Apa Itu Bahagia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca IIUM Confessions. Terima kasih kepada para Admin(s) sekiranya catatan ini disiarkan. Bukan untuk meraih simpati. Cuma ingin berkongsi cerita.

Biarlah aku membahasakan diri sebagai ‘AKU’ agar selesa untuk aku bercerita. Aku menetap diutara tanah air. Apa yang boleh aku gambarkan tentang perwatakan aku, aku adalah seorang wanita (ya wanita) yang sudah memasuki usia yang boleh dikategorikan wanita dewasa, aku seorang yang berkerjaya, seorang yang bertubuh chubby dan masih bujang. Kenapa masih bujang? Nanti aku cerita.

Sehingga sekarang, aku masih lagi tertanya-tanya apa itu BAHAGIA? Semenjak kecil, aku tidak pernah mendapat kasih sayang yang secukupnya. Aku 4 beradik. Aku sulung. Jadi semestinya setiap apa masalah keluarga akan terkesan terhadap aku walaupun ketika itu aku masih lagi kecil. Ayah aku seorang kaki perempuan, kaki judi, kaki minum dan bermacam-macam lagi. Walaupun ayah aku berkerja sebagai seorang penjawat awam yang mempunyai jawatan yang agak tinggi, tetapi dia sering kekeringan wang setiap bulan. Mama aku? Mama adalah seorang wanita yang sangat lembut, baik dan memahami. Walaupun dia berkerja hanya sebagai kerani, tetapi rezekinya tidak pernah putus. Ketika aku masih disekolah rendah, aku sering diperlihatkan dengan perlakuan kasar ayah terhadap mama. Ayah sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Kadang-kadang dia tak pulang langsung.

Bila mama bersuara, ayah akan memukul mama depan-depan aku tanpa bersa malu dengan tindakannya itu. Pernah suatu ketika, mereka bercerai kerana kelancangan mulut ayah aku yang sewenang-wenangnya melafazkan talak. Tetapi mereka kembali bersama kerana ayah aku mengugut untuk membawa lari adek lelaki aku sekiranya mama tidak kembali semula kepadanya (waktu itu mama mempuyai perancangan untuk menikah dengan lelaki lain). Mungkin jodoh mereka kuat. Hari demi hari, aku semakin membesar tetapi aku tidak pernah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari seorang ayah. Sewaktu zaman remaja, akulah yang paling kuat memberontak. Aku membesar menjadi seorang remaja yang bermasalah.

Jangan salah faham. Aku tidak ponteng kelas, tak hisap rokok. Cuma aku kuat melawan. Disebabkan perangai aku itulah, aku sering dibelasah ayah. Rotan, batang paip, getah paip, kayu, tali pinggang, penampar, penerajang semua aku da pernah rasa. Ayah aku terlalu mengagung-agungkan adek perempuan aku kerana baginya adek perempuan aku itu turut segala kata-kata dia. Tapi pernah tak dia terfikir, kenapa aku bersikap sedemikian? Aku pernah terfikir untuk bunuh diri. YA! Aku pernah senyap-senyap bawak masuk pisau dalam bilik tetapi diketahui oleh adek-adek aku. Aku pernah telan panadol banyak-banyak supaya segala kekusutan didalam otak aku ni hilang. Aku pernah kelar tangan aku semata-mata untuk meraih simpati keluarga dan kawan-kawan. Aku pernah hantuk-hantukkan kepala aku kedinding berkali-kali tapi mungkin sebab tengkorak aku ni keras dan tahan lasak, aku tak alami sebarang kecederaan pun walaupun hentakan aku tu agak kuat. Tetapi Alhamdulillah, Allah masih mahu aku hidup lama. Allah tak mahu aku mati katak macamtu.

Bila aku tamat belajar. Aku mula mencari kerja di ibu kota. Matlamat aku satu, aku dah bosan berada satu bumbung dengan ayah aku. Aku nak berdikari. Aku menetap di ibu kota selama 3 tahun. Didalam tempoh 3 tahun itu, aku kenal erti hidup tetapi aku salah memilih kawan. Aku terumbang ambing di sana tanpa hala tuju. Aku menjadi terlalu sosial sehinggakan kelab kelab malam disana menjadi rumah kedua aku. Cakap je, Changkat? Jalan P.Ramlee? Semua aku masuk. Selepas 3 tahun, ada sesuatu yang membuatkan aku berubah 360 darjah. Aku mengambil keputusan untuk tinggalkan segala yang aku kecapi di ibu kota dan pulang ke pangkuan keluarga. Sehingga kini, aku masih menetap dengan mereka. Ayah aku? masih sama. Cuma bab belasah membelasah tu dia da stop. Mungkin sebab da tua. Kudrat tak kuat. Tetapi dia menggantikannya pula dengan kata-kata yang tajam menikam. Sering maki hamun kami (aku, mama dan adek beradek aku) tak mengira masa ataupun tempat. Tapi selalunya depan-depan orang pun dia selamber maki hamun dan tengking-tengking kami. Peristiwa yang paling aku tak akan lupa adalah sewaktu dipasaraya.

Mama mengambil sebatang berus gigi sebab berus gigi sedia ada mama sudah teruk. Bila ayah nampak dalam bakul ada berus gigi tu, dia terus maki hamun mama depan orang-orang dalam pasaraya tu. Kalau korang yang berada dalam situasi tu, apa yang korang akan lakukan? Mama aku hanya mendiamkan diri dan meletakkan kembali berus gigi itu ketempat yang diambil tadi. Aku selalu bertanya kepada mama, kenapa dia masih lagi bersabar walaupun sudah berpuluh tahun diperlakukan seperti orang luar, jawapan yang diberikan amat meruntun jiwa. Mama menjawab, dugaan sebegini menguatkan lagi cintanya kepada Allah. Apabila cintanya kepada manusia dipersia-siakan, mama memilih untuk lebih menyintai Allah. Hatinya akan lebih tenang. Mama cakap, dia kuat kerana anak-anak dia. Dia bertahan kerana anak-anak dia. Disebabkan pengalaman itulah aku takut untuk mendirikan rumah tangga. Aku takut kalau-kalau aku dapat suami seperti ayah aku dan bekas abg-abg ipar aku. Cukuplah aku sengsara selama berpuluh tahun.

Aku pernah bercinta. Tetapi lelaki-lelaki yang pernah wujud didalam hidup aku ini pun mempunyai sikap lebih kurang dengan ayah aku. Kebanyakan mereka semua kaki perempuan. Bekas tunang aku pula jenis cepat baran dan suka maki hamun aku. Bohong lah kalau tak ada seorang pun kenalan rapat yang bertanya “Bila nak kawen?”. Bagi aku, selagi aku tak bertemu dengan lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan tahu bahawa isteri dan anak-anak ini adalah amanah dari Allah, selagi itu aku nekad tidak akan berkawin. Mungkin suatu hari nanti Allah akan ketemukan aku dengan lelaki yang betul-betul baik. Doakan aku.

Kadang-kadang, bila aku tengok keluarga kawan-kawan aku, aku sangat-sangat cemburu. Anak-anak boleh bergurarau senda dengan ayah mereka. Ayah dan ibu mereka yang suka bermanja-manja. Aku impikan keluarga seperti itu semenjak kecil. Ayah aku, bila aku cuba nak berbual, dia akan balas dengan herdikan. Orang kata kalau ada masalah ka apa ka memang dengan dia tak boleh dibawak berbincang. Bukan setakat aku yang tak pernah dapat kasih sayang yang secukupnya, mama aku pun sama. Tak pernah dapat kasih sayang dari seorang suami. Nafkah? sudah lama ayah tak bagi dekat mama. Alasannya? Mama pun bekerja dan ada duit sendiri. Kadang-kadang aku sampai terkeluar perkataan “Kalau dia tak ada atas dunia ni pun aku da tak kisah dan aku takkan menangis langsung kalau dia mati nanti”, “Bila dia nak mam***?”. Betapa terkesannya penderitaan aku terhadap mental aku. Aku tahu aku anak derhaka. Tetapi aku da tak boleh nak berpura-pura.

Disini aku nak pesan kepada lelaki-lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga, belajarlah ilmu agama secukupnya sebelum menikah. Isteri tu amanah Allah. Bukan hamba abdi korang. Jangan berniat nak menikah semata-mata kerana nafsu. Menikah lah kerana Allah. Inn shaa Allah bahagia rumah tangga korang nanti. Anak-anak yang bakal lahir pun adalah anak-anak yang baik, yang dengar kata, yang soleh dan solehah. Kebanyakan remaja sekarang yang kuat memberontak bukan kerana mereka suka-suka buat macamtu. Dan kepada perempuan-perempuan diluar sana, kalau dah tahu lelaki tu dah berkahwin, dah ada anak, jangan lah masuk daun. Awak tak tahu sikap sebenar lelaki tu. Depan awak mungkin dia baik. Pijak awak pun tak mati. Apa awak nak dia bagi. Depan anak bini dia? Awak tahu ke duit dia banyak mana bagi dekat anak bini dia setiap bulan? Entah-entah tak pernah hulur langsung. Ye lah dah nak bagi dekat awak. Jangan reti nak rampas kebahagiaan rumah tangga orang demi kepuasaan awak.

Doakan saya supaya saya dan mama serta adek adek saya yang lain kuat menjalani dugaan ini.

– Cik Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *