Apa Hak Aku Sebagai Anak?

Assalamualaikum untuk semua pembaca. Nama aku Sofea. Kali ni aku nak cerita sikit pasal family aku. Mak aku dah meninggal beberapa bulan lepas. Aku ada 3 orang adik. Abang n kakak aku semua keje luar (merantau).

Aku penuntut kat salah sebuah universiti awam dan sekarang tengah semester break. So nak dijadikan cerita rumah kat kampung hanya ada abah, aku dan adik-adik aku.

Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada pasal abah aku. Aku taktahu dia jenis yang macam mana. Dari mak aku ada sampai la takde, perangai dia masih sama.

Sebelum mak aku meninggal, bertahun-tahun mak aku tahan dengan perangai dia yang cepat marah atau lebih kepada bossy.

Semua masalah yang terjadi dalam rumah ni, semuanya dia lemparkan kepada mak aku. Penuh dengan kata-kata kes*t. Semua hal yang tak elok anak-anak buat semua dia salahkan mak aku.

Di cacinya mak aku ni sampai la malam mak aku meninggal, beberapa jam sebelum tu pun adik aku cerita abah aku marah-marah mak aku sebab mak aku mengadu sesak nafas, lepas tu dia cakap mak aku mengada-ngada. Wallahi terkilan aku dengar.

Time aku dapat berita mak aku dah takde malam tu, terus aku rasa hati aku takde, aku luahkan semua kat roommate aku time tu jugak. Apa yang aku ingat aku cakap, “Kenapa bukan abah, Kenapa mak”.

Apa yang aku boleh cakap, air mata mak aku jatuh almost everyday hanya disebabkan abah.

Abang & kakak aku tak tahu pun pasal abah yang selalu buat mak aku macam tu. Aku & adik-adik je tahu sebab adik-adik selalu kat rumah. Dan aku pulak mak aku selalu luahkan kat aku.

Lagipun time cuti panjang, aku ada kat rumah. So boleh tahu la keadaan rumah tu macam mana.

Oh btw, kalau abang & kakak aku balik kampung, sikit pun dia takde nak marah. Aman damai je rumah tu.

Berbalik kepada motif asal aku, keesokan hari mak aku meninggal, jauh dalam sudut hati aku, aku taknak duduk rumah tu kalau mak aku takde. Selama ni pun, mak aku lah tempat yang aku jadikan pelindung dari abah aku.

Ya, memang aku tak boleh nak bersembang, nak bergurau senda dengan abah macam orang lain. Semua benda yang aku buat, aku akan update dekat mak aku je. Bila mak aku takde, aku rasa dah tak selamat nak duduk rumah ni.

Wallahi aku rasa tak selamat. Aku rasa nak duduk je rumah sewa kat tempat aku belajar tu even semester break sekalipun. Tapi apakan daya, aku ada adik-adik kat rumah yang tunggu aku balik.

Bila kat rumah ni, segala bebelan dia, marah dia, aku telan je hari-hari. Aku ingatkan dia dapatlah berubah bila mak aku takde, tapi tetap sama.

Nak dipendekkan cerita, malam tadi time tengok tv, dia cakap kat aku,

“Gemuknya kau.” , “Gemuk ni banyak penyakit.” , “Gemuk ni takde orang nak.”

Banyak kali dia cakap macam tu sambil gelak-gelak. Memang dah selalu sangat dia cakap macam tu, tapi aku dah kalis dah, tahan je sebab fikir dia tu abah aku. Sebelum ni memang aku tak pernah bantah cakap dia ke apa.

Lepas tu aku cakap, “Orang kurus pun boleh ada penyakit juga”

Terus dia sentap cakap aku menjawab kata-kata dia. Wallahi aku takde niat. Aku ni takde la gemuk sangat, berat 80+ je tapi entah lah.

Sakitnya bila abah aku sendiri cakap macam tu. hmm. Padahal bila time makan malam, dia yang paksa aku makan, paksa aku habiskan makanan yang tersisi.

Lepastu bila dia nak masuk tidur, dia tengok adik-adik aku tengah main fon. Terus dia membebel macam takde hari esok. Last ayat yang dia cakap,

“Nanti aku bagitahu lah kat abang² & kakak kau biar dorang jaga kau. Biar aku yang bagitahu sdiri lah. Malas aku nak jaga, aku nak bawa Anis (adik bongsu) je dengan aku.”

Ayat tu lah yang buat aku terdetik nak confess kat sini.

Sejak mak aku takde ni, pernah jugak aku luahkan kat kakak ipar aku, tapi dia selalu cakap,

“Abah tu dah tua dah. Dengan keadaan dia macam tu, dia perlukan perhatian. Kita kena pandai ambil hati dia”

Abang & kakak aku tak rasa apa yang kami kat rumah ni rasa. Sakit, sakit sangat. Rasa nak lari jauh-jauh. Kalau time abab marah, dia selalu cakap,

“Anak-anak ni kena jaga hati orang tua, nak pegi mana kalau takde restu orang tua, kalah tak jaga hati orang tua.”

Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang perlu rasa. Aku & adik-adik ni dah penat sangat. Cacian, makian tu tak lekang dari mulut dia bila dia marah. Kami yang kena dengar semua tu.

Puas dah jaga hati dia, tapi ada je benda yang dia nak jadikan masalah. Kadang aku selalu bertanya-tanya dalam diri aku, kenapa mak aku pergi dulu, kenapa bukan abah aku.

Aku taktahu la, aku dah penat, rasa macam nak keluar dari rumah ni. Tak tahan sangat nak fikir pasal perangai dia. Dah terlalu benda aku buat untuk tak nak bagi dia marah ke apa. Dah cuba sedaya mungkin.

Kadang aku terfikir, bila la jodoh aku nak sampai, bila dah kawen nanti mungkin aku dah tak perlu hadap semua ni.

Apa yang aku boleh cakap, aku nak jadi macam mak aku. Sekali pun mak tak pernah melawan cakap abah. Turut semua yang abah suruh. Kena caci maki banyak kali pun mak tetap sabar. Rindu mak. Al-fatihah untuk mak.

Itu je lah yang aku nak cerita. Lega sikit hati aku ni dapat luahkan kat sini. Terima kasih sudi baca walaupun panjang.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *