Assalamualaikum. Hi admin. Harapnya post ni di approve laa ye. Ni je cara nak bagi org2 yg berkaitan dgn tajuk di atas sedar diri sikit.
Aku N. Umur 23. Asal pantai timur. Aku ada sepupu sepapat yg sgt ramai memandangkan makcik2 dan pakcik2 aku ada 10 org anak dlm setiap keluarga. Semua cousins aku dah kahwin kecuali adik beradik aku. Sebab mak ngn ayah aku anak bongsu. Aku nak cerita benda ni supaya dorang sedar since dorang dah block whatsapp, facebook and all media socials aku. Dorang follow je iium confession ni.
Aku ni jenis cakap direct. Takde tapis2. Mmg aku jenis tak pikir perasaan org. Tp tu lepas apa yg dorang dah buat pd aku dan family aku. Mak aku ada master, ayah aku belajar sampai kolej kemahiran je. Semua cousins aku ada degree, master n phd. Paling rendah pun degree. Aku? Sijil kemahiran je. Tu pun tak laku kat universiti tempatan.
One day, cousin aku yang paling sulung dari semua cousins aku dtg rumah aku. Dia ada anak 6 org. Aku paham laa budak2 kecik bila dtg rumah org mane reti duk diam. Tp aku mmg pantang bila main keluar masuk bilik org pastu ambik brg org tanpa izin buat harta sendiri. Mak dia buat apa? Buat bodoh je. Mak dia ada phd tp tak reti didik anak. Bila aku cakap kt mak dia yg anak2 dia ambik brg aku, tau ape mak dia cakap? “Eh biar lah dorg ambik. Setakat benda tu aku boleh bayar dua kali ganda la!” Amboi cik kak. Dah berasap dah aku ni. Menjawab kan nanti kata biadap pulak. Aku senyap. Sebab mak aku jeling kemain(aku takut ngn mak aku). Aku paling tak suka dgn cousin aku yg ni. Anak2 buat sepah, boleh pulak dia suruh sepahkan lagi. Kalo budak2 tu umur 3-5 tahun xpe, aku tak kisah. Tp kalo dah umur 14-10 tahun, tak kan tak reti2 lagi nak kemas balik? Yg kena kemas aku ni haa. Mak dia buat apa? Buat bodoh sambil layan phone. Geram jgk aku. Pernah sekali aku pukul anak dia yg sulung sbb ambik aku punya CD yg aku kumpul dari sekolah rendah. Dah ambik pastu patah2 kan. Kau rasa? Aku lempang budak tu. Biar padan muka dia. Cousin aku yang ni mmg aku anti. Bila dia balik kampung, aku lari tumpang rumah org lain. Sombong nk mampus! Ada phd tp tak reti didik anak. Patut laa anak2 pun 2×5 je ngn kau.
Cousin yg ke dua ni adik kpd cousin yg atas td tu. Anak yg ke 5. Dia ni mmg mak aku sayang gilerr. Jaga mcm anak sendiri. Hari2 whatsapp tanya dah makan ke belum. Adik2 dah makan ke. (Mak dorg(makcik aku) dah meninggal so 100% adik2 dia yang tanggung) Mak aku ni mmg jenis peramah. Jenis tak kisah. Jenis yg org pijak kepala pun dia still senyum lagi. Aku tak kisah laa bab mak aku syg dia tu. Aku tak cemburu pun. Long story short, dia ni dah nak kahwin. Tapi tak bagitau mak aku pun. Even org lain pun tak tau. Mak aku mcm terkilan laa. Yelaa dah jaga lebih dari anak sendiri, tapi bila nak kahwin sepatah pun tak bagitau. Sejak pd tu mak aku tak peduli dah pasal dorang. Setiap kali dorg datang rumah, mak aku buat2 tak tahu. Mak aku mcm terasa hati ngn dorg.
And sejak pd tu jugak aku cakap main lepas je. Semua cousins aku terkejut. Dorang marah aku sebab biadap. Siap tinggikan suara lg kat mak aku sbb tak reti ajar anak. Mak aku dah menyinga dah masa tu. Semua diam. Sorg2 blah lepas tu.
Raya tahun lepas, dorang semua balik rumah mak aku. Mmg dah tradisi kitorg, bila raya berkumpul kt rumah aku. Sebelum dorg sampai, aku kias2 dulu dlm fb. Aku suruh anak2 dorg behave. Cousins yg sulung tu nak marah sebab aku kias camtu. Sampai je kat rumah, terus cari aku. Masa tu aku dah keluar dah p lepak tempat lain. Waktu ni mak aku dah start caring balik pasal dorang. Start mcm dulu. Mak aku call suruh balik. Then aku balik. Sampai rumah terus kena serang. Mak aku pukul aku dpn cousins aku. Aku tahan je marah. Yg lain dah sengih2 tgk aku kena pukul.
Lepas pd tu aku dah tak bercakap langsung dgn dorang sampai skrg. Aku buat mcm dorang tk wujud. Peduli ape aku. Masing buat hal masing2. Mak aku pun tgk aku diam, dia pun diam.
Aku ni ada sijil kemahiran je. So lepas abis belajar aku duk rumah je. Buat kerja2 rumah je. Kiranya aku mmg tak kisah langsung pasal dunia luar. Cousins aku ni sindir2 aku sebab belajar tahap sijil je. Then dorang pulaukan aku. Bila bercakap dorang guna bahasa2 tinggi. Eh ingat aku tak paham ke? Mak aku hari2 cakap ngn aku guna ayat master, ingat aku tak reti ke? Dorang cakap aku takleh campur ngn dorang sebab tak de kelayakan. Aku pun tak hingin laa. Adik2 aku ni pandai2. Semua exam straight A’s. Kiranya boleh geng laa ngan dorang. Kawan tgk result exam eh? Taktau pulak aku.
Disebabkan aku dipulaukan, setiap kali gathering family aku tak join. Aku cari alasan konon ada meeting college laaa, ada seminar laa, anything yg boleh aku elak dari dorang.
Masalahnya sekarang, apa masalah dorang ngan aku? Wpun aku tak belajar tinggi, at least aku ada pendapatan sendiri. Aku bukak kedai sendiri. Boleh tanggung family aku. Aku ada kacau family dorang ke?
Tu je nak cakap. Buat2 paham dah laa cerita aku ye? Sebab tak reti tulis karangan. Maklum la xde degree, master n phd. K cau!
– Sis Sakit Hati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit