Aku selalu cemburu tengok adik-beradik yang lain, bahagia je. Iyalah kadang-kadang gaduh itu semestinya. Aku suka tengok adik-beradik ramai, bila berkumpul memang meriah nampak.
Aku ada tiga orang adik-beradik. Tiga-tiga perempuan. Daripada kecil memang kami ini bahagia lah juga, kadang-kadang gaduh lepas tu baik semula.
Adik-beradik aku semua sekolah asrama. Kakak aku sekolah di sekolah agama swasta. Semua orang-orang kaya. Aku yang kedua, sekolah kerajaan biasa tapi asrama juga. Adik aku sekolah agama.
Bila orang tengok, wow! Bagusnya sekolah agama. Iyalah kecuali aku. Bagi aku sama je perangai masing-masing.
Adik-beradik aku start renggang bila arwah ibu aku meninggal. Ayah aku dah lama meninggal. Waktu arwah ibu aku meninggal aku dah habis SPM 18 tahun. Adik aku sekolah menengah. Kakak aku IPG.
Sebenarnya yang aku perasan lepas kakak aku kahwin kami dah mula selalu bergaduh. Kakak aku kahwin lepas dia dah habis belajar. Aku baru tahun pertama di universiti. Kakak aku kahwin pilihan keluarga juga.
Waktu dia kahwin, bukan setakat adik-beradik kami je bergaduh. Pak cik mak cik pun sama tidak bersetuju. Sebab itu aturan Pak cik Kami yang sulung. Pak cik mak cik lain tak setuju. Aku pun tak setuju sebab baru kenal terus nak kahwin
Aku ingat lagi, dia cakap nanti dia kahwin dia nak senangkan kami adik-beradik. Dia nak kita duduk sama-sama. Tapi itu semua janji di mulut. Dah kahwin dengan orang kaya, lupa asal usul.
Petanda awal dia dah abaikan kami adik-beradik. Bila dia nak kahwin tak menyempat nak tunggu aku balik.
Dia nak kahwin waktu aku exam. Bukannya adik beradik ramai pun nak tunggu balik. Itupun nasib ada mak cik aku suruh ubah tarikh kahwin tu. Tunggu sampai aku balik.
Aku, bila kakak aku kahwin, aku dah mula tak harap apa-apa dah. Segala janji-janji dia aku dah malas nak fikir. Mesti kecewa. Tapi adik aku ini spesies pegang pada janji. Janji kononnya nak jaga, bagi kesenangan bagai tu lah menjadi punca pergaduhan.
Aku belajar universiti jauh, jadi yang dekat ialah adik dengan kakak aku. Tapi kadang-kadang bila gaduh, dengan aku pun kena sekali. Tapi aku tak ambil port sangat. Sebab aku jauh, tak tahu cerita sebenar.
Kadang-kadang aku balik cuti sem tu, sekali je kowt aku jumpa kakak aku tu. Bila dah ada anak bertambah sibuk. Bukannya anak 10 orang, baru seorang. Kalau nak ajak makan sama-sama pun susah. Lebihkan keluarga mertua.
Iyalah keluarga mertua kan kaya. Aku ni yang sekali-sekala balik, at least boleh lah makan bersama borak bersama. Takde weyh, kalau makan sama-sama pun sibuk tunjukkan adegan sweet2 dengan suami depan kami yang bujang ni. Kalau raya asyik berkepit dengan suami.
Sebab itu kalau ada apa-apa tak puas hati susah nak cakap. Sebab dia tak boleh berenggang dengan suami anak keluarga mertua dia. Maka, diam je lah. Dekat sini dah nampak dah kegagalan komunikasi. Aku pun dah sedar benda tu.
Sampailah aku habis belajar, tiba-tiba kakak aku ni konon-konon nak care pasal aku. Dia suruh aku sambung belajar. Aku pun hairanlah, kenapa tiba-tiba. Selama ini aku belajar pakai duit sendiri, takde pun nak kisah.
Aku ni tidak la beria sangat nak sambung belajar. Lepas tu bila aku tengok keluarga mertua dia. Ouh ada akauntan ada pensyarah. Jadi dia nak jadikan aku macam dorang la kononnya. Nak naikkan standard. Aku tak rasa benda tu penting. Start dari sini aku dah asyik bergaduh dengan dia.
Dia sukalah guna hujah-hujah agama dia untuk lawan aku. Aku dah istikharah, dia suruh aku istikharah balik.
Kadang-kadang aku rasa dia tak suka aku balik. Biarlah duduk jauh-jauh. Adik aku pun cakap kakak aku terlalu mendesak aku. Takde point pun sebenarmya dia suruh sambung belajar tu.
Adik aku ini pun spesies akak aku juga. Double standard. Lepas je habis belajar aku kerja part time. Aku rasa macam tak berbaloi je aku kerja, dengan gaji RM1200, sewa rumah RM600 belanja dapur dalam RM500.
Mesti korang tanya kan macam mana boleh sampai RM500? SEBAB adik aku ni dia spesies demand. Nak makan benda viral je.
Tambah sedih hidup aku kan, bila dah start pkp, majikan bayar gaji aku lambat gila. Kiranya dah 2 bulan aku tak dapat gaji. Aku terpaksa korek duit simpanan aku.
Adik aku, kalau aku tak beli ‘makanan viral’ ha! Comfirm mengamuk. Dah la waktu PKP duduk rumah je. Hadap perangai dia lagi. Semua aku buat semua dia nak marah.
Kalau korang rasa aku ni terlampau berlembut, tak juga. Aku ni pernah nasihat lembut sampai dah tinggi suara dengan dia. Tak jalan juga.
Last-last PKP ke 4 tu aku decide nak balik rumah mak cik aku kat kampung. Aku cakap kan, aku dah boleh sakit mental hadap perangai adik aku tu.
Aku jujur cakap, sampai rasa nak bunuh je dia tu. Asallah adik aku ni susah betul nak faham. Dah nak masuk 20 tahun bukan budak-budak.
Aku balik sorang je sebab adik aku tak nak ikut balik. Ha! Lantaklah. Yang penting aku nak balik.
Aku balik tu aku cerita lah semua benda kat mak cik aku dengan sepupu aku. Weyh serious aku rasa nak nangis. Sepupu aku cakap ada banyak faktor kenapa adik-beradik kitaorang jadi macam tu.
1) Sebab tiada orang tua nak satukan bila kami gaduh. Selalu kalau waktu kecik, kami gaduh mesti arwah ibu akan usaha baikkan kami.
2) Aku tak kenal adik-beradik aku. Mungkin selama tiga tahun aku belajar jauh tu, aku tak tahu apa yang berlaku dekat sini. Dah berubah perangai masing-masing. Dan aku masih lagi ingatkan perangai adik-beradik aku yang dulu.
3) Mungkin sebab kami semua dari boarding school. Dan ada lifestyle yang berbeza. Contoh kakak dengan adik aku walaupun dia sekolah agama, tapi mereka selalu bergaul dengan orang kaya. Kawan dengan orang kaya.
Jadi mereka ada ‘arrogant’ tersendiri. Sedikit sebanyak akan tersosialisasi juga. Aku, dah biasa dengan kehidupan orang susah. Jadi aku takde la rasa aku susah sangat, sebab aku nampak ada orang lagi susah dari aku.
Habis je sekolah masing-masing belajar jauh-jauh. Memang kuranglah masa bonding time. Komunikasi melalui whatsapp. Kalah whatsapp tahu-tahu je lah. Kadang-kadang salah sikit dah miscommunication.
Tapi seriously, aku tak harap apa-apa dah dari adik beradik aku. Aku nak hidup dengan diri sendiri je. Habis PKP aku nak kembali semula ke tanah tempat aku belajar. Jauh hati? Iya. Merajuk? Iya.
Tapi biarlah bahagia dengan cara kita.
Apa ertinya adik-beradik kalau nak luangkan masa bersama pun tak boleh. Kalau whatsapp atau call belum tentu berjawab. Apa ertinya adik-beradik kalau tidak saling memahami.
– Zie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit