Hi semua. Nama aku J. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan antara yang terbongsu dalam kalangan adik beradik aku yang ramai.
Kebanyakan adik beradik yang berada atas aku sudah berumah tangga dan sudah pasti aku mempunyai ipar yang ramai.
Apa yang aku nak sampaikan semuanya berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku baik keluarga dekat, keluarga jauh, rakan-rakan dan stranger.
Seperti yang korang boleh baca pada tajuk confession aku, berkenaan dengan perempuan.
Ya. Perempuan.
Sejak memasuki alam dewasa, aku merasakan ada yang tidak kena dengan peranan perempuan. Mahu menyebut tidak adil nanti ada pula yang cakap aku ini feminist tetapi bukan itu yang aku maksudkan.
Apa yang aku lihat, perempuan perlu mahir dan lakukan segalanya. Jika di dapur, perempuan yang perlu memasak dan sajikan makanan.
Dan perempuan jugalah yang perlu mengemas semuanya. Pantang dilihat jika tidak berada di dapur manakala yang lelaki pula hanya perlu duduk di meja dan menyuap makanan ke mulut.
Adakah hanya perempuan yang perlu tahu perihal dapur?
Jika di ruang rumah, perempuan yang perlu mengemas, menyapu dan mengemop.
Jika di luar, perempuan yang perlu berdikari drive kereta ke sana ke sini dan perempuan juga lah yang perlu turun ke kedai-kedai untuk membeli barang keperluan rumah.
Jika disebut perihal anak-anak, sudah tentu perempuan yang hamil dan melahirkan anak,
Tetapi tidak lupa juga bahawa perempuan juga lah yang bersengkang mata menguruskan anak, memujuk anak, memberi makan dan mendidik anak.
Dan anak-anak perempuanlah yang perlu berusaha gigih untuk mahir perihal rumah dan cemerlang dalam pendidikan.
Perempuan juga berkerja dan menyumbang kepada perbelanjaan keluarga.
Aku tidak menafikan nafkah yang diberi tetapi kebanyakkan masa perempuan juga lah yang mengeluarkan duit belanja. Ya kerana gaji perempuan yang lebih besar.
Mujur saja rukun wali dan suami yang melafazkan akad itu lelaki. Jika terdapat pilihan mungkin juga akan ditolak peranan itu kepada perempuan?
Jika anak-anak lelaki dibesarkan dalam suasana begitu tidak peliklah jika sudah berumahtangga, mereka menjadi tuan jika pulang ke rumah ibu bapa sendiri kerana ibu dan adik perempuan lah yang akan menjadi pelayan mereka.
Mudah sahaja kan, suami isteri akan keluar ke dapur jam 9 pagi ketika sarapan sudah siap tersedia. Begitu juga lah pada waktu makan tengahari dan makan malam. Mudah bukan?
Aku ada juga terbaca kenyataan dan komen makcik-makcik yang dikatakan sudah makan garam terlebih dahulu. Mereka katakan bahawa itu sememangnya tugas perempuan kerana mereka juga begitu dahulu.
Tetapi dulu dan kini tidak sama. Perempuan juga sudah berkejaya. Jika semuanya perempuan, apakah peranan lelaki yang gagah lagi perkasa? Adakah sekadar menjadi penyumbang kepada kelahiran zuriat?
Melihat kepada apa yang berlaku membuatkan perasan gamophobia semakin menebal dalam diri aku.
Aku bukanlah anti perkahwinan tetapi soalan aku;
Jika perempuan perlu melakukan segalanya, jadi apakah fungsi perkahwinan?
*mohon jawab dengan berhemah please.
Aku yang juga seorang perempuan.
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit