Apa Itu Jatuh Cinta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia IIUM Confession.

Apa itu jatuh cinta?

Saya tak faham dengan perasaan yang saya rasakan sekarang. Selalunya weekend terasa begitu cepat berlalu, 48 jam terasa seperti 4 jam sahaja. 2 hari tidak cukup untuk merehatkan minda dan tubuh badan ini.

Namun entah mengapa setelah mengenali si dia, hujung minggu yang hanya 2 hari terasa bagaikan 2 tahun.

Ini tidak lain dan tidak bukan hanya disebabkan saya ingin berjumpa dengan si dia. Saya hanya dapat berjumpa dengan si dia pada hari selasa dan khamis sahaja kerana hanya pada hari tersebut kami sekelas. Ya, hanya 2 subjek ini sahaja kami sama kelas.

Saya tidak mahu pembaca salah faham, sebenarnya si dia tidak mengenali saya. Saya yakin sekiranya si dia mengenali saya pun hanya pada rupa kerana mungkin si dia pernah melihat saya di dalam kelas, namun bukan pada nama.

Kami pernah berbual namun saya yakin tidak lebih dari 50 patah perkataan. Auranya yang agak dingin membuatkan diri ini segan untuk bertegur-sapa dengan si dia.

Sekiranya ada peluang untuk berbual dengan si dia mesti ada rakan sekelas yang lain juga ingin berbual dengan si dia, jadi saya akan berundur dan hanya mampu mendengarkan perbualan mereka dari sisi.

Saya bukanlah introvert namun entah mengapa saya agak segan dengan si dia. Saya juga tidak faham dengan perasaan yang ada di dalam hati saya buat masa sekarang. Entah mengapa saya jatuh suka pada si dia.

Sejujurnya, gayanya yang agak bersahaja dan tutur katanya membuatkan saya tertarik dengan si dia. Ditambahkan lagi dengan kebijaksanaan yang dia miliki membuatkan saya menjadi lebih mabuk.

Bab rupa? Rupa si dia biasa-biasa saja, tiada yang menarik berkait dengan rupanya. Dan dia agak lembut orangnya, lebih tepat lelaki lembut.

Sifat feminin dalam diri si dia menjadikan dia lain dari yang lain. Pakaiannya yang kemas dan juga perfume yang dipakai olehnya menunjukkan yang dia seorang yang sangat cermat.

Namun hakikatnya setiap kali saya memikirkan si dia hati saya sering berdoa supaya Allah sentiasa menjaga hati ini agar tidak terjerumus dengan cinta manusia yang sia-sia. Al-maklumlah kaki saya masih berpijak di menara gading.

Saya membawa banyak harapan terutama harapan ibu dan ayah tercinta, jadi adakala saya sering gusar dengan perasaan yang sedang saya rasai sekarang. Bersyukur juga kerana hanya saya yang suka pada si dia.

Boleh saya minta sedikit nasihat dari para pembaca…. Terima kasih :3

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tak salah pon perasaan suka tu, tapi saya sarankan pendam saja, tapi kalau betul-betul nak berkenalan, cubalah guna orang tengah yang boleh dipercayai.

  2. Takyah nak overthinking sangat. Borak je dgn dia mcm biasa, tanya pasal assignment ke. Crush ni biasa first impression je bagus bila dah lama kenal baru tau x serasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *