diri. Tapi masih jugak gagal.

Bila nak bunuh diri ayat dari surah nisa tu akan datang dalam mind saya. Jangan bunuh diri. Allah sayang kamu.. 

Arggh tipu ja semua tu.. Kalau sayang dia tak akan biar hamba dia sengsara. Dia pasti tunaikan janji sebagaimana sama macam sifat dia.

Tapi tak de pun kan. Sebab semua tu tak betul. Dia tak mampu nak tunaikan apa pun. 

Banyak ayat quran saya sampai hafal. Sebab hari2 saya mengaji. Saya baca maksud dia. Tapi saya tak nampak kebenaran maksud dia tu. 

Saya tahu andai posting ni lulus, saya akan terima banyak kecaman. Tapi apalah sangat kecaman semua berbanding jawapan yang harapkan dari Tuhan tak pernah dapat. 

Kecewa saya pada semuanya.. Pada Tuhan, pada kehidupan dan pada semua. Saya mintak satu pertolongan saja pada tuan puan. 

Doakn saya mati cepat. Sebab saya sudah tidak punya sapa2 atau apa2 lagi.. Dulu saya kuatkan diri fikir saya masih punya Tuhan.. Tapi tidak lagi hari ni. 

Terima kasih. 

– P (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

16 Comments

  1. aku tk boleh la luahan mcm ni, haritu ada dh se lebih kurang mcm ni la jugak, Allah bagi ko macam2 umur panjang, bagi kau sihat tubuh badan, bagi kau sihat akal pastu buruk sangka dgn Allah, nmpak tk reti bersyukur situ. bila buat semua ibadah bukan atas dasar ikhlas tp semata nk sesuatu yg benefit diri sndri dan bila kau bertuhankan harta duniawi melebihi segalanya mmg tk tenang la hidup. hanya kerana duit sanggup bersangka buruk dgn Allah padahal semua ni ujian, kau tk rugi pon dgn ujian ni bertambah pahala jugak eh tk sbb benda tk nmpak jadi ko tk heran. tngok balik cara hidup kita ibadah kita pada Allah ikhlas ke tk. baca dari cerita tahu dh ibadah tk ikhlas sbb hati tu masih rasa nak enjoy buat dosa. nasihat istiqomah la bnyak2 tngok sekeliling tngok org yg lg teruk kehidupan dari kita tp mampu senyum dan meneruskan kehidupan baru la boleh belajar erti bersyukur dgn Allah. kau bukan tk percaya tuhan tp kau sbnarnye memilih utk marah pada Allah dgn tk nk percaya kewujudan Allah sbb doa tk makbul2. kalau kau nak mati dalam keadaan tk percaya Allah kau sorg je rugi org lain tk rugi ape pun sbb jelas kau pon tahu hukuman di hari akhirat nnt. nasihat aku try teruskan hidup tenang dan ikhlas tanpa memikirkan kehidupan org lain perbanyakkan lg ibadah janji ikhlas. tk pernah lg aku jumpa org yg sempurna ibadah tp bersangka buruk dgn Allah mcm confessor ni, ada org dpat ujian lg teruk dari kau. come on laa, tertipu 40k tu kau sndri yg salah pastu kau mengharapkan Allah bagi kau sedebuk 40k? eh nabi pon ujian lg susah dari kau. amek contoh Gaza 76 tahun hidup terseksa bukan dorg je doa satu dunia doa kt Allah tp smpai sekarang mcm tu jugak Gaza tp janji Allah tu pasti. ramai lg org kt luar tu ujian yg lagi besar dan teruk dari confessor ni.

    • Doa je dia cepat mati. Biar dia tgk kat alam barzakh nnt tuhan tu wujud ke tak

  2. Allah tak makbul doa awak yang satu ni, tapi saya rasa awak dah lupa Rahmat Allah yang besar dalam hidup awak, iaitu tak matikan awak semasa awak jahil dan bermaksiat. Dan ketika mana awak bertahun-tahun minta satu doa ni makbul dengan meratap merayu, awak tak lupa ke yang awak pernah bertahun-tahun dalam maksiat tu? Awak minta dengan Allah, Tuhan sekalian alam yang semua pada diri kita adalah milikNya, tapi gaya awak seolah-olah awak tak pernah buat dosa dan nak bila awak berdoa, terus makbul. Nabi Muhammad S.A.W yang hatinya bersih, kekasih Allah, pun diuji dengan kehilangan, kelaparan, kesakitan. Tapi awak siapa?

  3. u know that Allah S.WT is there but u want to deny it. It’s true that it’s not the eyes that blind but the heart is. It’s true that you’ve gone through lots of thing maybe this is your chance to redeem your sins hopefully u’ll regain your conciousness back and please don’t stop trusting in Allah S.W.T

  4. Allah SWT actually saves you from istidraj. Mana tahu klau awk dpt 40k tu awk lupa kat Allah, Allah lagi Maha mengetahui what’s the best for us, just trust in him. Question urself would u rather to get what you want but berada dlm kemurkaan Alaah or didn’t get what u want but dlm keredhaan Allah. Ingat Dunia ni semntara akhirat selama²nya. Wpun kita rasa Dunia ni lama tp kat akhirat to endless lepas mati kena seksa pulak then repeat the process sanggup ke?

  5. Saya doakan Allah buka jalan bantu awak untuk segala permasalahan yang awak hadapi, semoga Allah kurniakan rezeki berkat kepada awak, rezeki yang tak putus-putus. Semoga Allah jaga awak dan lindung awak dalam kasih sayang Dia. Semoga Allah kurniakan ketenangan dalam hati awak. Dan kalau awak ditarik nyawa, semoga awak meninggalkan dunia ini dalam keadaan beriman kepada Allah. Saya hanya boleh bantu dengan doa sahaja. Terima kasih sebab masih hidup, terima kasih kerana awak tidak berputus asa dengan rahmat Allah dan berusaha untuk kekal di jalan Allah. *hugs*

  6. Ko ni mmg mengundang betul soalan mcm ni. Menunjukkan rapuh sgt2 level iman ko. Beribadat semata2 nak tuhan kabulkan satu permintaan ko tu. Sbb duit. Tak kisahlah berapa tahun pun ko hadap, beribadat, tapi bila mana ko persoalkan kewujudan tuhan yg tak memberi balik duit yg ko dianiayai tu sedangkan penghutang ko nampak makin senang, terus ko jatuhkan hukum. Aku taknak tambahkan kecaman, tp muhasabah diri ko byk2. Sebab takdpt permintaan ko ni, ko dustakan nikmat tuhan yg lain sampai persoal kewujudan tuhan. Sedangkan Palestin dari dulu ,satu dunia dok berdoa, tuhan masih x kabulkan lg, ko xnak persoalkan ke? Padahal tu , tuhan dah berjanji Palestin tu pasti akan merdeka jugak. Muhasabah diri balik kecuali ko mmg suka duduk dlm neraka selama2nya kat akhirat besok

  7. saya komen sikit je. Alhamdulillah saya mintak kat Allah permintaan yang sangat besar(semua jenis kemuliaan pada dunia dan akhirat yang paling tinggi). hari-hari saya doa. saya ingat saya tak dapat dah, setelah lama saya bersabar dan bersyukur apa yang saya ada,tiba-tiba Allah bagi semua tu. Selain itu, saya pernah diuji dengan ujian yang sangat teruk yang saya ingat saya takkan keluar dah dari ujian itu tapi saya silap Allah bagi jalan penyelsaian dan Dia bagi lagi nikmat yang sangat berharga hasil dari ujian tersebut. sampai sekarang saya tak percaya apa yang dah berlaku. sejak tu saya terima takdir Allah dengan redha dan mengharapkan kasih sayang NYA. saya tahu awak kuat sebab tu Allah uji awak, Allah maha mengetahui segala masalah awak

  8. Level nak beriman ni tak semudah hafal daripada zaman sekolah.
    Level nak ikhlas dalam beriman pun tak semudah kata-kata.
    Kalau sekadar bicara, aku dah sembahyang, aku zikir 1000x sehari. Burung kakak tua pun boleh. Sekadar benda zahir (materialistik), dah nak claim diri sudah beribadah dan rasa cukup dan berhak menerima segala yang diminta, itu petanda ujub. sombong. Rasa layak.

    Beriman dengan Allah, yang diimpikan para kekasih Allah adalah tahap unconditional. Tanpa batas masa, waktu, harta dan segala.

    Allah beri duit, masih beriman dan bersama Tuhan. Allah tarik balik, masih beriman.
    Beriman dengan segala ketentuannya.

    Rezeki bukan hanya pada wang ringgit, kesihatan tubuh badan, teman, keluarga, jodoh. pertolongan tanpa disangka, udara yang bersih, sumber air yang bersih. Kalau ingin dihitung takkan terkira limpahannya.

    Namun itu semua hak milik dia. Tak akan kekal dengan kita. Ibu-bapa akan pergi, anak, isteri, akan pergi. Tidak siapa tahu bagaimana dan bila, mereka akan ditarik kembali. Diri sendiri juga sama, kita tak akan tahu bila kita akan kembali ke pencipta, meninggalkan wang dan keluarga dan segalanya yang kita claim sebagai “hak milik kita”

    Kerana segalanya takda yang kekal. Dan kembali pada hak asal, semua ini adalah milik Tuhan. Terserah pada Dia, sang pemberi rezeki. Nak beri, nak ambil balik rezeki yang diberi mengikut cara apa sekalipun.

    Kalau dalam beriman, niat dalam hati masih berpaksikan berhala dunia (duit dan segalanya). Kenapa tak puja dengan jin/syaitan sahaja? Itu syaitan pun mampu bagi.
    Kalau nak suruh orang yang aniaya kita melutut minta maaf dan bayar balik segalanya, boleh saja jumpa tokmoh pemuja syaitan utk buat org itu tunduk pada kita.

    Bukan bermaksud untuk meninggalkan terus dunia. Dunia ini dicipta untuk manusia. Untuk manusia menikmatinya tanpa melupakan asal usulnya, asal usul pencipta, renung sejenak bahawa semua di dunia ini pinjaman dan kita tak pernah memilikinya. Tak pernah memilikinya. Bersyukur sahaja jika diberi peluang sementara kerana ada orang lain tak pernah merasa dan memiliki kesempatan yang serupa.

    Syukur.

  9. Untungnya Allah mudahkan urusan awk di dunia . Mcm yg kita tahu , dunia ni hanya persinggahan , akhirat yg slamanya .Awk ckp awk bermaksiat , then awk rasa berdosa dan bertaubat , bukan diri awk sendiri yg tergerak utk bertaubat , Allah yg gerakkan hati awk utk kembali pada jalan yg lurus . Awk dimudahkan bangun pagi utk solat , Allah tutup mulut awk utk pergi ke arah yg bertentangan , Allah jaga awk , sbb Allah nk awk tetap di jalanNya , dan akhirat yg Allah janjikan tu lebih dari 40k . Susah ke hidup awk tanpa 40k tu , kalau susah knp awk masih hidup sampai skrg? itu bermaksud Allah tahu awk tu hamba yg hebat , yg mampu jalani ujiannya . Allah kunci diri awak dari bunuh diri sebab dia nak awk kembali pada Dia dengan husnul khotimah . Ramai org nak jd mcm awk , dimudahkan jalan utk sentiasa ingat padanya , rasa berat bila tinggal solat , awk dapat smua tu tp awk tak bersyukur .

  10. SOLAT TAUBAT DIK.

    Check balik duit dulu dan sekarang dari sumber yang halal dan berkat ke. Ada zakat yang belum bayar ke, zakat pendapatan, zakat fitrah.

    Beri sumbangan pada mak ayah walaupun sikit, atau sedekah hadiahkan pahala ke mereka. Check balik adik dengan mak ayah lembut hati tak? Mintak maaf dengan mereka, jangan ego. Kalau dah takde, doakan mereka.

    Janji dengan diri apa jadi pun takkan ulang dosa lama. Kalau terbuat, taubat lagi. Ulang sampai hati bersih, sampai redho, sampai syukur. Fokus perbaiki adik dengan Allah dulu, nanti Allah akan perbaiki yang lain2. Yakin.

    Adik rasa kalau adik mati sekarang mana tempat adik? Allah mengikut sangkaan hambaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *