Apa Definisi Isteri Sempurna?

Hai semua. Nama aku Sha. Umur 30 something macam tu. Married and ada kids. Aku seorang housewife.

So based on tajuk tu kan aku cuma nak tahu apa sebenarnya definition isteri sempurna?

Yang belajar tinggi, ada karier, berduit, beauty with brain, badan bergetah even dah beranak berkali kali macam tu ke?

Aku tak de masalah apa2 lah dengan husb aku. Kitorang tak bergaduh. I mean kalau ada pun, jarang lah. Mungkin sebab aku banyak pilih untuk diam daripada melawan maybe sebab tu kot jarang nak ada isu.

And kalau bergaduh pun biasanya we both just silent treatment macam tu je. Buat hal masing2. Husb bukan jenis tinggi suara or kaki pukul.

Dah bertahun kahwin ni kalau bergaduh macam tu jelah ; silent. Takde tinggi suara, takde baling barang, takde naik tangan. This part pada aku alhamdulillah lah.

Cumanya kadang2 aku rasa macam aku ni isteri yang bodoh sangat. Walaupun ada degree aku rasa macam aku ni bodoh betul. Aku rasa macam tak tahu macam mana nak jadi isteri yang nampak sempurna kat mata husb aku.

Ke sebab aku ni housewife? Husb aku macam selalu jugaklah complaint. Ada je macam yang tak kena. Bila aku buat macam ni, tak kena. Buat macam tu, tak kena jugak kat mata dia.

Entahlah. Kadang even hal simple pun dia macam boleh bangkitkan jadi isu.

Contoh eh, let’s say malam semalam aku dah buatkan nescafe as per requested la. Then esok pagi untuk dia pergi kerja, aku buat la jugak nescafe panas.

And then dia mesti macam “air apa ni? Nescafe ke? Kan malam tadi dah minum air ni? Takkan nak minum yang sama? Awak ni biar betul? You know. Instead of “thank you” “terima kasih buatkan air”.

Mungkin yelah malam tadi da nescafe takkan pagi nescafe lagi. Tapi memang macam tu ke? Tak boleh ke minum je lepastu nanti cakap la esok air lain eh. Kadang bila aku tanya “air apa” dia jawab “tak kisah”.

So bila aku buat je air, nanti dia cakap “air ni biar betul awak ni? Buatlah air ni bla bla bla”. Aku macam kau nak apa. Aku dah tanya kau tak kisah. Bila dah buat kau kisah pulak.

Kiranya kau kisah la kau nak air apa. Cakap jelah betul2 kan. “Tak kisah” aku dengan husb memang beza. Aku punya kalau “tak kisah” tu means aku memang betul tak kisah. Lantaklah.

So bila husb aku da bising macam tu aku pun malas lah nak gaduh. So aku ambil cawan tu, aku buatlah air lain. Dalam hati tu memang menyumpah la sebab geram.

Hal lain pun sama. Aku pernah je kena marah sebab tak reti isi minyak kereta. Bodoh betul kan. Nak buat macam mana. Masa belum kahwin ayah aku pun tak pernah ajar semua tu. Aku pun takde lesen apa semua lagi masa tu.

Pernah je dia cakap “lembab betul”. Dalam hati aku taktau lah kot dia ada kata “bodoh” ke apa tak tahulah. Tapi yang terluah dari mulut words “lembab” tu memang ada. Say sorry? Dia tak pernah minta maaf pun. So it’s like semua aku yang salah.

Tapi sekarang aku dah reti la isi minyak. Guna drill pun aku reti dah. Banyak benda lah aku belajar supaya tak dilembabkan lagi.

Cuma tu lah, ada saja yang tak kena. Kadang2 aku rasa husb aku ni unpredictable. Contoh, baju kerja dia. Aku dah iron letak elok2 untuk dia pakai. Underwear singlet apa semua aku da sediakan, kau tinggal sarung pakai je.

Tapi instead of “terima kasih tolong siap2 kan semua ni”. Apa yang aku dapat? “Kenapa iron baju ni? Kan dah pakai bla bla”. “Kenapa iron seluar ni kan dah ketat?”. Bukan ketat pun cuma yelah makan banyak kan, tapi tetap seluar yang salah.

Aku macam tak ke pakai je? Kenapa mesti nak cari benda yang takde depan mata? Then kalau macam kau taknak pakai, why not kau iron je sendiri apa yang kau nak pakai. Aku ni yang dalam pada terasa hati ni iron la jugak yang lain.

So aku boleh agak husb aku ni unpredictable, so tiap kali iron baju aku mesti iron lebih so kau boleh pakai mana kau nak pakai.

Kadang aku cemburu dengan member yang single. Bebas tak perlu nak fikir orang. Paling tak pun fikir family adik beradik jelah and hal kerja. Tak serabut fikir perangai partner.

Aku housewife kan. Bab anak kat rumah ni memang A-Z atas bahu aku. Kalau husb cuti, nak suruh mandikan anak tu kadang berkali aku sebut kuat “haaa Z mandi dengan daddy. Ajak daddy mandi”. Dah berkali baru lah dia mandikan.

Aku ada anak yang still berpampers. Most of the time kalau anak berak, aku la yang kena basuh. Husb aku kerja ada hari cuti. Aku housewife bila aku nak cuti?

Aku pernah la saja gurau kan, “rasa macam tam sihat ni boleh kot MC”. Then husb aku jawab, “amboi nak mc apa lagi. Kerja memang duduk rumah nak mc apa. Lain la saya kerja pagi petang belum masuk kursus lagi apa semua”.

Masatu baru aku tahu mungkin sebab tu kot Allah jarang bagi aku sakit. Last demam pun aku tak tahu bila. Mungkin sebab kalau aku demam pun takde beza.

Kadang pernah la terdetik dalam hati nak masuk hosp stay hosp semata nak rest cukup. Selalu jugak husb aku compare aku yang baru kahwin dengan aku yang bila da ada kids ni.

Bangun selepas dia bangun. Kalau tak tu, dia bangun semua dah bersiap. Habis tu, aku ada anak yang masih BF. Dia sedap tido, aku bangun bf anak. Mommy2 yang bf fahamlah kot apa yang aku rasa.

Nampak je macam baring bagi susu. Tapi penat lenguh haus lapar Allah je tahu. Nak hulur secawan air untuk aku? Tak pernah. Kalau aku bangun lambat pun bukanlah aku bangun 6.30am pun. Paling lewat pun pukul 6am je.

Once da buka mata, takde dah istilah tidur balik. Berjaga la sampai malam. Kalau hari husb aku kerja bolehlah aku curi tulang sikit baring2 Jap lepas dia gerak kerja.

Then husb aku selalu la kata aku tak terurus. Yelah fasha sandha pun da kurus so apa lagi alasan aku untuk makin mengembang.

Bila aku makeup takde pulak nak kata cantik. Duk “biar natural”. Bila dah natural ada je pulak point dia. Aku buat rebonding. Lama dah. Bila dah lama ni biasalah naik balik rambut asal.

Korang yang pernah buat rebond boleh tak suggest produk apa yang ok untuk bagi rambut nampak elok balik? Sikat yang elektrik tu betul2 boleh buat lurus balik ke?

Dia selalu cakap duit bulan2 bagi gunalah cantikkan diri. Cuba korang cakap nak cantik macam mana tu? Aku nak pergi spa sape nak tengok kids? Husb? Mimpi.

Aku masuk watsons 20 minit pun dia da mesej “lembab betul. Buat apa lama kat dalam tu?”. Kalau spa. Ada ke spa 10 minit je.

Lepastu aku pernah la cakap nak pergi salon, so u jaga kids. Then dia cakap tu pun tak boleh fikir. Ada je yang lurus rambut tapi tam pergi salon. Macam mana tu?

Kalau ada pun macam mana aku nak buat sendiri mana dengan anak lagi aku kena jaga. Aku cuma boleh mekap lite2 jelah pakai kemas2 sikit depan husb. Cuba la jadi yang menarik tapi ada jelah tak kena.

Istilah isteri sempurna tu apa. Aku hari2 rutin sama. Masak, basuh baju, sidai lipat, kemas rumah kemas dapur , bilik. Hari2 vacuum. Tapi husb aku mesti “kemas la rumah ni. Janganlah sepah”.

Aku kadang nangis dalam toilet sebab aku fikir kau nak kemas macam mana lagiii ni aku tak faham lah.

Kau balik dalam keadaan anak da mandi da makan, takde toys yang berselerak. Tak boleh ke just say “thank you jaga kids n urus rumah masa I kerja”. Susah ke nak cakap macam ni.

Kadang2 sebelum tidur aku dah plan nak buat tu nak buat ni. Tapi bila pagi lagiii dah mula nak cari salah aku so aku jadi macam useless terbaring jelah. Agak2 laki aku nak balik baru aku settlekan semua apa yang patut.

Banyak lagi sebenarnya. Aku kadang rasa serabutt. Banyak lagi aku nak tulis benda2 yang tak masuk akal keluar dari mulut suami aku tapi penat pulak nak taip. Next time maybe? Or maybe not?

Ada hari aku nak lari dari rumah. Kau jaga la anak sendiri. Ada hari aku rasa macam nak mintak cerai je so that aku boleh rasa aman tanpa takde pagi hari dah mula dipersalahkan.

Tapi tulah nak kata gaduh pukul tu takde lagi. Biasa2 je. Aku pun lebih pilih diam dari melawan balik. Sebab penat nak lawan balik sebab at the end semua aku lah tak betul.

Korang doakan aku. Thank you.

– SHA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *