Apa Itu Boundaries?

Salam semua, saya perkenalkan diri saya. Nama saya Confused. Memang sah2 lah bukan nama sebenar kan.

Selalunya saya hanya pembaca, namun memikirkan yang isu saya hadapi ini susah untuk diceritakan kepada orang sekeliling kerana ianya membuka aib keluarga,

Saya pilih untuk meminta bantuan sesiapa yang sudi memberikan pandangan.

Saya dan suami mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Seorang masih lagi menyusu. Kami bekerja sepenuh masa dan anak-anak dihantar ke taska, tetapi bukanlah sehingga pukul 6 atau 7 petang.

Kebiasaannya, kami akan ambil mereka dan seterusnya membenarkan mereka tengok TV sekiranya ada mesyuarat online, ataupun bermain dengan mereka sekiranya kerja siap awal.

Walaupun bekerja, both my husband and I cook every day untuk memastikan anak2 kami makan makanan yang berkhasiat.

Anak2 memang tak pernah memilih bab makan, alhamdulillah.

Tetapi disebabkan masa kami yang terhad ini digunakan untuk masak, main dengan anak, basuh kain, dan sebagainya, kadang2 rumah memanglah akan berselerak, lebih2 lagi sebab anak2 saya memang aktif.

Bila ada masa, kami cuba lah mengemas slowly, walaupun memang the cycle of mess repeats. Ini menjadi masalah kepada ibubapa saya.

Kenapa? Kami “menyewa” rumah dari ibubapa saya sejak awal perkahwinan 5 tahun yang lalu.

Maintenance fee, bil api, air, dan apa2 bayaran bulanan semua suami yang settlekan, tetapi rumah ini bukan milik kami. Ibubapa saya serta adik2 saya tinggal berdekatan.

Hendak dijadikan cerita, baru2 ini kami anak-beranak ke Kuantan atas urusan kerja suami.

Semasa kami berada di sana, adik saya meminta izin untuk mengambil COVID self-tests dalam rumah saya kerana ada rakan sekerja yang positif. Saya mengiakan sahaja dan ingat selesailah urusan.

Namun, apabila kami balik ke rumah, saya sangat terkejut melihat rumah kami telah dikemaskan oleh ibubapa dan adik2 saya,

Perabot dah ditukarkan susun aturnya, dan barang dapur pun dah bertukar tempat yang bagi saya langsung tak masuk akal dan amat menyukarkan kerja kami untuk memasak.

Ayat ibu saya, “Adik2 cakap yang ni melanggar boundaries, tapi Ibu cakap mana ada boundaries sebab Ibu ni ibu kamu.”

Saya terdiam sebab sangat marah. Bukan tak bersyukur, tapi apabila keluarga saya buat macamni, ibarat perasaan dan privacy saya yang merupakan isteri dan ibu sebenarnya tak penting pun.

I feel so violated. Dah hampir 3 hari, tetapi saya masih marah dan terasa kecil hati sangat.

Niat di hati kami nak mencari rumah sewa yang lain, tapi saya risau rutin dan persekitaran anak2 bertukar. Saya juga nak meluahkan apa yang terbuku ni kepada ibu saya, tetapi… malaslah.

Dah terbukti yang bukannya dia akan dengar cakap saya pun kan. Tapi kalau tak cakap atau bertindak, saya tak hairan kalau ianya akan berulang lagi and my boundaries continue to be crossed.

Ada sesiapa boleh bantu saya fikirkan apa tindakan yang wajar saya ambil? Saya terima dengan hati terbuka.

Terima kasih,

– Confused (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *