Apa Itu A-Level

Assalamualaikum, hai readers. Penulisan aku mungkin berterabur sebab ini kali pertama aku menulis di ruang confession tetapi aku harap dapat membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar yang masih blur dan mahukan kepastian.

Jadi tujuan aku menulis ni untuk membantu adik-adik yang baru habis spm dan berminat nak sambung pre-u studies dalam A-level tapi taktahu nak tanya siapa.

Okay pertama sekali, A-level ni apa sebenarnya? A-level ni merupakan suatu kurikulum antarabangsa, dari UK.

Kalau kat Malaysia, lepas habis SPM kan biasanya ada orang sambung asasi (foundation), atau matrikulasi atau diploma atau STPM. A-level ni setaraflah dengan semua tu. Cumanya program-program yang aku sebut tadi tu kurikulum negara kita. Ada faham?

Jadi siapa yang patut ambil A-level?

Untuk students lepasan SPM yang berminat nak sambung belajar luar negara terutamanya di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran contohnya, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia atau New Zealand.

1) Tempoh pengajian

Program A-level mengambil masa antara 1 tahun, 1.5 tahun hingga 2 tahun. Kalau kau self-funded, ikutlah nak ambil berapa lama. Tapi kalau kau dibawah tajaan, biasanya kau akan didaftarkan untuk program 2 tahun di kolej persediaan berkenaan.

Aku sendiri tak boleh bayangkan macam mana students yang ambik program A-level setahun tu hidup. Aku suggest ambik dua tahun huhu, tak terlalu terkejar dan kau masih dapat jalani hidup sebagai seorang insan yang normal.

2) Tempat pengajian

Kat Malaysia sekarang dah banyak kolej-kolej yang menyediakan program A-level ni antaranya termasuklah,

Kolej Tuanku Jaafar (KTJ), Kolej Yayasan UEM (KYUEM), Kolej Mara Seremban (KMS), Sunway University, Taylors’ University, KDU, dan sebagainya, terlalu banyak untuk aku listkan. Ouhh dan juga di international schools yang menggunakan kurikulum British.

3) Exams

Kalau SPM, kau akan ambik di akhir persekolahan kan, maksudnya kau akan belajar silibus form4, kemudian silibus form 5 dan akhirnya barulah ambil SPM.

Berbeza dengan A-level, kalau macam aku yang ambil program dua tahun, kau akan ambil exam pertama at the end of your first year and also at the end of your second year.

Exam pertama yang kau ambil tu namanya AS exam which translates to Advance Subsidiary dan exam kedua yang kau akan ambil ialah A2 (aku tak pasti kalau ada nama panjang yang A2 ni).

Markah kau dari kedua-dua exam kemudiannya akan dipuratakan ikut grade treshold apa semua tu dan barulah kau dapat results final A-level kau.

Course A-level ni exam-based so apa yang kau jawab time exam Cambridge itulah yang kau dapat.

Coursework, presentations semua hanyalah penilaian dalaman (kalau tak buat camtu nanti kau tak tau plak camne nak present, camne nak buat research time kat uni nanti, faham?)

3) Grading system

Grades dalam A-level bermula dengan A* being the highest (90% dan keatas), A, B,C dan akhir sekali U which means ungraded.

Personally, aku rasa untuk dapat grade A dalam A-level ni tidaklah terlalu susah sebab penandaan daripada Cambridge Examiners pon taklah terlalu strict.

Aku rasa untuk dapatkan gred A+ dalam SPM jauh lebih susah berbanding gred A* dalam A-level. Ini hanyalah pengalaman aku semata-mata, lain orang mungkin lain pandangannya.

4) Subjek yang ditawarkan

Subjek yang ditawarkan di peringkat A-level ni lebih kurang macam time SPM.

Antara subjek yang ditawarkan termasuklah Mathematics, Further Mathematics, Chemistry, Physics, Biology, Accounting, Business, Arts, History, Geography, English Literature, Sociology dan bermacam-macam lagi.

Kau cuma perlu ambil minimum 3 subjek sahaja (tapi boleh ambil 4 dan biasanya subjek keempat ni ialah further maths) dan subjek yang kau nak ambil tu bergantung dengan degree apa yang kau nak pursue nanti.

Contohnya, subject combination yang femes untuk student yang nak study engineering time degree nanti ialah Mathematics, Physics and Chemistry and macam aku cakap, ada certain students yang akan add on Further Mathematics.

Ohhh lagi satu, sesetengah kolej diorang wajibkan untuk ambil Mathematics sebab Math ni kan kita guna dalam pelbagai bidang dan penting.

Fyi, Mathematics A-level guna pakai knowledge Additional Maths SPM, so kalau kau tak belajar addmaths time spm, kau memang akan struggle time a-level kalau kau ambil maths sebab lecturer tak ajar sangat sebab dia expect semua orang dah master.

Tapi jangan risau, soalan A-level Maths taklah memecahkan kepala otak macam addmaths spm.

Soalannya lebih straight forward dan peruntukan markah pon banyak kadang kadang walaupun soalan simple. Takde dah soalan yang selalu buat korang nangis time spm dulu tu.

Aku rasa setakat cukup setakat ini sahaja dahulu dan kalau nak tahu lebih lanjut, silakan komen tentang kemusykilan anda. Terima kasih,

Assalamualaikum.

– Had (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *