Assalamualaikum aku perkenalkan diri aku sebagai Maria. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.
Banyak perkara yang berada dalam fikiran aku, cuma satu benda yang buat aku rasa ingin berkongsi kerana melibatkan orang disekeliling aku.
Suami aku merupakan penghisap vape yang dulunya seorang perokok. Waktu aku mengandung dulu aku dah pernah pesan kepada suami, selepas anak kami lahir nanti tolong jangan hisap vape di depan anak.
Tapi setelah anak lahir dia tetap sama. Puas aku menegur secara lembut hingga terpaksa lebih keras. Dan akhirnya suami menjadikan salah satu bilik di rumah untuk tempat dia menghisap vape.
Tapi bila dia hisap vape dekat bilik tu dan rupanya bilik tu hanyalah tempat untuk dia menghabiskan waktu untuk menghadap handphone (scroll fb, tiktok dll) Paling-paling pun mesti dalam setengah jam juga dalam bilik.
Bila dia dekat luar bilik pun tetap juga dia hisap vape depan anak. Selalunya bila aku tegur dia akan tarik muka lepas tu terus tak bercakap. Padahal aku tegur lembut je. Tapi entahlah bila dah selalu macam ni aku jadi malas dah nak tegur.
Ada juga aku minta tolong keluarga mertua tolong tegurkan suami. Tapi suami hanya mengiyakan je bila ditegur. Tak berubah apa-apa.
Dalam rumah hisap vape, dalam kereta pun hisap. Depan keluarga dia dan keluarga aku sendiri pandai pula dia tak hisap. Aku kesian dekat anak entah sampai bila lah dia kena sedut asap tu.
Baru-baru ni kami bawa anak ke taman. Sambil tolak stroller suami selamba je hisap vape. Aku terus cakap “mesti parents dekat sini marah nampak awak hisap vape sebab kena dekat anak diorang”.
Lepas tu suami terus jawab “penat lah kalau nak fikir apa orang cakap”. Terkedu aku dibuatnya. Rasa bersalah dengan orang sekeliling yang bawa anak. Kalau dan anak sendiri dia tak fikir apatah lagi anak orang lain.
Aku tak mampu nak cakap apa-apa sebab kami di luar dan aku tak nak jadi pergaduhan dengan apa yang aku cakap tu nanti. Cuma aku terus terfikir sendiri memang perokok/penghisap vape ni selfish ke ataupun itu sikap individu tu sendiri?
Aku dah mati akal nak buat macam mana supaya suami fikirkan orang sekeliling.
Pernah je aku tunjuk video individu yang pernah berkongsi kisah kesan mereka hisap vape. Ada yang sesak nafas dan ada yang kena tebuk dada. Tapi sikit pun suami tak terkesan.
Kalau dia nak sakit sendiri itu terpulang pada dia tapi tolong jangan libatkan orang lain terutama keluarga sendiri yang terpaksa hadap hari-hari.
Aku dah pernah cakap benda ni juga dekat dia tapi dia tak peduli pun. Entah apa sebenarnya yang ada dalam fikiran perokok/penghisap vape sebenarnya?
– Maria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Perokok tegar / kaki vape ni ko ckp la mcm mn pun.. ko bg la fatwa haram pun mesti adaaaa je akal diorang nak menang & tak rasa bersalah pun.. kdg dia alih topic, dia cakap baik haramkan gula sbb gula punca masalah kesihatan..dia kata pak imam pun smoking, mutawif pun smoking..