Assalamualaikum semua. Panggil aku adik. Aku anak 3 daripada 3 beradik dan aku merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. Aku tidak mahu bercakap tentang keluarga aku tetapi tentang kakak angkat aku. Aku kenalkan dia sebagai kak rose. Aku mengenali kak rose semasa simposium tentang P.Ramlee di UPM pada tahun 2007. Pada mulanya, aku dan dia hanya bertegur sapa sahaja sehinggalah kami kerap keluar bersama dan menjadi sangat rapat.
Aku mengangap kak rose sebagai kakak aku sendiri memandangkan aku tidak mempunyai kakak dan kak rose juga begitu. Kami seperti adik beradik sehinggalah kak rose berkahwin dengan abg A , fellow di kolej kediaman aku. Selepas berkahwin, kak rose dah tak seperti dahulu. Dia sentiasa menangis. Tiap kali dia kesedihan pasti dia menghubungiku. Namun, tidak pernah sekali pun kak rose menceritakan apa yang berlaku. Tapi aku hanya mengangap dia stress dengan program masternya. Aku dan kak rose sudah jarang keluar bersama tetapi kami masih lagi berhubung melalui text dan call.
Di university, aku hanya keluar apabila kak rose yang ambil atau mami yang ambil sahaja. Aku bukanlah jenis keluar tanpa sebab untuk ke mall seperti kawan-kawan lain. Kawan-kawan pun tidak berkawan denganku kerana aku kerap keluar dengan kak rose. Jadi masa untuk bersama kawan-kawan kolej atau fakulti sangat terhad. Suami kak rose, Abg A memang tidak menyukai aku kerana aku jenis tidak ramah atau tidak mesra alam. Dia kerap mengatakan bahawa aku sombong kepada kak rose. Tapi kerap kali kak rose menafikannya. Pada waktu ini, kak rose bekerja di Wisma dayabumi kl. Aku sangat-sangat menyanyangi kak rose dan sangat menjaganya. Ini juga menyebabkan Abg A tidak selesa denganku.
Pada suatu hari, kak rose ingin berpindah rumah dan mengajakku menemaninya. Aku pergi. Aku dan kak rose mencari rumah dan menguruskan hal pindah berdua sahaja. Pada masa ini aku menjadi sangat pelik kenapa Abg A tidak membantu. Namun aku diamkan sahaja. Selepas berpindah, aku memberitahu kak rose bahawa aku tidak berada di KL selama beberapa bulan kerana praktikal. Kak rose sangat sedih dan kerap melawatku. Semasa praktikal, aku mulai pelik kerana kak rose jarang menghubungiku. Sekembalinya aku ke KL, kak rose memberitahu bahawa Abg A tidak membenarkan dia mengandung dan hanya pulang pada sabtu dan ahad sahaja. Aku mengamuk teruk. Abg A turut melarang kak rose menghubungi aku lagi.
Aku akur dan tidak menghubungi kak rose lagi dan kak rose juga mengelak dari menghubungiku. Namun, aku tetap menghantar pesanan tanpa balasan dari kak rose. Tahun 2013, aku diragut. Segala HP dan no telah hilang. Dan aku kehilangan satu-satunya kakak kesayangan ku. Aku menghubungi abg S (kawan kak rose) yg aku kenali. Tapi Abg S juga tidak mengetahui tentang kak rose. Selepas 5 tahun, tanpa sebarang berita. Aku begitu merindui kak rose. Hanya potret dia bersama keluargaku sewaktu konvovesyenku menjadi kenangan.
Tahun 2019, aku menemui direktori peribadi kak rose di sebuah agensi kerajaan. Aku sangat-sangat merinduinya. Aku boleh sahaja menghubunginya namun aku menolak untuk berbuat begitu. Apa ertinya sayang kalau dia sendiri tidak mahu diganggu lagi. Sayang padaku kini, hanyalah mahu melihat dia bahagia. Pesanan buat kak rose, kakak.. adik mungkin bukanlah adik yang baik namun sayang adik pada akak, ikhlas dari hati adik. Seperti janji adik pada akak dulu, adik tak akan mudah menangis lagi. Adik akak kuat. Adik harap akak bahagia dengan abg A wlpn adik tahu pahitnya kisah akak dengan Abg A.
Kak, dah 5 tahun berlalu kak.. terlalu lama kita mengenali . Adik tetap sayangkan akak. Adik tahu akak dah berjaya menamatkan PHD akak. Tahniah kak. Adik mohon maaf sekiranya adik pernah melukakan hati akak. Tahun ini, izinkan adik memadam nama akak dari ingatan adik. Adik tidak sekuat dahulu. Mungkin sudah tiba masanya adik berhenti mencari akak. Hanya letakan akak sebagai kenangan paling indah dalam hidup adik. Terima kasih kerana pernah mencurahkan kasih sayang dan perhatian pada adik. Kak rose, terima kasih.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit