Salam semua. Thanks admin jika confession ni disiarkan.
Nama samaran ku Marjan. Setelah sekian lama timbang tara, untuk seorang introvert mcm aku banyak yang disimpan dari diluah, maka aku rasa baik aku tulis di sini dan mudah2an dapat lupakan semua ini suatu hari nanti.
Aku dan suami kenal tak lama sebelum kami disatukan. Sebenarnya banyak kali aku minta tangguh kerana tak sedap hati.
Suami duda anak dua, anak2 bawah jagaan dia but under control by his parents. Suami bercerai hidup, ex lawa dan banyak skandal.
Dua tahun lps cerai ex langsung tak jenguk anak2 dia waima call sekalipun. Mak kandung diorang ni, sebelum bercerai sakan berganti lelaki hantar balik ke rumah dan sempat bercuti bersama salah seorang teman lelakinya.
Suami memang tak nak cerai dan bagi pilihan pada ex, pilih skandal atau anak2, boleh agak kan ex pilih siapa. Ex ni menantu kesayangn mil n fil.
Semasa pkp, ex start cari balik anak2 yang dia tinggalkan. Start bagi apa2 yang anak2 mahu tanpa fikir baik buruk untuk masa depan anak dia sendiri.
Apa2 sahaja yang anak2 sebut akan terus dapat, antaranya 2 biji hp high spec setiap seorang. Boleh bayang tak budak sekolah rendah dapat hp yang berharga seribu lebih?
Culture family ni, ibu bapa suami yang akan buat keputusan. Aku kan introvert so lepas nikah memang aku observe satu satu dalam famili suami.
Anak2 jenis spoilt, diorang tahu kalau minta apa2, kalau atuk nenek dan ayah diorang tak bagi, mak kandung diorang akan bagi.
Dan 1 lagi, kalau buat apa2 kesalahan contoh ponteng puasa dengan sengaja tanpa sebab, atau ponteng sekolah tiap2 minggu atau curi2 bawa motor, adulah atau bagitahu la depan atuk dan nenek, confirm tak kena marah dan nenek akan kata tak apa.
Siapa yang tegur budak2 ni… Ha siapla… Kena ceramah balik dengan atuk dan nenek.
Lastly, aku memang malas nak ambik port pasal budak2 ni, dahla kalau balik dari umah mak diorang cakap dengan aku macam nak cari pasal je.
Yang sulung memang tak tahu nak cakapla… Tiap2 minggu ponteng sekolah untuk naik motor dan melepak, bahasa mencarut tu dah biasa ya.
Yang no 2, aku pernah tegur pasal baju sekolah dalam whatsapp, dibaginya aku sticker pijak kepala ya.
Aku tak expect banyak pun, pelajaran ke laut, urus pakaian pun tak reti, bila aku suruh hanger dan sidai baju sendiri suami kata budak lagi, dah sekolah menengah kot, bila nk belajar urus diri sendiri. Cawan letak merata sampai luar rumah.
Dari kecik tak mengaji, jadi aku pun carikan cikgu mengaji datang ke rumah, dah syok pegang hp 24 jam nak suh mengaji kat surau memang tak la. Tupun dua2 dah sekolah menengah ustazah suruh start iqra semula sebab banyak salah sebutan.
Bila aku bagitahu pada suami perihal anak2, suami kata aku cari salah anak2 dia, bila aku tak peduli lain pulak ceritanya.
Mil dan fil tak boleh terima ya cucu kesayangan dia kena tegur oleh aku. Aku tak nampak kenapa aku kena stay dalam famili ni.
Oh ya, lepas kitaorang nikah mak kandung diorang sangat rajin datang bawak balik budak2 atau call etc yang mana dulu sangat la susah dia nak buat.
Mak kandung baru kawen lain tapi tak stay sekali dengan suami baru dia even stay satu negeri dan tempat kerja berdekatan.
Satu la aku nak pesan, perempuan kalau rasa diri tu lawa dan layak dapat lelaki kaya, jangan la kawen dengan lelaki biasa dan abaikan anak2, fikirla anak2 tu dulu.
Mak ayah kalau anak dah kawen, biarla anak tu buat keputusan sendiri, kalau semua serba tak kena, biarla anak tu duk bawah ketiak sampai bila2.
Aku dalam fasa seterusnya. Doakan urusan aku dipermudahkan. Setelah istikharah, aku yakin dengan jalan yang aku pilih. Lama aku berendam air mata, stress oo nak jaga hati sana sini, last2 hati aku yang berkecai.
Insiden yang berlaku baru2 ni menguatkan aku untuk pilih jalan ini. Semoga satu hari nanti aku mampu lupakan semua kenangan pahit ni.
– Marjan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit