Apa Erti Bersyukur?

Assalamualaikum semua, nama aku Hati. Aku seorang student dalam IPTA yang bekerja sambil belajar.

Penat memang penat tapi apakan daya, tak kerja tak makan. Duit PTPTN pun tak mencukupi nak tampung kos harian aku kat sini.

Aku ada seorang roommate dia cantik, kaya, lemah lembut dan seorang yang free hair.

Kehidupan dia nampak mudah je semua boleh settle dengan duit. Kalau craving something just beli tanpa fikir duit cukup ke tak nak makan hujung bulan ni.

Kalau orang kata kenapa tak mintak biasiswa? Kos aku tak melayakkan aku untuk mendapat biasiswa walaupun cgpa stpm cemerlang.

Disebabkan tu jugak pointer aku dalam zaman degree ni makin menurun sebab aku tak yakin. If aku cemerlang pun aku masih tak layak untuk mendapat kesenangan dalam kehidupan universiti.

Kadang kadang aku menangis jugak bila mengenangkan kehidupan aku.

Aku tak salahkan parent aku tapi serba sikit aku agak mengeluh kenapa aku dilahirkan dalam keadaan tak serba cukup minta maaf sangat mak ayah kak tak tahan hidup yang banyak memerlukan kewangan.

Korang bayangkan pukul 10 kelas sampai pukul 4 dan pukul 4 terus pergi kerja.

Dan aku kerja kafe ye korang, yang melibatkan aku memasak dan buat cod lepas habis kerja.

Aku akan masuk bilik pukul 11 malam. Masa tu memang tak larat nak sentuh assignment dan terpaksalah aku bangun pukul 4 pagi siapkan apa yang tertunggak.

Kehidupan aku penat sangat. Sekarang pun air mata aku bergelinang sambil type kisah kehidupan aku dalam alam universiti.

Kadang-kadang bila aku cerita dekat orang lain, mesti diorang cakap kenapa kau tak reti bersyukur?

Diorang just boleh cakap tapi yang mengalami itu adalah aku.

Aku cuba untuk bersyukur setiap hari tapi perasaan tu jadi hiba bila tengok kawan classmate lain muka okay tang muka aku dikatanya penat dan lesu.

Ada juga kawan yang memandang rendah kat aku sebab aku selalu siapkan assignment last minut,e tapi masih boleh siapkan sebelum due date.

Kawan yang memandang rendah dekat aku tu la yang selalu aku bagi lebihan makanan dan sanggup naik tingkat lima ke bilik dia.

Hmm ntahla kadang-kadang aku fikir juga tentang kem@t!An. Maybe yang tu penyelesaian dalam hidup aku, tapi alhamdulillah buat masa sekarang aku masih ada pegangan agama dan takut kepada Allah.

Aku tak minta banyak tapi just kata semangat untuk aku meneruskan alam degree sambil bekerja.

Terima kasih korang yang sudi membaca luahan aku. Aku doakan korang yang mengalami kesusahan dipermudahkan urusan korang sampai ke jannah. 

Ikhlas dari,

– Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. dik, mgkin adik boleh dptkan kerja yang xmemerlukan banyk tenaga, contohnya, jadi affiliate, buat jualan online, data entry, guru tuisyen, dan sebagainya. sbb pd akk kerja f&b ni mmg la sng dpt, tp kepenatan nya mmg tahap agung. guru tuisyen pun not quite bad, jd bby sitter part time pun not quite bad. kena pandai urus masa.

  2. Dik, jgn bandingkn diri awak dgn org lain.. masing2 ada ‘rezeki’ yg telah ditentukn Allah, yakinlah dgn ketentuan-Nya, tp kita kna lah berusaha.. klaw awak tengok sekeliling, bnyak je org yg skrang berjaya, tp dlunya susah masa belajar, parents pon org kampung yg susah.. dlu mse blajar, sya ada kwn dr pantai timur, mk ayah dia org susah, nk antar masuk U pon, org kta macam ‘bergolok bergadai’ nk dapatkan duit utk antar daftar U tu, sbb dia ank ‘harapan’ mk ayah dia, lps setelkan yuran pendaftaran bagai2 tu, parents dia cuma bagi rm50 utk dia blanja, sbb diorang pon nk pkai dt utk blk ke kampong, bayangkanla nk hidup mcmne dgn wang sebnyak tu, biasiswa ke ptptn pon x dpt lg mse tu.., tpi dia redha je, kdg2 ada je kwn2 yg ‘blanja’ dia mkn or bgi or share apa2 dgn dia.. d samping tu dia ada juga buat krja2 sambilan d hujung mnggu, jd promoter or buat part time d supermarket or fast food.. fast fwd, skrg dah jadi seorang yg berjaya dlm kerjaya dia, plus dia ada ‘perniagaan’ sendiri juga, dah bole tolong family dia semua, berkat kesabaran dan kegigihan dia.. so, awk bnyak2 la bersabar n bertabah ye, tp jgn abaikn pelajaran, krn itu amanah yg penting ditunaikn dlu.., klau awk gagal, nt parents awak yg kecewa. Inshaa Allah, kmi doakn agar awak berjaya menempuh segala dugaan dan berjaya dlm hidup.. aamiin

  3. 1. susun blk flow duit, tgk mana yg blh cut
    2. fokus study, bkn kerja sbb could be ade benda yg awk xperlu pun spend.
    3. minta bantuan zakat negeri, zakat uni, unit bendahari uni
    4. stay kolej kediaman (blh jimat kos sewa)
    5. guna prepaid (data)
    6. makanan sila masak, akak x suggest awk follow tp masa akak study uitm dulu akak ada rice cooker.. akak msk nasi n letak telur dlm tu sekali(kulit basuh bersih2).. then mkn dgn kicap/sambal yg makcik buat.. klu ade spot check, akak simpan semua masuk kotak.. tlg jgn masak guna api direct, guna rice cooker brand midea pun ok (baru RM 48)..
    7. avoid beli kopi or air manis, skrg 1 cup pun dh rm7
    8. aktif kt uni, cth masa akak dulu kor suksis/komando dpt elaun, cuma kena turun kawad je lah..
    9. uni akak provide elaun makanan so akak apply, akak jd MDS(faci utk new student masuk, ganjaran dia akak dpt stay kolej kediaman free utk 1 sem)..

    akak xsure u uni mana, tp tlg fokus study and jgn pressure sgt2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *