Apa Dah Jadi Ni?

Aku rasa geram marah bercampur baur bila baca komen parents di sosial media. Tengah viral nak suruh cikgu guna rotan la pasang cctv la. Terkeluar semua idea bernas katanya untuk didik pelajar.

Idea itu semua kita serahkan kepada yang bijaksana untuk melaksanakan. Sekurangnya masih ada parents yang cakna dan ambil berat hal pelajar.

Tapikan dalam ramai parents yang suggest itu ini, ada juga lah kategori parents yang aku tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Tak tahu la pemikiran mereka tahap macam mana. Bukan nak judge tapi jadi terkejut baca komen.

Lebih kurang macamni lah komen, “Sebelum nak kasi rotan, check dulu mental cikgu-cikgu takut ada yang syok membalun budak”.

Oh wow!!. Kau dah kenapa komen macam tu?. Ada trauma ke bila kena rotan dengan cikgu dulu-dulu masa sekolah sampai tergamak komen macamtu?. Ingat cikgu-cikgu suka suki ke nak merotan?

Entahlah parents macamnih. Belum mula merotan, dah mula warning cikgu macam-macam. Nak menekan mengarah cikgu buat itu ini ikut sedap tekak dorang.

Karang cikgu tak balun budak, cikgu balun parents dulu. Banyak songeh sangat. Apa ke payah sangat. Engkau tu sebagai parents, apa kata kau guna rotan cikgu merotan anak di depan cikgu?

Dah cikgu tak layak merotan, apa kata kau sebagai parents yang merotan anak depan cikgu. Cikgu jadi saksi bahawa parents sudah jalankan tanggungjawab merotan anak sendiri. Settle kes time tu juga.

Tapikan memang tak akan terjadilah parents nak rotan anak depan cikgu. Ikut logik pendapat parents nanti ada kesan psikologi.

Silap langkah, cikgu pula kena tuduh tak penyayang tak lindung anak mereka kerana sanggup tengok anak murid kena rotan. Akal sesetengah parents yang manjakan anak zaman sekarang tak terjangkau dek akal.

Ada sesetengah sekolah dah mula operasi menggeledah beg-beg pelajar. Senang cerita spotcheck beg nak rampas barang tajam dan benda tak patut dibawa ke sekolah. Ada sesetengah pihak sekolah yang memang tegas, phone pun kena rampas.

Bila rampas phone pelajar, aku nak pesan sikit kepada cikgu-cikgu tolong berhati-hati. Kalau boleh ada 2, 3 orang cikgu yang memantau bila nak check kandungan dalam phone pelajar.

Bukan boleh kira dengan parents yang manjakan anak ni. Karang dituduhnya cikgu ceroboh privasi anak mereka. Handphone kan privasi. Tahu tahu viral cikgu sengaja buat benda tak elok dekat phone budak.

Cikgu ada instinct kuat bila dengan pelajar. Tahap curiousity nak tahu lebih tinggi lebih lagi bila pelajar jawab lebih kurang.

Curious nak tahu apa benda yang dorang search kat internet, game apa yang dorang main, app apa dorang install, bahasa yang digunakan dan dengan siapa untuk chat kat sosial media.

Tolong faham kat sini, cikgu bukan nak menyibuk hal-hal privacy pelajar. Cikgu nak tahu supaya senang nak refer masalah dekat pihak-pihak tertentu.

Aku bukan cikgu but aku boleh tahu sebab cikgu kelas anak aku baik hati inform dekat group parents tujuan nak spotcheck beg.

Andai kata ada phone anak-anak dirampas, cikgu minta parents datang sekolah collect phone dan kalau boleh nak minta izin untuk check phone anak bersama-sama dengan parents.

Speechless aku bila baca message cikgu. Sampai macam tu sekali tahap “takut” dengan parents sampai nak kena inform minta izin bagai.

Nak spotcheck beg pun nak minta izin parents, kau rasa cikgu ada hati perasaan nak merotan yang sentuh fizikal pelajar?

Apa dah jadi ni? Parents jadi raja, anak-anak jadi putera puteri dan cikgu-cikgu jadi hamba anak-anak ke macam mana? Kalau dah semua benda nak kena minta izin parents, mana pergi kuasa mendidik dan mengajar cikgu-cikgu?

– Speechless mommy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *